omniture

Menteri Kewangan India Berucap di Konvokesyen ke-5 O.P. Jindal Global University

O.P. Jindal Global University
2016-08-10 20:40 707

NEW DELHI, 10 Ogos 2016 /PRNewswire/ --

Seruan agar Institusi Pendidikan Tinggi India Tersenarai dalam Penarafan Peringkat Dunia 

Berucap semasa perjumpaan dengan lebih 2000 orang di Konvokesyen ke-5 and sambutan Hari Pengasas O.P. Jindal Global University (JGU), En. Arun Jaitley, Menteri Kewangan India, berkata, "Bagi kebanyakan negara maju, populasi mereka berkurangan manakala bilangan kita pula semakin bertambah; oleh itu sumber manusia menjadi sumber ekonomi kita yang paling penting."

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160808/396317 )

Beliau seterusnya menekankan bahawa "untuk membentuk corak pemikiran seperti ini, membolehkan mereka bersaing di peringkat global, menjadikan mereka warga global sebenar, anda memerlukan institusi pendidikan yang cemerlang. Jindal Global University, saya yakin universiti ini pasti akan menjadi salah sebuah institusi yang sebegitu."

Seterusnya Menteri merujuk kepada ucapan belanjawan beliau dan menegaskan bahawa India kini perlu fokus terhadap sekurang-kurangnya 20 buah institusi pendidikan tinggi, dengan 10 buah institusi dikendalikan oleh negara manakala baki 10 buah institusi diuruskan oleh sektor swasta, selain menaik taraf institusi pendidikan tinggi ini agar kesemuanya boleh menjadi institusi bertaraf global. "JGU kini menjadi sebahagian daripada persaingan tersebut dan anda perlu berusaha keras untuk berada dalam kategori sepuluh teratas, yang seterusnya melayakkannya untuk tersenarai dalam penarafan peringkat global," kata Menteri Kewangan tersebut.

Sewaktu menyampaikan ucapan tahniah kepada kumpulan pelajar yang menamatkan pengajian, En. Naveen Jindal, Canselor, O.P. Jindal Global University, berkata, "Hari ini, JGU diterima sebagai universiti swasta yang cemerlang di India yang telah menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi. Di JGU, kami berusaha keras untuk menyediakan penyelidikan bertaraf dunia dan pengajaran yang dapat memberi manfaat dari segi sosial dan relevan di peringkat global."

Ketika menjelaskan tentang visi masa hadapan universiti, En. Jindal turut berkata, "Matlamat strategik kami adalah agar beberapa kolej JGU berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang."

Dalam ucapan beliau, Profesor (Dr.) C Raj Kumar, Naib Canselor Pengasas, O.P. Jindal Global University, berasa kesal terhadap kekurangan insentif untuk menggalakkan kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan universiti di India. Beliau menyatakan bahawa hanya sebilangan kecil universiti India yang menuju proses pengantarabangsaan sebagai strategi teras untuk mempromosikan kerjasama institusi yang erat dengan universiti-universiti di seluruh dunia, selain memperoleh faedah daripada kerjasama antarabangsa ini dari segi pengajaran, penyelidikan dan juga pengalaman pelajar.

Berucap tentang pengantarabangsaan di JGU, Profesor Kumar berkata, "Kami berbangga apabila lebih 80 peratus daripada ahli fakulti kami mempunyai kelayakan antarabangsa daripada universiti-universiti terkemuka di dunia dan hampir 20 peratus daripada ahli fakulti sepenuh masa kami adalah warga antarabangsa. Ini adalah penting kerana kami merupakan universiti yang masih baharu."

Maklumat Perhubungan Media
Kakul Rizvi 
krizvi@jgu.edu.in 
+91-8396907273
Pengarah
O.P. Jindal Global University

Sumber: O.P. Jindal Global University

Source: O.P. Jindal Global University
Keywords: Education Higher Education Workforce Management/Human Resources