omniture

Etiqa Meningkatkan Kelebihan Daya Saing dalam Pasaran Insuran yang Lebih Terbuka

Emerio (Malaysia) Sdn Bhd
2016-08-08 09:36 1273

Penilaian menyeluruh yang dibuat untuk beralih mengikut perubahan industri, penyedia insurans kini memiliki setiap maklumat berkaitan pengguna di hujung jari mereka

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Sistem pengurusan data induk (MDM) berfokuskan pelanggan daripada Informatica yang dimanfaatkan oleh Etiqa baru-baru ini membantu mengukuhkan komitmen syarikat terhadap strategi hubungan pelanggannya yang menyeluruh, serta usaha berterusan bagi mewujudkan peluang pasaran baharu.

Kehadiran sebuah platform dengan pendekatan yang mengutamakan pelanggan dapat membantu Etiqa menarik minat dan mengekalkan pelanggan insurans selain dapat meningkatkan perolehan – Kamaludin Ahmad, CEO Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB)
Kehadiran sebuah platform dengan pendekatan yang mengutamakan pelanggan dapat membantu Etiqa menarik minat dan mengekalkan pelanggan insurans selain dapat meningkatkan perolehan – Kamaludin Ahmad, CEO Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB)

Etiqa bekerjasama rapat dengan Rakan Kerjasama Informatica, Emerio, sebuah anak syarikat milik penuh syarikat NTT Communications berkaitan seni bina, pembangunan, pengurusan dan penyepaduan sistem ke dalam platform MDM. Sebagai rakan perkhidmatan dan penyelesaian IT global serta pengintegrasi sistem utama di Asia Tenggara, Emerio berpengalaman luas dalam melaksanakan dan mengintegrasikan penyelesaian berteknologi untuk pelbagai industri.

Sistem MDM menyediakan kawalan yang lebih baik terhadap data Etiqa dan ini membolehkan syarikat mewujudkan profil pelanggan yang tergabung dalam usaha mencapai pertumbuhan baharu dalam pasaran insurans Malaysia yang lebih terbuka dan berdaya saing.

"Kami memiliki sebuah platform untuk mengakses, mengintegrasikan, menapis dan mengawal data pelanggan kami. Pendekatan yang mengutamakan pelanggan merentasi seluruh segmen perniagaan insurans am dan hayat memainkan peranan penting dalam membantu Etiqa menarik minat dan mengekalkan pelanggan insurans selain meningkatkan perolehan," kata Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB).

Sebagai penyedia perkhidmatan insurans hayat dan am serta produk Takaful menerusi pelbagai saluran, Etiqa merupakan anak syarikat Maybank Group, salah sebuah kumpulan institusi kewangan yang utama di Asia.

Menerusi penyelesaian MDM, Etiqa berusaha merancang masa depannya. Etiqa mula beralih daripada pendekatan yang mengutamakan produk kepada tumpuan terhadap hubungan pelanggan yang holistik bersama Etiqa merentasi seluruh segmen perniagaannya. Pendekatan yang berfokuskan pelanggan ini memberikan pandangan yang menyeluruh kepada Etiqa terhadap hubungan pelanggan bersama syarikat, selain mengenai minat, pilihan dan aktiviti mereka.

Dengan adanya akses kepada maklumat pelanggan yang tepat dan beraneka, ini membolehkan Etiqa menyesuaikan produk dan memberi harga yang lebih kompetitif serta cepat mengikut profil dan sejarah pelanggan tertentu.

"Ini merupakan satu perubahan penting," kata James Lee, Ketua Bahagian Aplikasi Saluran & Seni Bina Perusahaan, Etiqa. "Selain menyediakan platform yang hebat untuk MDM, kami juga diberi kefleksibelan untuk menjalankan integrasi data, pemprofilan, pemindahan dan juga proses lain, kesemuanya pada platform yang sama."

Selain itu, sistem ini membolehkan Etiqa menggabungkan maklumat daripada saluran baharu seperti media sosial. Maklumat tentang gaya hidup dan minat lain dapat menambah maklumat asas mengenai pelanggan Etiqa dan ini dapat membantu mengenal pasti peluang pemasaran yang baharu.

Kepimpinan teknologi Informatica yang mantap dalam Gartner Magic Quadrant, ciri-ciri yang mudah digunakan selain pengaturan yang mudah merupakan antara faktor yang menyebabkan Etiqa memilih MDM Informatica.

