omniture

G2A Direct - Sediakan Sistem Sokongan Pembangun, G2A Direct Mula Dilancarkan Hari Ini

G2A.com
2016-08-01 07:47 549

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 1 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- G2A Direct membolehkan pihak pembangun dan penerbit menjual secara terus kepada 10 juta pelanggan G2A menerusi lebih 150 kaedah pembayaran yang disediakan di lebih 140 buah negara.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160728/393964LOGO )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160728/393965 )

G2A.COM, pasaran permainan digital yang merangkul pelbagai anugerah mengumumkan bahawa G2A Direct, iaitu Sistem Sokongan Pembangun telah pun siap dan mula dilancarkan hari ini.

"Sewaktu kami membangunkan Pasaran G2A, kami tidak dapat membayangkan sejauh mana pasaran ini dapat berkembang dan kini kami ingin berkongsi Pasaran ini bersama pihak Pembangun di seluruh dunia. G2A Direct ialah tambahan sebenar untuk 'strategi menuju pelanggan' ('go to market') oleh Pembangun, yang membolehkan mereka mengakses secara terus 10 juta pelanggan kami yang mantap, terdiri daripada pemain yang amat bersemangat," - jelas Dawid Rożek - Ketua Pegawai Pemasaran G2A. "G2A Direct juga akan menyediakan pilihan yang hebat kepada para pembeli serta akses kepada permainan digital secara terus daripada pihak pembangun itu sendiri," - tambah beliau. 

G2A Direct dibangunkan bagi membolehkan pihak penerbit atau pembangun mencipta profil rasmi dalam pasaran G2A. Ia merupakan satu gedung yang mudah digunakan, mesra pelanggan, boleh disesuaikan dan mudah diakses melalui komputer dan juga peranti mudah alih.

G2A Direct mampu menyatukan pelanggan daripada golongan muda, penyelesaian pembayaran seluruh dunia dan keselamatan dalam talian demi menyediakan saluran jualan yang benar-benar unik dalam segmen perniagaan permainan digital.

Sistem Sokongan Pembangun Permainan Digital G2A merupakan inisiatif pertama daripada dua inisiatif yang diumumkan pada Jun 2016. Inisiatif kedua merupakan tambahan kepada langkah pengesahan untuk pengguna baharu. https://g2a.co/security.

Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan G2A.COM - Patryk Kadlec mengesahkan bahawa platform G2A Direct akan menggalakkan pihak Pembangun dan Penerbit menyediakan tawaran yang unik serta eksklusif kepada kumpulan pelanggan G2A. "Projek ini yang menyediakan ciri-ciri pembayaran yang mudah, sokongan sepanjang masa, keselamatan dan gedung yang tersuai khusus, bakal menjadi penyumbang penting terhadap pertumbuhan G2A pada masa depan. Saya yakin pihak Pembangun dan Penerbit pasti akan kagum dengan hasil yang diperoleh melalui hubungan secara terus bersama pihak pelanggan kami. Pasaran G2A ialah salah satu destinasi terbesar di dunia untuk pemain permainan digital dan ini merupakan satu peluang bagi mendapatkan pelanggan baharu untuk permainan digital yang anda hasilkan serta harta intelek anda," - kata Patryk.

Tawaran Nilai untuk Pembangun dan Penerbit yang terlibat dalam G2A Direct termasuk:

  • Bahagian hasil daripada jualan kod permainan digital yang dijual melalui G2A Direct adalah 89.2% untuk pihak pembangun atau penerbit, manakala 10.8% untuk G2A
  • Bayaran Pembangun antara 0% dan 10% BOLEH diaplikasikan untuk permainan digital anda yang tersenarai dalam lelongan pihak ketiga
  • Keupayaan mencari kod permainan digital melalui Pangkalan Data kami 
  • Pengurus akaun khas
  • Gedung yang tersuai sepenuhnya, berserta pautan kepada Media Sosial anda
  • Halaman produk dengan Taraf Premium
  • Kemudahan Menderma
  • Khidmat terjemahan secara percuma untuk maklumat dalam Halaman Produk
  • Kawalan inventori, kawalan harga dan sejarah jualan yang lengkap
  • Akses kepada salah satu kumpulan pemain permainan digital daripada golongan muda yang paling dinamik dan unik di dunia.

Kami mengalu-alukan kesemua Pembangun dan Penerbit untuk meninjau peluang komersial yang hebat menerusi Pasaran G2A kami dengan mengambil bahagian dalam G2A Direct, sistem sokongan pembangun kami.

G2A Direct mengutamakan dan memberi tumpuan kepada pihak Pembangun dalam pasaran yang pesat berkembang ini (Anugerah Pertumbuhan Pesat) yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 10 juta pelanggan kami, menerusi lebih 150 kaedah pembayaran yang disediakan di lebih 140 buah negara berbeza.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: developers@g2a.com

Pengarang: Jacqueline Purcelljpurcell@g2a.com

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services