omniture

XCMG Membawakan XCMG-Cloud Dalam Talian, Platform Awan Perindustrian Pertama Jalin Kerjasama dengan Alibaba

XCMG
2016-07-21 23:53 613

XUZHOU, China, 21 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- XCMG telah berjaya melancarkan XCMG-Cloud pada 15 Julai lalu, sebuah platform awan perindustrian yang julung kali disediakan dan amat inklusif, berasaskan seluruh data dan sistem maklumat XCMG menerusi revolusi Industri 4.0.

Mengintai potensi besar dalam pengkomputeran awan, XCMG bermatlamat untuk merevolusikan produk terdahulu dan model pasaran serta mengubah syarikatnya menjadi sebuah syarikat berasaskan platform dan berorientasikan perkhidmatan, disokong oleh teknologi internet. Platform XCMG-Cloud yang boleh dikonfigurasikan, pelbagai bahasa, beroperasi amat serentak dan boleh diskala dapat menjadi tuan rumah kepada pengguna di seluruh dunia bagi menggalakkan perkongsian terbuka.

Projek yang diusahakan bersama AliCloud, penyedia perkhidmatan komputer awan untuk Alibaba Group Holding Limited, pertama kali diumumkan pada 7 Mei dan telah memulakan fasa pembangunan pada 17 Mei. Pasukan ini berjaya melaksanakannya hanya dalam tempoh dua bulan walaupun tiada contoh terdahulu yang telah maju untuk diikuti di pelusuk lain di dunia.

Ketika XCMG-Cloud terhubung secara dalam talian, peserta Pertandingan Reka Bentuk Inovasi Hijau "Piala XCMG" dapat menghantar hasil kerja mereka melalui platform awan. Setakat ini, pertandingan tersebut berjaya menarik 431 peserta dari seluruh dunia termasuk AS, Jerman dan Brazil. Selain itu, projek teknologi khidmat luar kumpulan bagi kipas kerajang udara rendah hingar bersaiz kecil telah pun disiarkan pada awan.

"'Piala XCMG' ialah titik kemasukan pembinaan awan perindustrian XCMG, yang amat konsisten dengan strategi pembangunan jangka panjang XCMG bagi mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan pengurusan terhadap alam sekitar dan tanggungjawab sosial. Ini juga merupakan komitmen syarikat untuk menyumbang ke arah pembangunan global yang mampan," kata Xu Xiaohui, penolong presiden XCMG.

Selain menganjurkan projek-projek untuk "Piala XCMG", kesemua anak syarikat XCMG di seluruh dunia boleh menyiarkan subjek kajian melalui awan pada masa depan bagi mengadakan perbincangan, menjalankan projek dan melaksanakan penggunaannya di kilang-kilang pintar. XCMG turut mengalu-alukan mereka yang berfikiran kreatif daripada industri jentera pembinaan untuk membangunkan "ekosistem" awan inovatif yang pertama, menyepadukan antara teknologi digital dan pembuatan yang membuka peluang baharu untuk industri tersebut di seluruh dunia.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau ikuti XCMG Group melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 170 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Internet Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Web Site Joint ventures New products/services