omniture

G2A Rangkul Anugerah Perkhidmatan Kewangan UK 2016 di London: 'Inovasi dalam Pengalaman Pelanggan'

G2A.com
2016-07-26 20:50 636

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 26 Julai 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM dinobatkan sebagai pemenang di London, UK, baru-baru ini, selepas menjadi wakil di Anugerah Perkhidmatan Kewangan 2016 dalam kategori 'Inovasi dalam Pengalaman Pelanggan'. Berita gembira ini diumumkan oleh G2A semasa jamuan musim panas tahunan untuk 600 orang kakitangan mereka.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160725/392563 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160725/392564 )

Barisan hakim sedia maklum tentang usaha G2A membangunkan syarikat daripada bawah dan kini mempunyai lebih 10 juta pelanggan global dalam tempoh 5 tahun, dengan markah melebihi 99% di eBay dan 8.9 di Trust pilot hasil inovasi mereka dalam pengalaman pelanggan.

Pasaran G2A ialah tempat untuk pembeli dan penjual bertemu dan membuat transaksi. Syarikat mempunyai pilihan produk permainan yang terbesar di dunia dengan lebih 35 ribu produk permainan digital. Melalui G2A Pay, yang merupakan proses pembayaran bertaraf dunia, G2A membolehkan pengguna memilih daripada lebih 100 kaedah pembayaran global.

Kisah G2A adalah hampir tragik kerana semasa mereka memasuki industri permainan digital, peluang tidak diberikan kepada mereka: 'Mungkin kami terlalu kecil dan mereka terlalu besar,' kata CEO Bartosz Skwarczek. Walau apa-apapun sebabnya, G2A, di sebalik niat baik dan semangat mereka, berusaha keras untuk bertapak dalam industri permainan digital. Bartosz menambah: 'Disebabkan trauma tidak dapat terlibat apabila kami benar-benar terdesak untuk memainkan peranan dalam membangunkan industri permainan digital, sejak itu G2A mengekalkan sikap 'pintu terbuka' untuk menjalin kerjasama.' 

Kini, G2A merupakan pasaran permainan digital yang paling pesat berkembang di dunia, dengan pelanggan di 140 buah negara di seluruh dunia dan mempunyai lebih 600 pemain dari lebih 30 buah negara. G2A memberi pemain peluang untuk bekerja dalam industri yang mereka suka memandangkan ramai pemain yang membesar dengan bermain permainan digital. Selain itu, syarikat memberi pemain peluang untuk melakukan perkara yang mereka suka dengan memilih kerjaya dalam bidang permainan digital. 

G2A ialah penginovasi pantas dengan kebolehcapaian untuk berbual sepanjang masa dalam masa 5 minit menerusi 8 bahasa. Hiburan disediakan dalam tempoh tersebut agar pemain boleh bermain atau menonton permainan digital.

Baru-baru ini, G2A mengukuhkan keselamatan pengesahan bahagian depan untuk meningkatkan lagi keselamatan pasaran.   

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Global, Jacqueline Purcell, berkata, para hakim tertarik dengan peningkatan permintaan terhadap permainan digital. 'Terdapat 2 bilion pemain dalam populasi dunia yang seramai 7.9 bilion. Suku daripada warga dunia kini merupakan pemain.' Beliau menambah: 'Kami menerangkan kepada hakim bagaimana G2A menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan yang mahukan pelbagai produk permainan pada satu lokasi dan dengan harga yang berpatutan.

G2A mewujudkan ekosistem lengkap yang turut melibatkan pakar psikologi untuk membantu dalam isu-isu berkaitan dengan permainan digital.'

G2A membuka peluang untuk mengadakan perbincangan dan mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan pembangun dan penerbit serta mereka yang mempercayai bahawa dunia permainan digital mempunyai masa hadapan yang cerah. Sistem Sokongan Pembangun Permainan Digital G2A

Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Telecommunications Awards