omniture

Penghormatan Buat Wira Zaman Moden

Christian Louboutin and SportyHenri.com
2016-07-21 23:13 600

LISBON, 21 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Christian Louboutin dan SportyHenri.com menyediakan Pasukan Negara Cuba dengan gaya elegan bagi saat-saat yang ikonik.

Christian Louboutin, terkenal dengan tapak kasut berwarna merah yang ternama, menjalin kerjasama dengan E-konsep Perancis SportyHenri.com bagi menyokong delegasi Negara Cuba sempena Sukan Olimpik Rio 2016. Sebagai Pembekal Rasmi Pakaian Selebriti, mereka menyediakan pakaian bukan persembahan untuk majlis rasmi, manakala rekaannya adalah hasil inspirasi warisan Cuba dan para atlet itu sendiri. Sebagai sumber inspirasi dan bimbingan, bekas atlet dan juga atlet semasa Cuba memainkan peranan aktif dalam mereka cipta koleksi tersebut.

Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7885451-homage-to-modern-day-heroes/

Henri Tai, pengasas SportyHenri.com, berkongsi kepakaran menerusi kehidupan terdahulu sebagai seorang atlet profesional, manakala Louboutin mendapat inspirasi daripada bidang sukan selama berabad-abad lamanya: "Keanggunan dan keanjalan pergerakan seseorang yang benar-benar dapat mengawal tubuhnya adalah suatu yang mempesonakan saya. Pada Sukan Olimpik, ia seolah-olah mereka membuat persembahan yang hebat dan sekaligus menjadi adiwira yang mampu melawan kesan graviti, menentang waktu dan mengatasi kesemua konsep fizik. Kami menghasilkan pakaian selebriti itu khusus pada saat mereka berubah semula menjadi manusia biasa, masih berada dalam saat penuh kemegahan dan tumpuan, namun kembali ke dunia sebenar."

Dengan membuat padanan tersuai khusus bersama para atlet, serta rundingan bersama bekas atlet Sukan Olimpik, penampilan yang terhasil mampu mengekspresikan gaya Cuba yang anggun menerusi bayangan olahraga, namun masih mengekalkan tahap keselesaan dan sesuai dengan keinginan mereka ketika menjadi tumpuan dunia. Henri Tai menjelaskan "pakaian perlu sesuai dengan tubuh atlet yang hebat – pakaian tersebut pastinya bukan saiz sampel atau purata, sama ada dari segi panjang anggota tubuh, mahupun perkadarannya. Matlamat kami adalah untuk membolehkan pakaian mereka kelihatan amat tersuai khusus dan hebat."

Kasut 'high-top' dan gaya kasual untuk golongan lelaki menawarkan gaya sendat bagi memudahkan pergerakan atlet gimnastik dan nilai keanggunan kepada saiz kaki 51.5 yang luar biasa bagi ahli gusti Mijaín López Núñez. Sandal bertumit rendah buat atlet wanita, menambahkan sentuhan penuh glamor tanpa melupakan bahawa pentas persembahan mereka ialah balapan, padang dan gelanggang.

Konsep tersebut berjaya dihidupkan menerusi atelier Paris; jaket yang amat tersuai khusus, dengan warna merah untuk lelaki manakala warna kuning air untuk wanita, yang amat sesuai untuk bahu pejudo Dayaris Mestre Alvarez yang hebat mahupun lengan Pejudo Alex Garcia Mendoza. Jaket tersebut berbeza dengan seluar yang boleh ditukar ganti, seluar pendek atau skirt dan dengan penuh bangga membawa bendera pada poket di bahagian dada. Bintang berbucu lima digunakan sebagai lambang tuah yang tertera pada bahagian belakang jaket atlet.

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160721/391790

Source: Christian Louboutin and SportyHenri.com
Keywords: Fashion Retail Sporting Events Sports Textiles Licensing/marketing agreements