omniture

Midea Tersenarai dalam Fortune Global 500 buat Kali Pertama

Midea Group
2016-07-26 20:26 968

SHUNDE, China, 26 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Midea, salah satu pengilang perkakas pengguna yang terkenal di dunia, menjadi syarikat pertama daripada industri perkakas rumah Cina yang tersenarai dalam Fortune Global 500, apabila kedudukan syarikat terbesar dunia yang dikemas kini diumumkan pada 20 Julai 2016.

Midea membuat kemunculan pertama di kedudukan 481 selepas tahun 2015 yang kukuh, yang menunjukkan syarikat mencapai hasil USD22.17 bilion, dan jumlah untung sebanyak USD2.02 bilion, mewakili 21 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

"Pada tahun 2015, industri perkakas rumah berhadapan dengan lebih banyak cabaran, dan Midea dapat menanganinya dengan berpegang kepada strategi pembangunan produk yang canggih, meningkatkan kecekapan dan memberi penekanan kepada operasi global," kata Andy Gu, selaku Naib Presiden di Midea Group.

Midea telah melabur sebanyak USD3 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan sejak lima tahun lalu dan kini mengendalikan institut R&D di China, Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Itali dan Singapura, menyepadukan sumber global untuk menggalakkan penemuan teknologi. Ini merupakan tambahan kepada pelaburan USD 1.04 bilion bagi menambah baik automasi yang menjadikan purata nisbah automasi semasa kepada 17 peratus.

Setakat ini dalam tahun 2016, Midea telah mengambil alih perniagaan perkakas rumah Toshiba, dan dalam proses untuk mengambil alih syarikat robot perindustrian Jerman, Kuka AG dan pengilang penyaman udara Itali Clivet. Strategi global Midea adalah untuk beralih daripada cara lama pengeksportan produk dari China kepada operasi di peringkat tempatan dalam pasaran utama. 

Platform global Midea kini mengendalikan lebih 200 subsidiari serta 9 unit perniagaan strategik, dan syarikat menjalankan tujuh operasi secara besar-besaran merangkumi penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran dan jualan di 6 buah negara termasuk Vietnam, India, Belarus, Mesir, Brazil dan Argentina. Produk Midea dijual di lebih 200 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Syarikat turut memperoleh beberapa projek berprofil tinggi pada tahun 2015, termasuk memenangi bidaan untuk memasang penyaman udara berpusat di dalam stadium bagi perlawanan sukan di Brazil.

"Midea berdedikasi untuk membantu orang ramai menemui semula makna kediaman, dengan cara yang lebih mudah," kata Brando Brandstaeter, Ketua Jenama & Komunikasi Midea International Business. "Pada masa hadapan, Midea akan menjadi konglomerat yang fokus terhadap perkakas rumah pintar dan juga pembuatan pintar."

Latar Belakang Midea

Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea (SZ:000333) ialah syarikat senaraian awam yang menawarkan salah satu pilihan paling menyeluruh dalam industri perkakas rumah. Midea mengkhusus dalam rawatan udara (HVAC untuk B2B dan B2C), penyejukan, dobi, perkasan memasak bersaiz besar, perkakas dapur bersaiz kecil, perkakas air, penjagaan lantai dan juga pencahayaan. Beribu pejabat di China, Midea kini beroperasi dengan menggajikan lebih 100,000 kakitangan di lebih 200 buah negara dan 21 kemudahan pengeluaran seluruh dunia. Midea ialah jenama No.1 dunia bagi produk rawatan udara dan pengeluar perkakas utama yang terbesar di dunia.* Syarikat turut memperoleh beberapa projek berprofil tinggi pada tahun 2015, termasuk memenangi bidaan untuk memasang penyaman udara berpusat di dalam stadium bagi perlawanan sukan di Brazil.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati Midea di www.midea.com dan www.midea.com/global

*Euromonitor International Limited; Consumer Appliances 16ed

Untuk Pertanyaan Media:   
Ibu Pejabat Midea
Shine Lee – Pengurus Perhubungan Awam 
shine.lee@midea.com
+86.757.2633.8040

Brando Brandstaeter – Ketua Jenama & Komunikasi
brando.brandstaeter@midea.com
+86.186.8822.8676

Source: Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Awards