omniture

Chengdu IFS Peroleh Sijil Platinum LEED EBOM Pertama di Barat Daya China

Johnson Controls, perintis penyelesaian bangunan bersepadu, bergabung tenaga dengan Wharf membangunkan mercu tanda lestari baharu mengikut standard bangunan hijau antarabangsa
Johnson Controls
2016-08-04 11:08 670

CHENGDU, China, 4 Ogos, 2016 /PRNewswire/ ­­ Chengdu International Finance Square (Chengdu IFS), sebuah projek utama oleh Wharf (Holdings) Limited, berjaya memperoleh sijil Platinum LEED EBOM (Bangunan Sedia Ada: Pengendalian & Penyelenggaraan), dan merupakan yang pertama di kawasan barat daya China. Memiliki kecekapan tenaga sebanyak 35 peratus lebih tinggi berbanding nilai purata, Chengdu IFS menjadi mercu tanda lestari baharu di barat daya China. Johnson Controls, pakar dalam khidmat perundingan  tenaga, HVAC bersepadu (Pemanasan, Pengudaraan dan Penyamanan Udara), produk kawalan bangunan, selain perkhidmatan pengendalian dan penyelenggaraan, bergabung tenaga dengan Wharf dalam usaha untuk memenuhi komitmennya terhadap bangunan hijau.

Johnson Controls helps Chengdu IFS become first building in southwest China to earn LEED EBOM Platinum
Johnson Controls helps Chengdu IFS become first building in southwest China to earn LEED EBOM Platinum

Sebagai sebuah bangunan kompleks komersial utama Wharf di Tanah Besar China, Chengdu IFS terletak di lokasi yang paling menjadi rebutan di kawasan perniagaan utama Jalan Chunxi dan berada di tengah­tengah Chengdu. Mercu tanda ini terdiri daripada pusat membeli belah, dua buah bangunan pejabat premium Gred A, Hotel Niccolo dan juga kediaman mewah. Chengdu IFS komited dalam usaha membangunkan bangunan kompleks bandar paling premium di kawasan barat China, bagi menawarkan pengalaman terbaik dan hebat  buat para pembeli, pengunjung dan penyewa. "Kami mengiktiraf tahap profesionalisme Johnson Controls dan kami juga amat menghargai sumbangannya demi merealisasikan komitmen kami terhadap bangunan hijau dan juga kelestarian," kata Christina Hau, Pengurus Besar (Pengendalian) Wharf China Estates Limited. "Selain menambah baik HVAC, serta sistem kawalan bangunan, yang seterusnya dapat meningkatkan kecekapan tenaga dengan ketara, kami turut menyahpepijatkan sistem penggunaan tenaga sedia ada bagi mengurangkan kos pengendalian, menambah baik kecekapan tenaga bangunan dan meningkatkan kualiti udara di dalam bangunan. Sebagai bangunan Platinum LEED EBOM yang pertama dan terbesar di kawasan barat daya China, Chengdu IFS berjaya mencipta kejayaan yang penting."

Menurut Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar­Luar Bandar, bangunan­bangunan yang didirikan bertanggungjawab terhadap 27.5 peratus daripada jumlah tenaga yang digunakan di China. Nilai ini dijangka meningkat sekitar 35 peratus menjelang tahun 2020. Dalam hal ini, bagi mengurangkan keamatan karbon sebanyak 48 peratus menjelang tahun 2020 berbanding nilainya pada tahun 2005, iaitu wawasan yang terdapat dalam Pelan Lima Tahun ke­13, usaha ke arah penambahbaikan kecekapan tenaga bangunan adalah amat penting.

Sejak tahun 2009, Johnson Controls menyediakan khidmat perundingan dan pensijilan LEED kepada lebih 50 buah bangunan di China, meliputi jumlah keluasan sebanyak 3,255,000 meter persegi. Menerusi jalinan kerjasama dengan Chengdu IFS, Johnson Controls memperlihatkan kombinasi kepakaran yang unik dari segi khidmat perundingan tenaga, HVAC dan juga sistem kawalan. "Kami menyediakan penyelesaian khusus untuk Chengdu IFS termasuk pendingin YK YORK® yang menjimatkan tenaga; sistem pengurusan bangunan Metasys; dan Sistem Pengurusan Prestasi Berpusat (CPMS). Selain itu, Johnson Controls turut menyediakan perkhidmatan mengoptimumkan tenaga mengikut penggunaan tenaga Chengdu IFS yang sebenar," kata Eric Li, Pengarah Selepas Jualan & Kontrak, Johnson Controls Building Efficiency. "Penerimaan sijil Platinum LEED untuk Chengdu IFS mengesahkan kepimpinan Wharf dalam menetapkan penanda aras baharu bagi kecekapan tenaga di kawasan barat daya China dan memperlihatkan wawasan kami dalam mewujudkan kehidupan yang selesa menerusi bangunan hijau."