"Informatica merupakan penyedia penyelesaian penyepaduan data perusahaan dan pengurusan data untuk Etiqa. Kami teruja kerana dapat melanjutkan kerjasama teknologi kami bersama Etiqa," kata Sivadas Ramadas, Pengarah Urusan, Informatica ASEAN. "Data mendorong kemajuan perniagaan. Menerusi MDM Pelanggan Informatica, Etiqa dapat memanfaatkan pendekatan berfokuskan pelanggan yang lebih baik terhadap perniagaan mereka agar dapat menarik, mengekalkan dan menambah baik hubungan bersama pemegang polisi yang menguntungkan serta berterusan. Inilah hasil model Insurance Customer 360."

"Emerio sedia maklum bahawa pengurusan maklumat adalah perkara yang amat penting untuk syarikat-syarikat dalam sektor kewangan. Memandangkan Etiqa merupakan sebuah syarikat insurans yang dipercayai, pengurusan kualiti data yang mantap dan pentadbiran yang baik sentiasa dititikberatkan sedari peringkat awal kerjasama kami," kata Michael Warren, Pengarah Urusan, Emerio. "Penyelesaian MDM ini adalah amat sesuai untuk syarikat-syarikat dalam sektor insurans memandangkan ia dibangunkan bersama ACORD**- patuh keupayaan."

Michael menambah, "Akses yang pantas kepada maklumat yang bagus adalah penting, namun begitu, pelanggan kami haruslah benar-benar berpuas hati yang data berkenaan bukan sahaja boleh dipercayai, malah kekal selamat pada setiap masa."

** Persatuan Penyelidikan dan Pembangunan Operasi Kerjasama

Latar Belakang Etiqa

Etiqa ialah sebuah anak syarikat Maybank Group, salah sebuah kumpulan institusi kewangan yang utama di Asia. Etiqa ialah pengedar pelbagai saluran bagi produk Insurans dan Takaful menerusi 24,000 tenaga agensinya, lebih 27 cawangan Insurans dan Takaful, lebih 400 cawangan Maybank, ATM serta bank pihak ketiga yang lain, bagi menyediakan kemudahan yang lengkap serta keselesaan yang menyeluruh kepada pelanggan yang tiada tandingannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.etiqa.com.my

Latar Belakang Emerio

Emerio, sebuah anak syarikat milik penuh syarikat NTT Communications ialah penyedia perkhidmatan dan penyelesaian IT bertaraf global yang fokus dalam membantu pelanggan meningkatkan daya saing perniagaan, kecekapan serta pulangan pelaburan (ROI). Ditubuhkan pada tahun 1997 dan beribu pejabat di Singapura, kini Emerio menggajikan lebih 2,200 kakitangan yang berada di sekitar 11 buah negara dengan pusat-pusat perkhidmatan di Singapura, Malaysia, Indonesia, India, Filipina dan juga Thailand. Ketahui lebih lanjut tentang Emerio melalui www.emeriocorp.com atau https://www.linkedin.com/company/emerio.

Latar Belakang Informatica

Informatica ialah sebuah syarikat yang fokus sepenuhnya terhadap data, memandangkan dunia masa kini beroperasi menggunakan data. Organisasi-organisasi memerlukan penyelesaian perniagaan berkaitan data untuk perkhidmatan awan, data besar, masa sebenar dan juga penstriman. Informatica ialah penyedia penyelesaian pengurusan data No. 1 di dunia untuk perkhidmatan awan, di premis atau dalam persekitaran hibrid. Lebih 7,000 buah organisasi di serata dunia memilih Informatica bagi mendapatkan penyelesaian berkaitan data yang dapat memajukan perniagaan mereka. Sebarang maklumat lanjut, hubungi +65 6396-6679, atau layari www.informatica.com. Anda juga boleh berhubung dengan Informatica melalui https://linkedin.com/company/informatica, https://twitter.com/Informatica dan https://facebook.com/InformaticaLLC.

Sebarang pertanyaan berkaitan media:

Stella Lee
Pengurus Kanan Pemasaran
Emerio
Tel: +6012 2782183
E-mel: stella.lee@emeriocorp.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160804/8521604981

Source: Emerio (Malaysia) Sdn Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Internet Technology Telecommunications