omniture

Wissmann: Kenderaan Komersial IAA sebagai Platform Transformasi Digital

German Association of the Automotive Industry (VDA)
2016-08-04 15:40 617

BERLIN, 4 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

Persediaan bagi mengadakan pameran perdagangan paling penting untuk mobiliti, pengangkutan dan logistik semakin digiatkan – 2,000 pempamer – logistik Dunia Mobiliti Baharu dengan trend mega yang nyata.

"Slogan 'Didorong oleh idea' menekankan galakan yang tinggi terhadap inovasi dalam kalangan syarikat yang mengadakan pameran di pameran perdagangan paling penting di dunia untuk mobiliti, pengangkutan dan logistik. Kenderaan Komersial IAA kali ke-66 akan mula diadakan di Hannover pada 22 September ini. Banyak kemajuan untuk masa depan akan dipamerkan di IAA. Pelbagai model dengan rangkaian kuasa alternatif akan turut dipamerkan. Semakin banyak bas bandar, van dan trak pengagihan menggunakan kuasa elektrik. Seluruh sektor ini mengalami 'transformasi digital', iaitu kenderaan komersial pada masa depan akan dihubungkan manakala pemanduan secara automaik tidak lama lagi bakal menjadi kenyataan," tegas Matthias Wissmann, Presiden Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA). VDA merupakan penganjur bagi acara IAA tersebut.

Segala persediaan untuk mengadakan IAA semakin digiatkan. "Kami telah berjaya menjual lebih banyak reruai berbanding sebelum ini di acara Kenderaan Komersial IAA terdahulu. Sekali lagi, kami disertai oleh banyak pempamer yang hebat, iaitu sekitar 2,000 pempamer. IAA semakin bertaraf antarabangsa, dengan peratusan penglibatan pempamer luar negara melebihi 50 peratus. Kebanyakan pempamer luar negara terdiri daripada negara Itali, China mahupun Turki. Tahun ini, sekali lagi kita dapat melihat barisan pempamer yang menarik iaitu pengeluar trak, treler dan badan utama di IAA. Selain itu, terdapat lebih banyak pembekal dari seluruh dunia yang terlibat berbanding pembekal yang terlibat dalam pameran perdagangan automotif lain," jelas Wissmann. Pempamer yang pertama kali mengambil bahagian termasuk BYD dan basnya, serta Toyota bersama kenderaan komersial ringannya.

"Logistik Dunia Mobiliti Baharu" memberi penekanan baharu terhadap transformasi digital di Pameran Motor Antarabangsa (IAA). Ia menekankan bahawa seluruh industri kenderaan komersial, pengangkutan dan logistik mendorong kemajuan masa depan mobiliti. Sebagai contoh, kawasan demonstrasi "Dunia Mobiliti Baharu SECARA LANGSUNG" akan mempamerkan pemanduan yang dinamik dan interaktif menerusi inovasi teknikal. Bagi "Program Dunia Mobiliti Baharu" pula, pengunjung dapat memandu dan mengalami sendiri kenderaan komersial berkuasa elektrik. Tema "Lawatan Berpandu" akan membawa pengunjung meninjau lokasi pameran perdagangan tersebut bagi melihat pempamer tertentu. Terdapat juga sejumlah besar persidangan yang akan diadakan berkaitan automasi, ketersambungan, kuasa bersih serta pembandaran. Salah satu daripadanya ialah "Lab16 Dunia Mobiliti Baharu: Syarikat baharu memasuki industri" pada 27 September. Ia akan mengetengahkan inovasi yang membantu menjadikan trafik fret, logistik dan kenderaan komersial lebih cekap, lebih mesra alam serta lebih pintar. "Lab" tersebut akan turut menghimpunkan syarikat-syarikat terkenal serta syarikat-syarikat baharu. Pembentangan korporat yang padat, sesi perangkaian, perbincangan dan ceramah oleh para pelopor industri ini akan turut menyediakan program yang menarik. Perniagaan kenderaan komersial yang baik adalah yang menyokong IAA," tegas Wissmann. Tahun lalu, pasaran trak bersaiz besar Eropah Barat telah berkembang sebanyak 14 peratus. Pendaftaran baharu yang dibuat pada separuh pertama tahun 2016 turut meningkat sebanyak 14 peratus. Selain itu, pasaran van pula mengalami proses dinamik yang serupa: pada separuh tahun pertama, kenderaan komersial ringan mencatatkan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.

VDA menganjurkan pelbagai aktiviti di IAA bagi menyokong aktiviti sepanjang minggu yang diadakan oleh Pakatan 'Masa Depan Industri' yang dimulakan oleh Kementerian Persekutuan bagi Hal Ehwal Ekonomi, Persekutuan Industri-industri Jerman (BDI), kesatuan sekerja IG Metall, dan sebelas persatuan serta kesatuan sekerja industri dan juga majikan lain. Acara Kenderaan komersial IAA kali ke-66 ini akan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Persekutuan Alexander Dobrindt pada 22 September. Akreditasi dalam talian untuk wartawan (http://www.iaa.de/en/ ) bermula pada 14 Julai. Sejumlah besar wartawan telah pun mendaftar pada ketika ini dua tahun lalu.

Anda boleh mendapatkan maklumat tentang IAA termasuk panduan penting, waktu operasi, bayaran masuk, pelan lokasi, acara bersama pakar dan lain-lain aktiviti/acara melalui  http://www.iaa.de/en/iaa-guides/visitor-information/.

Maklumat perhubungan media:
Eckehart Rotter
Ketua Jabatan Media
Telefon: +49-30-897842-120
E-mel: rotter@vda.de

Sumber: German Association of the Automotive Industry (VDA)

Source: German Association of the Automotive Industry (VDA)
Keywords: Auto Transportation Trade show news