Dengan markah 7 mata tambahan, melebihi Gred Platinum, Chengdu IFS berjaya memperoleh sijil Platinum LEED EBOM, menjadikannya sebagai penanda aras yang baik buat bangunan­bangunan lain di rantau tersebut.

Latar Belakang Chengdu International Finance Square

Chengdu International Finance Square (Chengdu IFS) terletak di lokasi yang paling menjadi rebutan di kawasan perniagaan utama Jalan Chunxi dan berada di tengah­tengah Chengdu. Bangunan ini berada di persimpangan antara dua jalan utama yang sibuk di bandar  tersebut: Jalan Hongxing dan Jalan Dacisi. Chengdu IFS ialah projek pembangunan penting dengan kawasan lantai kasar keseluruhan berukuran melebihi 760,000 meter persegi. Bangunan ini terdiri daripada pusat membeli belah utama, bangunan pejabat Premium Gred A, Hotel Niccolo dan juga kediaman mewah. Arked membeli belah utama di Chengdu IFS menawarkan lebih 600 jenama dan hampir 90 jenama mula diperkenalkan di Chengdu. Sebagai sebuah mercu tanda perniagaan sehenti yang utama dan mewah di kawasan Barat China, Chengdu IFS menempatkan beberapa jenama fesyen terkemuka, kedai jam dan barang kemas, jenama yang mengikut trend serta jenama kanak­kanak, Lane Crawford, gelanggang luncur ais, panggung wayang UX IMAX serta pelbagai pilihan menjamu selera, demi menyediakan pengalaman membeli belah yang unik di bawah satu bumbung. Bangunan kompleks Chengdu IFS dibangunkan untuk menjadi "Bandar di dalam Bandar".

Latar Belakang Johnson Controls

Johnson Controls ialah peneraju global bagi pelbagai teknologi dan perindustrian yang menyediakan perkhidmatan buat pelanggan yang berada di lebih 150 buah negara. Seramai 150,000 kakitangan kami menghasilkan produk, perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga dan operasi bangunan; bateri automotif asid­plumbum dan bateri canggih untuk kenderaan hibrid dan juga elektrik; serta komponen tempat duduk dan sistem untuk automobil. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak  ditubuhkan pada tahun 1885, menerusi penciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Melalui strategi pertumbuhan kami dan dengan meningkatkan bahagian pasaran, kami komited dalam membawakan nilai buat para pemegang saham serta membantu kejayaan  pelanggan kami. Pada tahun 2016, Corporate Responsibility Magazine mengiktiraf Johnson Controls sebagai syarikat #17 dalam senarai tahunan "100 Warga Korporat Terbaik". Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti   kami @johnsoncontrols melalui Twitter.

Latar Belakang Johnson Controls' Building Efficiency

Johnson Controls' Building Efficiency mempunyai portfolio yang tiada tandingan, terdiri daripada produk dan penyelesaian HVACR bagi mewujudkan bangunan yang lebih selesa, selamat dan cekap. Beroperasi di lebih 150 buah negara melalui rangkaian saluran pengedaran yang mantap, kepelbagaian tawaran yang disediakan oleh Building Efficiency membantu pemilik, pengendali, jurutera dan perunding bangunan memberi impak kepada seluruh kitar hayat bangunan. Kepimpinan pasarannya diiktiraf melalui jenama­jenama yang dipercayai seperti YORK®, Sabroe® dan Metasys® selain keupayaan integrasi bangunan pintar serta penyelesaian pembiayaan tenaga. Sebarang maklumat lanjut, layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti @JCI_BEnews.

Photo ­- http://photos.prnasia.com/prnh/20160711/8521604482 
Logo -­ http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Green Technology HVAC Real Estate Awards