omniture

Nestle Omega Plus dan Yayasan Jantung Malaysia bakal Anjurkan Walk-A-Mile ke-15, Meningkatkan Kesedaran terhadap Kesihatan Jantung

Usaha pencegahan untuk menjamin kesihatan jantung perlu diberi perhatian utama oleh rakyat Malaysia
Nestle Malaysia
2016-08-09 10:31 1105

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mula menjaga kesihatan jantung mereka dan bukannya hanya ketika simptom penyakit jantung telah dikenal pasti, jenama-jenama seperti Nestle Omega Plus mempunyai satu misi untuk menjadi penyokong kesihatan jantung di Malaysia. Tanggal 3 September bersamaan dengan hari Sabtu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan muda dan berusia akan berhimpun di Lake Gardens (Taman Botani Perdana) sempena program Walk-A-Mile, iaitu aktiviti berjalan kaki terpanjang di Malaysia sebagai sokongan terhadap kesihatan jantung, dianjurkan secara bersama oleh Nestle Omega Plus dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM).

Walk-A-Mile oleh Susu Nestle Omega Plus dan YJM menggalakkan rakyat Malaysia bergerak aktif untuk menjamin kesihatan jantung
Walk-A-Mile oleh Susu Nestle Omega Plus dan YJM menggalakkan rakyat Malaysia bergerak aktif untuk menjamin kesihatan jantung

"Sejak 14 tahun lalu, Nestle Omega Plus telah berusaha mendekati rakyat Malaysia untuk menjaga dan mengambil berat terhadap jantung mereka melalui program Walk-A-Mile dengan kerjasama YJM. Kami dengan penuh sukacita berharap dapat berkongsi aktiviti berkaitan kesihatan jantung dengan semua pihak sempena Walk-A-Mile. Usaha menjaga jantung tidak semestinya melibatkan langkah yang amat besar, namun cukup dengan menaiki anak tangga atau menukar makanan yang manis dengan buah-buahan segar, selain meminum dua gelas Nestle Omega Plus yang mempunyai tambahan sterol tumbuhan pada setiap hari bagi menjaga tahap kolesterol demi meningkatkan tahap kesihatan jantung anda," kata Ng Su Yen, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Milks of Nestle Malaysia.

Usaha pencegahan bagi menjaga kesihatan jantung tidak dititikberatkan oleh kebanyakan golongan dewasa di Malaysia, memandangkan penyakit jantung sering dilihat sebagai penyakit yang hanya dihidapi oleh warga tua1. Kajian membuktikan bahawa hal ini tidak benar, sebaliknya rakyat Malaysia berusia dalam lingkungan tiga puluhan kini lebih cenderung mempunyai pembuluh darah yang serupa dengan mereka yang berusia tujuh puluh tahun disebabkan oleh gaya hidup mereka2. Kenyataan yang menyedihkan ialah rakyat Malaysia mula mengalami penyakit jantung pada usia muda.

Bagi ibu tunggal, Linda Chan, 57, waktu kerja yang panjang ketika muda, serta menikmati hidangan makanan laut yang kerap bersama keluarga apabila makan di luar menjadi cabaran buatnya untuk menjaga kesihatan jantungnya. Bagi memastikan keseimbangannya, beliau akan cuba menjaga pemakanannya dengan lebih baik pada keesokan harinya, seperti hanya memilih hidangan makanan yang dikukus di rumah dan meminum susu dengan tambahan sterol tumbuhan bagi menghalang penyerapan kolesterol.

"Beberapa orang rakan saya telah meninggal dunia ketika sedang tidur pada usia 37 tahun disebabkan oleh masalah jantung," kata beliau. "Penyakit jantung atau kematian tidak hanya berlaku pada individu yang seusia dengan saya. Kolesterol dan masalah jantung tidak berlaku serta merta dan saya pasti akan menggesa anak perempuan saya untuk berusaha menjaga kesihatan jantung seawal mungkin."

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2015 mendedahkan bahawa hampir 20 juta rakyat Malaysia berusia melebihi 18 tahun berisiko mengalami penyakit tidak berjangkit (NCD), yang seterusnya mungkin menyebabkan berlakunya masalah jantung. Satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah tinggi kolesterol. Penyakit jantung mula berlaku dalam pelbagai cara, sama ada serangan jantung, penyempitan saluran arteri, ritma jantung yang tidak normal, injap jantung atau otot jantung yang rosak serta kemerosotan fungsi saluran darah, antara lainnya. Secara keseluruhan, kesemua ini dikenali sebagai penyakit jantung kardiovaskular atau CHD.

