omniture

Lyoness Kini merupakan Rakan Kongsi Baharu MotoGP

Lyoness Europe AG
2016-08-02 12:31 641

GRAZ, Austria, 2 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Lyoness dan Dorna Sports berbesar hati mengumumkan kerjasama mereka sepanjang siri MotoGP. Pada tahun 2016 Lyoness akan menjadi penaja untuk perlumbaan MotoGP di Spielberg (AUT), Brünn (CZ) dan Aragon (SPA).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160801/394429 )

Logo Lyoness akan dipaparkan di satu selekoh pada setiap litar perlumbaan. Di samping itu, Dorna Sports akan menerapkan Komuniti Beli-belah yang berjaya di peringkat global dalam semua aktiviti penting semasa acara tersebut. Ekoran daripada itu, Lyoness akan berkomunikasi secara terus dengan peminat dan seraya dapat menerangkan dengan lebih baik kepada mereka mengenai manfaat Lyoness Shopping World.

Hubert Freidl, CEO Lyoness, berkata: "Kami berasa amat gembira dengan kerjasama bersama Dorna Sports. Kerjasama dengan MotoGP ini merupakan satu lagi pencapaian penting untuk syarikat kami, kerana ia selaras dengan strategi kami untuk melibatkan diri kami dalam dunia sukan popular."

Pau Serracanta, selaku Pengarah Urusan, Kawasan Komersial di Dorna Sports, mengulas: "Saya amat berpuas hati dengan perjanjian yang kami capai dengan Lyoness. Matlamat kami adalah untuk turut melibatkan rakan kongsi kami dalam MotoGP untuk kerjasama ini. Peluang yang ditawarkan adalah amat besat dan banyak."

Latar Belakang Dorna Sports:

Dorna Sports S.L., yang diasaskan pada tahun 1988, pakar dalam pengurusan, pemasaran dan media sukan antarabangsa. Syarikat yang beribu pejabat di Madrid dan yang turut mempunyai cawangan di Barcelona, Rome dan Tokyo ini, mempunyai hak pemasaran dan TV eksklusif untuk MotoGP. Pasaran paling penting untuk Dorna Sports ialah Sepanyol dan Jepun.

http://www.dorna.com 

Latar Belakang Lyoness:

Lyoness Group membahagikan dua bidang perniagaannya kepada dua jenama: Jenama Lyoness termasuklah Komuniti Beli-belah dan Program Kesetiaan. Kumpulan sasaran mereka ialah pengguna yang menjimatkan wang dengan membeli-belah bersama Lyoness (Pulangan Tunai) dan Pedagang Kesetiaan yang mahu menggunakan Program Kesetiaan berbilang sektor antarabangsa. Jenama Lyconet diwujudkan untuk usahawan bebas yang ingin membina Rangkaian Beli-belah mereka sendiri. Buat masa ini, Lyoness Group aktif di 47 buah negara di semua benua. Sebanyak 6 juta Ahli memanfaatkan Faedah Lyoness di kira-kira 70,000 Pedagang Kesetiaan seluruh dunia. Maklumat lanjut di http://www.lyoness.com.

Hubungi:
Silvia Kelemen Weihs
Ketua Perhubungan Awam
Lyoness Group AG    
Tel.: +43(0)664-85-55-241
E-mel: silvia.kelemen@lyoness.ag

Source: Lyoness Europe AG
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Publishing/Information Service Sports Contracts