omniture

ET Solar, LONGi Terlibat dalam JV untuk Mewujudkan Jenama Monohabluran Utama Global

ET Solar Group
2016-08-03 14:36 943

NANJING, China, 3 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- ET Solar mengumumkan ia telah menandatangani kontrak kerjasama untuk terlibat dalam projek usaha sama (JV) dengan Xi'an LONGi Silicon Materials Corp., iaitu pengeluar produk monohabluran tinggi kecekapan yang terbesar di dunia.

ET Solar, LONGi Terlibat dalam JV untuk Mewujudkan Jenama Monohabluran Utama Global
ET Solar, LONGi Terlibat dalam JV untuk Mewujudkan Jenama Monohabluran Utama Global

Melalui JV itu, ET Solar dan LONGi akan saling membantu dan meningkatkan kepakaran serta kelebihan masing-masing dalam bidang teknologi, pembangunan, produk, penjenamaan serta saluran jualan. Kedua-dua syarikat akan bersama-sama berusaha untuk mempromosikan modul suria monohabluran yang tinggi kecekapan di seluruh dunia.

Kedua-dua pihak menganggap kecekapan sebagai elemen utama terhadap perkembangan dan penjimatan kos teknologi suria pada masa depan. Teknologi monohabluran yang berkesan kos akan menjadi enjin paling penting bagi meningkatkan tahap kecekapan kuasa suria. Kedua-dua syarikat berharap dapat menjadikan ET Solar sebagai jenama monohabluran yang terkemuka di dunia dan berkecekapan tinggi, selain dapat mencapai kesamarataan menerusi produk PV berkecekapan tinggi serta pengurangan kos yang ketara bagi penjanaan kuasa hiliran.

ET Solar dan LONGi amat yakin dengan masa depan kolaborasi ini. "Kerjasama kontrak yang strategik ini menandakan peningkatan kerjasama antara kedua-dua pihak terhadap teknologi, produk dan pemasaran global," kata Xinghua WANG, Pengerusi ET Solar. "Melalui kerjasama ini, ET Solar dan LONGi akan saling membantu, membentuk satu pakatan yang serasi dan cekap, yang menggabungkan sektor huluan dan juga hiliran dalam industri suria."

"ET Solar dan LONGi mempunyai kepakaran masing-masing dalam industri PV," kata Baoshen ZHONG, Pengerusi LONGi, "namun, kami berkongsi pandangan dan idea yang sama tentang usaha untuk membangunkan pasaran global, menyumbang terhadap alam sekitar dan mengukuhkan pasaran PV bebas subsidi dengan pemeteran bersih. Kerjasama strategik kami ini akan membuka peluang baharu buat kedua-dua pihak."

Sebagai pengeluar modul suria yang maju, ET Solar telah lama berdedikasi untuk menyediakan produk dan perkhidmatan PV terkini bagi memenuhi pelbagai kehendak pelanggan terhadap tenaga suria. ET Solar turut menyediakan modul 5 GW secara kumulatif untuk pelanggan di seluruh dunia.

Sebagai pengeluar produk monohabluran terbesar di dunia, LONGi sentiasa memberi tumpuan terhadap usaha penyelidikan & pembangunan (R&D) berhubung produk monohabluran, dan hasilnya, ini dapat membantu mengurangkan kos dan meningkatkan bahagian pasaran Cina secara berterusan bagi modul monohabluran, daripada 20% menjadi 25%.

Latar Belakang ET Solar

ET Solar ialah pengeluar modul suria yang maju. Menerusi anak-anak syarikat bahagian jualan & pemasaran di kawasan setempat dan juga cawangan-cawangan di Asia, Eropah, Oceania serta Amerika Utara & Selatan, ET Solar membekalkan modul suria dan perkhidmatan penyelesaian siap guna kepada pelanggan yang berada di lebih 90 buah negara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ET Solar, sila layari http://www.etsolar.com.

Latar Belakang LONGi

Ditubuhkan pada tahun 2000, Xi'an LONGi Silicon Materials Corp. ialah pengeluar produk monohabluran tinggi kecekapan yang terbesar di dunia. LONGi membekalkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk produk fotovolta dan semikonduktor. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang LONGi, sila layari http://www.longi-silicon.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Eric Zhang
Tel: +86-25-8689 8098 samb.9011/+86-136-4518-8386
Faks: +86-25-8689-8097
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160802/0861607758

Source: ET Solar Group
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Joint ventures