omniture

Kavalan Menjadi Tumpuan dalam International Wine and Spirits Competition

Pembuat wiski Taiwan rangkul lebih 190 pingat emas
Kavalan
2016-07-29 19:57 1141

TAIPEI, Taiwan, 29 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Kavalan, pembuat wiski utama Taiwan, telah meraih anugerah Emas Cemerlang dan 4 pingat Emas malam tadi sempena International Wine and Spirits Competition (IWSC) dan ini menandakan wiski keluarannya menjadi "penentu standard" dan "berkualiti tertinggi" di dunia.

Kavalan Solist Port raih Anugerah Emas Cemerlang IWSC 2016
Kavalan Solist Port raih Anugerah Emas Cemerlang IWSC 2016

Pada majlis "Merasa Minuman Beralkohol" IWSC tahunan kali ke-9 pada 27 Julai di London, Kavalan menerima anugerah berikut bagi kategori Wiski Malt Tunggal Sedunia:

Pemilik Kavalan En. YT Lee berkata: "Anugerah Emas Cemerlang untuk Kavalan Solist Port memperlihatkan 'kualiti pada tahap tertinggi.' Kini, ia layak menyertai Jamuan Anugerah Tahunan IWSC yang berprestij pada 16 November sebagai penghormatan tertinggi menerusi Trofi yang diraih."

Para hakim mengulas tentang Solist Port:

"Aroma malt yang mewah amat menarik perhatian berserta haruman wain port dan pelbagai elemen bunga. Kek buah, tembakau dan malt diperkaya menghasilkan pelbagai kombinasi yang hebat. Mudah dihirup dan terus memenuhi ruang lelangit. Beberapa aroma halus yang matang memberikan rasa penamat yang panjang dan kompleks."

Tahun ini, Kekuatan Tong Tunggal Solist Amontillado Sherry daripada Kavalan dipilih sebagai "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik di Dunia" oleh World Whiskies Awards (WWA) yang berprestij manakala Kavalan Solist Vinho Barrique dipilih sebagai "Wiski Malt Tunggal Terbaik di Dunia 2015."

Latar Belakang Kavalan

Kilang Penyulingan Kavalan di Taiwan dikhususkan untuk pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kilang penyulingan wiski subtropika pertama dunia ini merupakan pelopor dalam pembuatan wiski dalam iklim yang panas, dan berjaya merangkul lebih 190 anugerah emas.

Dimatangkan dalam botol kayu oak dari Amerika dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, Kavalan juga memanfaatkan bayu laut dan gunung, serta mata air Gunung Salji, yang hasil gabungannya menciptakan rasa berkrim Kavalan Whisky yang terkenal. Nama Kavalan berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman, hasil usaha syarikat induknya, King Car Group. Kavalan boleh didapati di 40 buah negara. Layari www.kavalanwhisky.com/en/

Maklumat Perhubungan Media:
Yvonne Chou 
886-3922-9000#7162 
yvonne@kavalandistillery.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160728/8521604853

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards