omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China Sedia Membuka Tirai Pameran Pada September ini di Shanghai

China International Furniture Fair
2016-08-01 09:54 986

SHANGHAI, 1 August 2016  /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) akan membuka tirai CIFF (Shanghai) kali ke-38 pada 7 September ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) dekat Hongqiao, Shanghai. Pameran musim luruh CIFF (Shanghai) selama empat hari itu akan mencakupi semua aspek dalam industri perabot, dengan mempamerkan perabot kediaman, perabot pejabat, hiasan rumah & tekstil rumah, perabot luar rumah & riadah serta mesin dan juga bahan mentah.

Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) akan membuka tirai CIFF (Shanghai) kali ke-38 pada 7 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Hongqiao, Shanghai.
Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) akan membuka tirai CIFF (Shanghai) kali ke-38 pada 7 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Hongqiao, Shanghai.

Pameran perabot yang terkemuka ini telah melabuhkan tirai pameran pada musim bunga CIFF (Guangzhou) kali ke-37 dengan jayanya pada Mac lalu, yang telah menarik sejumlah 3,868 pempamer berserta 168,881 pengunjung ke pameran selama lapan hari yang membuahkan hasil itu. CIFF (Shanghai) akan mengetengahkan perabot tersuai khusus dan perabot pintar, iaitu dua trend paling hangat dalam industri perabot global masa kini.

"Banyak pameran yang diadakan secara besar-besaran tertumpu di bandar-bandar besar. Platform yang berkualiti tinggi yang kami disediakan kepada pempamer dan pembeli kami dapat membantu menghubungkan semua rantaian dalam industri perabot. Oleh sebab itu, kami meletakkan harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap CIFF (Shanghai) akan datang ini yang akan menampilkan berpuluh-puluh jenama antarabangsa serta penyesuaian kediaman pintar yang menjadi penentu trend," kata kakitangan daripada jawatankuasa CIFF.

Sebagai penentu trend dalam industri perabot, CIFF (Shanghai) akan menampilkan lebih banyak produk tersuai dan diperibadikan yang mampu memenuhi permintaan pasaran, membawa fokus khas kepada sektor perabot pintar memandangkan banyak pengeluar tradisional masa kini sudah mengguna pakai teknologi moden dalam rekaan baharu mereka, di samping mengaplikasikan model pengeluaran baharu untuk beralih kepada pengeluaran secara digital yang lebih moden.

Pameran Perabot Kediaman Moden CIFF akan membawakan berpuluh-puluh jenama dari barat dan timur termasuk Ashley, Lifestyle, Global Views dan Uttermost dari A.S., Chateau d'Ax, Biesse, SCM dan Cefla dari Itali, Homag dari Jerman, Beard, Boori dan Lounge Innovation dari Australia serta beberapa syarikat Cina seperti Landbond, Qumei, Kuka Home, dan banyak lagi.

Pada September ini, kumpulan pembeli global dari Itali, A.S., Jerman, Rusia, Belgium, India, Jepun, Korea Selatan, dan Turki akan berkumpul di CIFF (Shanghai). Pembeli VIP yang disyorkan oleh syarikat-syarikat perusahaan jenama akan menerima penginapan percuma. Pereka, arkitek, ahli-ahli profesional dalam bidang hartanah dan kumpulan peniaga perabot akan turut hadir di CIFF (Shanghai) untuk berbincang mengenai urusan perniagaan.

CIFF (Shanghai) akan diadakan di NECC dekat kawasan Hongqiao yang terletak cuma 1.5 kilometer dari hab pengangkutan Hongqiao yang menghubungkan Lapangan Terbang Hongqiao dan Stesen Kereta Api Hongqiao. Bangunan kompleks tersebut boleh diakses melalui keretapi laluan 2 di Stesen Xujingdong. Pameran itu juga menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma dan terus dari lapangan terbang, stesen kereta api, dan hab pengangkutan yang lain menuju lokasi pameran tersebut.  

NECC kini disokong oleh pusat komersial yang beroperasi penuh di Hongqiao, dan InterContinental: NECC Shanghai akan mula beroperasi pada September ini untuk memberikan pengalaman pameran yang terbaik kepada pempamer dan juga pembeli.

Latar Belakang CIFF

Sebagai pameran perabot pertama dan terbesar di China, CIFF kali ke-38 akan dianjurkan oleh Pusat Dagangan Asing China (Kumpulan), Persatuan Perabot Guangdong, Dewan Perniagaan China bagi Import dan Eksport Produk Lampu Industri dan Seni Kraftangan serta akan dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160729/0861607645

Source: China International Furniture Fair
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news