omniture

NIRA Dynamics Perluas Penyelesaian Awan Ciptakan Kemungkinan Baharu untuk Kereta Pandu Sendiri Masa Depan

NIRA Dynamics AB
2016-07-25 07:00 511

LINKÖPING, Sweden, 25 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Bagi membolehkan kereta pandu sendiri mengetahui jarak yang perlu dikekalkan antara kenderaan yang berada di hadapannya, ia memerlukan maklumat tentang keadaan jalan raya terkini. Sekiranya kenderaan tersebut juga mengetahui kualiti permukaan jalan raya, risiko dapat dikurangkan dengan lebih banyak. Perisian daripada NIRA Dynamics, Road Surface Information dan penyelesaian awan Cloud by NIRA, menyediakan kesemua penyelesaian yang diperlukan, dan kini, dengan kerjasama Infocar, syarikat mengambil langkah selanjutnya untuk melancarkan penyelesaian tersebut.

Cloud data application for Gothenburg
Cloud data application for Gothenburg

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121012/567527 )

Road Surface Information terus memantau kualiti permukaan jalan raya, mengesan perubahan keadaan jalan raya, pit dan lubang, serta pelbagai tahap kekasaran jalan raya. Memandangkan perisian ini memanfaatkan sensor sedia ada pada kereta untuk membuat kesimpulan tentang keadaan jalan raya, tiada perkakasan tambahan diperlukan dan ini menjadikannya penyelesaian yang berkesan kos.

Bagi memenuhi minat yang semakin meningkat terhadap ciri-ciri bantuan pemandu yang canggih, perisian ini terus dibangunkan agar dapat mengumpul data jalan raya yang relevan melalui antara muka OBD kereta. Pada musim sejuk yang lalu, kira-kira 10 000 kilometer data jalan raya telah dapat diperoleh melalui cara ini, manakala pada musim panas tahun 2016, NIRA, dengan kerjasama Infocar AB akan mengambil langkah seterusnya dalam pengumpulan data yang dibuat. Kadar pengumpulan data seraya digandakan sehingga 24 000 kilometer data jalan raya setiap hari.

Hasil daripada penyelesaian awan milik NIRA, iaitu Cloud by NIRA, data ini dapat digunakan oleh pemandu, sistem bantuan pemandu dan pihak berkuasa jalan raya. Ia juga boleh digunakan sebagai data navigasi berasaskan cuaca mengikut masa sebenar. Pada masa depan, data ini juga dapat membantu menyumbang terhadap penciptaan kereta pandu sendiri yang lebih selamat.

LATAR BELAKANG NIRA: Ditubuhkan pada tahun 2001 dan beribu pejabat di Sweden, NIRA Dynamics ialah peneraju bagi lakuran sensor, menyediakan produk serta perkhidmatan yang berkesan kos dan bernilai tambah untuk industri kenderaan global. Para pelanggan terdiri daripada beberapa pengeluar kereta yang terkemuka di dunia, seperti Audi, Fiat, Renault, Seat, Skoda, Volkswagen dan Volvo Cars.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Johan Hägg, Ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan
Telefon: +46(0)-700-454056
E-mel: johan.hagg@niradynamics.se

Sumber: NIRA Dynamics AB

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160719/8521604636

Source: NIRA Dynamics AB
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation New products/services