Sertai hampir 200,000 pelajar yang mendaftar kursus pertama Persediaan Ujian TOEFL®: Panduan Berdasarkan Maklumat Dalaman
PRINCETON, New Jersey, 25 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Peluang menyambung pengajian ke luar negara di universiti berbahasa Inggeris menyediakan peluang yang luas untuk meraih kejayaan pada masa depan, dan laluan bagi mencapai kejayaan tersebut bermula dengan menduduki ujian TOEFL®. Pencipta ujian ini turut mewujudkan MOOC sepanjang enam minggu bagi membantu anda meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dan memahami segala butiran terperinci tentang ujian TOEFL.
Bermula pada hari ini, anda boleh menyertai MOOC buat kali kedua, Persediaan Ujian TEOFL: Panduan Berdasarkan Maklumat Dalaman, melalui edX, pusat pembelajaran dalam talian bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts. Kursus tersebut bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 7 September 2016, berserta maklumat umum tentang ujian tersebut. Setiap minggu sepanjang tempoh empat minggu akan datang tumpuan akan diberikan terhadap empat kemahiran yang diuji iaitu kemahiran Membaca, Mendengar, Bertutur dan Menulis. Kursus akan tamat pada minggu keenam yang akan memberikan maklumat tentang hari ujian dan lain-lain panduan bermanfaat.
Sepanjang tempoh kursus pertama yang dijalankan, para peserta daripada lebih 200 buah negara turut serta pada setiap minggu untuk mempelajari secara langsung daripada pakar-pakar TOEFL dan mempraktikkan kemahiran berbahasa Inggeris yang diperlukan dalam kelas yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Anda akan mengalami suasana kolaboratif yang serupa, selain pelbagai kuliah, video dan contoh soalan daripada ujian-ujian terdahulu yang lengkap dengan penjelasan jawapan. Semasa kuliah tentang Pertuturan dan Penulisan, pencipta ujian TOEFL akan mengkaji semula beberapa jawapan dan menilai serta memberi maklum balas.
Anda bukan sahaja akan lebih memahami tentang setiap bahagian dalam ujian tersebut, mendapat panduan persediaan yang bermanfaat serta maklumat pendaftaran, bahkan anda juga mendapat peluang istimewa untuk bertemu dan berkongsi maklumat dengan para pelajar dari serata dunia menerusi forum perbincangan. Anda juga boleh mengadakan kumpulan belajar dan berkongsi panduan peribadi anda tentang kaedah mempelajari bahasa Inggeris serta panduan persediaan untuk belajar di luar negara. Ia disediakan sebagai sebuah kelas global untuk anda berinteraksi sejauh mana dan ketika anda selesa.
Komitmen setiap minggu di MOOC adalah tidak lebih daripada dua jam pada setiap minggu. Walaupun kursus tersebut adalah percuma, anda juga boleh memilih untuk mendaftar sijil berbayar yang akan memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran yang anda peroleh apabila tamat kursus di MOOC.
Kursus tersebut boleh diikuti melalui sambungan Internet pada kebanyakan peranti. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan skor TOEFL terbaik, sila layari https://www.edx.org/course/toeflr-test-preparation-insiders-guide-etsx-toeflx untuk mendaftar hari ini.
Latar Belakang Ujian TOEFL ®
Ujian akademik bahasa Inggeris TOEFL® ialah penilaian bahasa Inggeris yang paling diperakui secara meluas di seluruh dunia, serta diiktiraf oleh lebih 9,000 buah institusi yang berada di lebih 130 buah negara. Sehingga kini, lebih 30 juta pelajar telah menduduki ujian TOEFL. Maklumat lanjut tentang ujian TOEFL, termasuk pendaftaran, panduan belajar dan contoh soalan disediakan di laman sesawang TOEFL® Go Anywhere menerusi www.toeflgoanywhere.org.
Latar Belakang ETS
Di ETS, kami meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di serata dunia dengan menghasilkan penilaian berasaskan penyelidikan yang teliti. ETS menyediakan perkhidmatan buat individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan, bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan setelah tamat sekolah menengah, menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan juga kajian dasar. Ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, mengendalikan dan memberi markah kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series ®— di lebih 180 buah negara dan di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org