omniture

Perfect World Menarik Minat yang Tinggi sempena 2016 ChinaJoy

Perfect World Co., Ltd.
2016-08-06 02:53 786

Hiburan Berada Di Mana-mana Sahaja

BEIJING, 6 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo & Persidangan Hiburan Digital China ("2016 ChinaJoy") kali ke-14 telah diadakan di Shanghai bermula pada 28 hingga 31 Julai 2016. Lebih beribu-ribu syarikat dari lebih 30 buah negara dan kawasan berhimpun bersama bagi meraikan acara tersebut, manakala barisan produk hiburan yang menarik membuktikan penantian sepanjang tahun oleh penggiat industri dan organisasi media di seluruh dunia berbaloi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert Hong Xiao Menghadiri Majlis Perasmian ChinaJoy Perfect World 2016
Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert Hong Xiao Menghadiri Majlis Perasmian ChinaJoy Perfect World 2016

Sebagai salah satu acara paling berpengaruh di dunia dalam bidang hiburan interaktif digital, 2016 ChinaJoy berjaya meraih status baharu: acara tersebut telah menjadi platform terbesar dunia bagi mengadakan pameran khususnya melibatkan permainan video, selain produk hiburan digital dalam lingkungan "seluruh bentuk hiburan", menerusi pameran yang meliputi ciri-ciri seluruh bentuk hiburan komersial iaitu permainan video dalam talian untuk PC, permainan pada peranti mudah alih, permainan konsol, e-sukan, Anime dan Manga, televisyen dan muzik, selain sastera elektronik.

Sebagai pembangun dan penerbit permainan video bertaraf global, Perfect World amat menghargai setiap acara ChinaJoy. Penyertaan Perfect World dalam 2016 ChinaJoy menerusi tema "Mewujudkan Dunia Baharu bersama Dua Penggerak Utama", mengetengahkan strategi syarikat dalam mendorong penciptaan dunia hiburan yang serba baharu dan merangkumi segalanya, yang membolehkan pelbagai industri bergabung agar menjadi satu unit yang lebih besar, khusus bagi mencapai misi untuk membangunkan teknologi perkakas dan sumber platform yang canggih, berserta matlamat akhir untuk menggabungkan budaya yang ditonjolkan oleh televisyen dan juga permainan video.

Perfect World membawakan bukan sekadar lebih 20 permainan video yang dicipta dengan penuh teliti ke 2016 ChinaJoy, termasuk permainan mudah alih Jade Dynasty, The Heaven Sword and Dragon Saber, Neverwinter serta DOTA 2, malah hampir 10 program dan drama yang menarik serta pelbagai seperti Kua Jie Ge Wang (Penyanyi Pelbagai Gaya), The New Legend of The Condor Heroes, Zan Men Xiang Ai Ba (Ayuh Jatuh Cinta) dan juga Hero Dog Xiaoqi Musim ke-2. Perfect World telah pun menyediakan rantaian produk industri permainan video yang lengkap dan kini semakin maju ke hadapan bagi melaksanakan rancangan syarikat berkaitan program televisyen yang pelbagai dan berlainan, dengan matlamat untuk menyediakan pengalaman hiburan yang tidak hanya terhad kepada genre tertentu.

Reka letak pameran Perfect World juga adalah amat kreatif, menggabungkan kelengkapan pentas daripada kehidupan sebenar, termasuk ruang tamu, bilik asrama, malah tab mandi dan tandas turut disediakan. Para pengunjung diundang untuk bermain permainan video dalam persekitaran yang berbeza ini agar mereka dapat mengambil bahagian dalam pelbagai bentuk hiburan yang tidak terhad kepada masa dan ruang.

Menerusi platform unggul yang disediakan oleh 2016 ChinaJoy, Perfect World menawarkan pemain dari serata dunia dengan acara hiburan selama 4 hari, bermula pada 28 hingga 31 Julai, selain memperkenalkan pemain di seluruh dunia dengan intipati budaya Cina melalui permainan video serta program. Pada masa depan, Perfect World berhasrat untuk terus berusaha menghasilkan produk baharu dan membolehkan peminat di seluruh dunia menikmati pengalaman yang menyeluruh berkaitan budaya Cina serta produk kebudayaan melalui permainan video, program dan bentuk hiburan yang lain.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160805/0861607896

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Film & Motion Picture Publishing/Information Service Television Trade show news