omniture

Mari Mulakan Acara Sukan ini! Kuda pertama Olimpik tiba di Rio de Janeiro!

Federation Equestre Internationale, FEI
2016-08-01 09:26 777

LAUSANNE, Switzerland, 1 Ogos 2016 /PRNewswire/ --

Bukan para atlet sahaja yang melakukan penerbangan menuju Brazil menjelang Sukan Olimpik Rio 2016. Kumpulan pertama kuda Olimpik kini tiba di Pusat Ekuestarian Olimpik di Deodoro, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Galeão Rio de Janeiro sejurus sebelum tengah malan setelah melakukan penerbangan hampir 12 jam dari London (GBR).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160728/393822 )

34 ekor kuda Eventing dimuatkan ke dalam pesawat kargo, namun ia merupakan pesawat Emirates Boeing SkyCargo 777-F yang direka khas dan kesemua kuda ini ditempatkan dalam kelas perniagaan! Seperti mana atlet, kud-kuda ini perlu melepasi kawalan pasport (dan pemeriksaan kesihatan) di Lapangan Terbang Stansted London sebelum menaiki pesawat dengan bagasi yang dibawa bersama dan beg yang didaftar masuk.

Penjagaan kuda tersebut adalah seperti memakai stoking penerbangan (pembalut kaki), kuda-kuda ini menerima layanan kelas perniagaan yang serba lengkap, berserta hidangan istimewa oleh pramugari (penjaga kuda), troli minuman (baldi) menawarkan air (bukan air berkarbonat) dengan pelbagai pilihan campuran. Epal atau lobak merah, tuan?

Doktor haiwan turut berada dalam pesawat bagi memastikan kargo kuda yang istimewa ini tiba dalam keadaan yang baik. Hal ini adalah penting, memandangkan atlet-atlet berkaki empat ini merupakan aset berharga!

Tiba di Rio seawal pagi, kesemua kuda ini dibawa menggunakan trak istimewa yang dilengkapi segala kemudahan, termasuk polis pengiring yang serba lengkap, diawasi oleh tugu Christ the Redeemer dalam perjalanan ke lokasi penempatan kuda yang baru dibina di Pusat Ekuestarian Olimpik, dibentangkan dengan seakan permaidani merah untuk kuda iaitu tikar getah berwarna hitam!

Penerbangan masuk ini iaitu penerbangan pertama daripada sembilan penerbangan sepanjang tempoh Sukan Olimpik ini, membawakan kuda-kuda dari Great Britain, Ireland, Kanada, Australia, New Zealand, Zimbabwe, Brazil, Jepun, Itali dan China. Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, lebih 200 ekor kuda dari 43 buah negara akan tiba di Deodoro, dan bersedia untuk bersaing mendapatkan pingat emas bersama penunggangnya dalam tiga kategori ekuestarian Olimpik.

Latar Belakang Fédération Equestre Internationale (FEI) http://www.fei.org 

FEI ialah badan pentadbiran dunia bagi sukan berkuda yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan ditubuhkan pada tahun 1921.

FEI ialah satu-satunya badan yang mengawal kesemua acara peringkat antarabangsa dalam sukan Olimpik yang melibatkan Lompatan, Dressage dan Eventing, selain Driving, Daya Tahan, Melombol dan Mengekang Kuda. FEI turut mengawal semua pertandingan peringkat antarabangsa untuk Dressage Paraekuestrian dan Para-Driving.

Sumber: Fédération Equestre Internationale, FEI

Source: Federation Equestre Internationale, FEI
Related Links:
Keywords: Sporting Events Sports Animals/Pets