omniture

WisdomTree dan ICBC Credit Suisse Jalin Kerjasama Produk Global menerusi Indeks S&P China 500

Penginovasi ETF Sertai Pakar China Tempatan menerusi Produk Baharu Berasaskan Indeks yang Dibangunkan oleh S&P Dow Jones Indices
Kerjasama Ini Akan Menyediakan Akses kepada Pelabur untuk Menilai "China Seluruhnya" dengan Lebih Baik
ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
2016-07-21 18:38 644

NEW YORK dan HONG KONG, 21 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- WisdomTree Investments, Inc. (NASDAQ: WETF), penaja dana dagangan bursa ("ETF") dan produk dagangan bursa ("ETP") serta ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited ("ICBCCS"), hari ini mengumumkan satu kerjasama produk global bagi melancarkan ETF yang menjejaki Indeks S&P China 500.

Indeks S&P China 500, dilancarkan pada tahun 2015, terdiri daripada lima ratus buah syarikat Cina terbesar dan paling cair, yang menghampiri komposisi sektor pasaran ekuiti Cina yang lebih besar. Kesemua kategori saham Cina, termasuk senarai saham kelas A dan luar pesisir, layak disertakan.

WisdomTree dan ICBCCS bersetuju menjalin kerjasama produk global yang membolehkan kedua-dua syarikat bersama-sama melancarkan, memasarkan dan mengedarkan ETF menjejaki Indeks S&P China 500 di seluruh dunia. Luxembourg UCITS ETF yang tersenarai di Eropah akan menjadi produk pertama hasil kolaborasi ini. Produk-produk akan datang bakal melibatkan ETF yang tersenarai dalam pasaran Amerika Syarikat dan Asia.

"Jalinan kerjasama produk global ini memperlihatkan komitmen kukuh WisdomTree untuk menyediakan ETF yang menawarkan akses kepada pelbagai kategori dan strategi aset yang berbeza mengikut pelbagai kawasan di dunia termasuk China," kata Jonathan Steinberg, CEO dan Presiden WisdomTree. "Kerjasama kami dengan ICBCCS memberi peluang untuk meluaskan kelebihan global dan tawaran produk WisdomTree dalam salah satu pasaran ekuiti terbesar dan paling pantas berkembang di dunia. Kami berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan pengurus aset kedua terbesar di China," tambah En. Steinberg.

"Jalinan kerjasama produk antara ICBCCS dan WisdomTree akan menyediakan peluang penting kepada kedua-dua syarikat," kata Richard Tang, CEO ICBC Credit Suisse Asset Management (International). "Dengan membawakan kepakaran ETF global WisdomTree dan pemahaman mendalam ICBCCS terhadap pasaran Cina, kolaborasi ini akan menawarkan akses yang komprehensif ke China kepada komuniti pelaburan antarabangsa, dengan cara yang berkesan melalui ETF yang tersenarai dalam pasaran tempatan," tambah Tang.

"S&P Dow Jones Indices berbesar hati kerana melesenkan Indeks S&P China 500 untuk WisdomTree dan ICBC Credit Suisse," kata Alex Matturri, Ketua Pegawai Eksekutif S&P Dow Jones Indices. "Ekuiti Cina kekal sebagai bahagian utama dalam strategi pelaburan jangka panjang dan kami komited untuk menyediakan penanda aras yang bebas serta telus agar dapat memenuhi kehendak pelabur di seluruh dunia."

Latar Belakang WisdomTree

WisdomTree Investments, Inc., menerusi anak-anak syarikatnya di A.S., Eropah, Jepun dan Kanada (secara kolektif, "WisdomTree") ialah penaja serta pengurus aset bagi dana dagangan bursa ("ETF") dan produk dagangan bursa ("ETP") yang beribu pejabat di New York. WisdomTree menawarkan produk-produk yang merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, mata wang, komoditi dan strategi alternatif. Kini, WisdomTree memiliki kira-kira $40.1 bilion aset bawah pengurusan di seluruh dunia.

WisdomTree® ialah nama pemasaran untuk WisdomTree Investments, Inc. dan anak-anak syarikatnya di seluruh dunia.

Latar Belakang ICBC Credit Suisse Asset Management

ICBC Credit Suisse Asset Management merupakan satu usaha sama antara Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Credit Suisse. Firma ini merupakan salah satu pengurus aset terbesar di Tanah Besar China dan juga merupakan pakar pelaburan khusus untuk menyediakan penyelesaian pengurusan aset kepada China dan RMB dalam ICBC Group. Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, firma ini berpegang pada falsafah "Penciptaan Nilai melalui Pelaburan Berhemah". Setakat akhir Mac 2016, firma ini menggajikan kira-kira 570 kakitangan dan memiliki RMB960 bilion aset bawah pengurusan, menyediakan perkhidmatan pengurusan dan khidmat nasihat berkualiti terbaik untuk lebih 13 juta pelanggan institusi dan juga runcit.

Maklumat Perhubungan:

Perhubungan Media WisdomTree

Perhubungan Pelabur WisdomTree

WisdomTree Investments, Inc.

WisdomTree Investments, Inc.

Melissa Chiles / Jessica Zaloom

Stuart Bell

+1-917-267-3797 / +1-917-267-3735

+1-917-267-3702

mchiles@wisdomtree.com /

sbell@wisdomtree.com

jzaloom@wisdomtree.com


ICBCCS Media Contact

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co. Ltd.

+852-3975-3675

enquiries@icbccs.com.hk




Source: ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Joint ventures Licensing/marketing agreements