omniture

Anugerah Budaya Berteknologi TMCnet Berprestij Mengesahkan Kepimpinan Mahindra Comviva dalam Teknologi dan Inovasi

Mahindra Comviva
2016-08-11 19:30 597

NEW DELHI, Ogos 11, 2016 /PRNewswire/ --

Satu-satunya Syarikat Dari India yang Dipilih Antara Pemenang kerana Menyediakan Persekitaran Budaya Berteknologi Yang Benar-benar Berbeza dan Ceria

Mahindra Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan ia telah menerima penghormatan tertinggi sempena anugerah Budaya Berteknologi TMCnet 2016 kerana memupuk persekitaran tempat kerja yang kreatif dan saling bekerjasama. TMCnet, sebuah syarikat media pemasaran perniagaan kepada perniagaan dan bersepadu yang terkemuka, telah memantau dan memilih syarikat yang memupuk bakat teknologi yang menggalakkan kemajuan dan prestasi keseluruhan mereka. Dengan sistem penggredan bermula daripada B hingga A+, Mahindra Comviva memperoleh 'A+' bagi budaya berteknologi terunggul yang menjadikannya tempat yang ideal untuk bekerja.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160810/397085LOGO )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )

Mahindra Comviva menyediakan budaya inovasi kepada pekerjanya dengan kebebasan untuk meneroka, belajar, membuat pembaharuan dan berkembang dengan fokus yang konsisten terhadap pembangunan yang turut memberikan hasil perniagaan yang baik. Dengan proses dan modul latihan bertaraf dunia, syarikat menawarkan pelbagai dasar unik yang menjadikannya tempat yang terbaik untuk bekerja, di samping turut menonjolkan keinginan dan keupayaan keusahawanan pekerjanya. Program kemegahan seperti ICO (Peluang Kerjaya Dalaman) menawarkan peluang kepada semua pekerja yang layak untuk berkembang atau menukar peranan mereka dalam organisasi manakala program PII – Program Mempromosikan Keusahawanan & Inovasi menggalakkan semua pekerja untuk mengikut minat mereka.

Mengulas tentang pencapaian tersebut, Sandyp Bhattacharya, Ketua Sumber Manusia dan Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Pengurusan di Mahindra Comviva, berkata, "Kami berbangga apabila menerima anugerah ini kerana ia mengesahkan azam kami untuk melakukan dengan lebih baik pada masa akan datang. Kami amat bangga dengan budaya berteknologi dan inovasi kami yang diterapkan ke akar umbi dalam organisasi kami. Pekerja kami diberikan persekitaran kerja yang terbuka, tidak formal dan menyeronokkan, yang membantu mereka memberikan hasil terbaik. Dengan objektif untuk mewujudkan persekitaran berprestasi tinggi, pekerja diberikan peluang untuk bertanya dan mencabar apa-apa sahaja dengan niat membina serta dibenarkan gagal. Skema, dasar dan program 'Keusahawanan' yang terbaik dalam industri kami ini membantu menggalakkan fokus kami terhadap kepimpinan inovasi dan teknologi."

Mengucapkan tahniah kepada Mahindra Comviva atas pencapaiannya itu, Rich Tehrani, CEO dan Ketua Sidang Pengarang Kumpulan untuk TMCnet berkata, "Misi anugerah Budaya Berteknologi ini adalah agak ringkas. Kami telah memantau dan memilih syarikat yang mencari bakat teknologi terbaik dan paling pintar selain sanggup berusaha keras untuk menyediakan budaya teknologi yang mereka percaya adalah ideal."

"Mahindra Comviva telah menunjukkan kepada editor TMCnet bahawa mereka komited terhadap kemajuan dengan menyediakan persekitaran yang benar-benar berbeza dan ceria dan oleh sebab itu, kami memuji dan mengiktiraf mereka," tambah Tehrani.

Mahindra Comviva meningkatkan kadar kepuasan pekerja dan kadar pengekalan pekerja, yang seterusnya membantu memberikan hasil kewangan yang positif. Sebagai sebuah organisasi global yang berada di 90 negara, ia berjaya menunjukkan kepelbagaian di tempat kerja bersama pekerja-pekerja dari Nigeria, Kenya, Madagascar mahupun negara-negara LATAM.  

Untuk membuat pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Pengurus PR Global
Mahindra Comviva
E-mel: pr@mahindracomviva.com

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Workforce Management/Human Resources Awards Survey, Polls & Research