Pengurusan kesihatan jantung secara holistik melibatkan pemeriksaan perubatan secara tetap, senaman setiap hari dan mengambil makanan yang seimbang
Pengurusan kesihatan jantung secara holistik melibatkan pemeriksaan perubatan secara tetap, senaman setiap hari dan mengambil makanan yang seimbang

Terdapat 3 faktor utama bagi menjaga kesihatan jantung secara holistik. Sasarkan untuk melakukan aktiviti fizikal setiap hari – Persatuan Jantung Amerika mencadangkan kombinasi antara aktiviti yang sederhana dan bertenaga selama tiga puluh minit setiap hari, lima kali seminggu. Apa-apa sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh dan dapat membakar kalori dianggap sebagai aktiviti fizikal. Berjalan kaki dengan lebih kerap juga merupakan kaedah berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung.

Walaupun anda tidak mengalami sebarang masalah berkaitan jantung, penting untuk anda melakukan pemeriksaan tahap kesihatan jantung bersama doktor anda. Dapatkan maklumat berkenaan angka anda berkaitan: tekanan darah, kolesterol, kadar jantung, gula dalam darah dan berat. Kesemua angka ini akan membantu menyediakan penanda aras bagi menjalani pemeriksaan yang seterusnya.

Ambillah makanan yang seimbang. Ketika di meja makan, penuhkan separuh daripada pinggan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, minumlah susu dengan tambahan sterol tumbuhan bagi menghalang penyerapan kolesterol ke dalam saluran darah. Sterol tumbuhan amat berkesan bagi merendahkan tahap kolesterol. Menurut Heart UK, Cholesterol Charity, sterol tumbuhan dapat merendahkan tahap kolesterol sehingga 10% apabila diambil dalam dos optimum dan menjadi sebahagian daripada pemakanan rendah lemak tepu hanya dalam tempoh 3 minggu. Sterol tumbuhan ini dianggap sebagai satu-satunya nutrien paling berkesan yang dapat merendahkan tahap kolesterol menerusi cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Sterol tumbuhan terdapat dalam jumlah yang sedikit dalam kebanyakan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, kacang dan bijian. Namun begitu, anda perlu mengambil jumlah yang tinggi bagi kesemua bahan ini bagi memastikan sterol tumbuhan memberi kesan terhadap tahap kolesterol anda. Dengan Nestle Omega Plus, anda hanya perlu mengambil dua gelas susu setiap hari bagi mengawal tahap kolesterol anda.

Jagalah kesihatan jantung anda sekarang dan daftarlah melalui https://mro.myraceonline.com/wohd16/registrations untuk menyertai Walk-A-Mile 2016 

1

Caring For The Heart. Prof Datuk Paduka Dr Wan Azman Wan Ahmad, Profesor Perubatan dan Kardiologi. 21-Dis-15 17:10


Diambil daripada http://www.bfm.my/wan-azman-wan-ahmad-cardiology-caring-for-heart.html

2

Renganayar, C. (2016, April 24). Young people, ageing arteries. New Straits Times Online.


Diambil daripada http://www.nst.com.my/news/2016/04/141124/young-people-ageing-arteries

LATAR BELAKANG NESTLE OMEGA PLUS®

NESTLE OMEGA PLUS® ialah satu-satunya susu yang mengandungi ACTICOL®, iaitu sejenis sterol tumbuhan yang dapat membantu merendahkan tahap kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol dalam aliran darah. Susu NESTLE OMEGA PLUS® juga mengandungi kadar kalsium yang tinggi bagi memastikan tulang kekal kuat. Hanya dua gelas NESTLE OMEGA PLUS® setiap hari terbukti berkesan secara saintifik dapat merendahkan tahap kolesterol*. Susu ini disediakan dalam bentuk serbuk dengan berat 150g, 600g dan 1kg, serta susu UHT sedia diminum dalam bungkusan yang terdiri daripada enam pek 200ml. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

*

Thomsen AB, et al. Eur J Clin Nutr 2004; 58:860-870 

Latar Belakang Nestle Malaysia

Nestle, pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia serta peneraju dalam pasaran Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, mempunyai ibu pejabat di Switzerland. Sejak tahun 1866, Nestle komited dalam usaha menyediakan produk yang berkualiti tinggi, enak, selamat dan berkhasiat kepada pengguna kami, sejajar dengan wawasan kami terhadap Makanan yang Baik, Kehidupan yang Baik. Membantu menyediakan produk berkhasiat buat rakyat Malaysia sejak tahun 1912, Nestle telah memperoleh kepercayaan daripada pengguna kami melalui jenama serta produk kami yang berkualiti, selain komitmen kami untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarat di tempat kami beroperasi. Di Nestle, pengguna kami sangat diberi keutamaan bagi setiap yang kami usahakan. Kami berhasrat untuk menggembirakan pengguna kami dengan menawarkan produk berkualiti terbaik; terus berpegang teguh pada prinsip kami yang berasal dari Switzerland, di samping mengekalkan keunggulan dan integriti produk kami yang Halal. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang usaha yang kami lakukan bagi menyediakan produk berkhasiat buat rakyat Malaysia selama lebih seabad, sila kunjungi www.nestle.com.my atau halaman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160805/8521605017-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160805/8521605017-b

Source: Nestle Malaysia
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Corporate Social Responsibility Not for profit