omniture

Sidang Kemuncak Eksekutif e-Sukan Global WCA & IeSF: Jadikan e-Sukan Penyatu Dunia

World Cyber Arena
2016-08-12 22:13 708

BEIJING, 12 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Eksekutif e-Sukan Global, anjuran bersama-sama antara World Cyber Arena (WCA) dan International e-Sports Federation (IeSF) di Shanghai, telah mencatatkan sejarah dalam seluruh industri e-Sukan. Semasa sidang kemuncak itu, beberapa kejayaan dan persetujuan berkaitan pelbagai perkara utama telah dicapai. Oleh sebab itu, sidang kemuncak itu telah menyediakan peluang keemasan untuk e-Sukan China, yang diwakili oleh WCA, untuk merapatkan jurang perbezaan di seluruh dunia.

Keterangan gambar: Delegasi WCA & IeSF di Sidang Kemuncak Eksekutif e-Sukan Global
Keterangan gambar: Delegasi WCA & IeSF di Sidang Kemuncak Eksekutif e-Sukan Global

Buat pertama kalinya, wakil daripada 47 negara ahli dan rantau IeSF menghadiri persidangan itu di China, dan ramai orang kanan daripada kemudahan e-Sukan yang turut dijemput. Sidang kemuncak itu dipercayai secara meluas mampu membentuk semula landskap industri pan-sukan.

Sebagai tuan rumah, WCA telah mengadakan perbincangan terperinci dengan beberapa negara dan rantau berbeza, serta beberapa kemudahan yang lain. Xu Xuefeng, Presiden WCA, telah bertemu dengan orang kanan dalam industri e-Sukan di Amerika, Australia, Jerman, Denmark, Rusia, Brazil, Iran, dan Afrika Selatan. Semasa sidang kemuncak itu, Xu mencapai persetujuan dengan para tetamu berkenaan kerjasama dalam e-Sukan pada masa akan datang. Langkah ini menunjukkan WCA berhasrat untuk mewujudkan kerjasama dan perkongsian yang menyeluruh pada peringkat global, pada masa yang sama menunjukkan ketulusan dan keupayaan globalisasi WCA yang kian meningkat.

Sidang Kemuncak Eksekutif e-Sukan Global WCA-IeSF telah pun menjadi hubungan penting dalam pembangunan industri e-Sukan China. Melalui perbincangan dan hubungan yang mendalam antara WCA dan organisasi-organisasi e-Sukan di pelbagai negara dan rantau, WCA bukan sahaja memperkenalkannya di peringkat dunia, bahkan turut memperluas pengaruh dan kesedaran berjenama. e-Sukan ialah salah satu industri yang paling menguntungkan, dan sidang kemuncak itu menyediakan peluang untuk industri e-Sukan China mendapatkan rakan kerjasama dan mengukuhkan kolaborasi dengan negara-negara lain. Ini merupakan langkah penting demi mengekalkan kepelbagaian dan pengembangan global e-Sukan. Sidang kemuncak ini turut menyediakan persekitaran yang bermanfaat dan baik agar e-Sukan China dapat lebih terlibat dalam landskap global.

Bagi mempromosikan pembangunan yang mampan dan berterusan, WCA akan terus memanfaatkan sepenuhnya sumber global dan menyatukan rakan kerjasama di negara-negara dan rantau berbeza untuk bersama-sama menjalin kerjasama pada skala lebih besar. Sepanjang proses ini, pengaruh WCA dan e-Sukan China akan mengalami peningkatan yang besar dan ketara di seluruh dunia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160811/0861608140

Source: World Cyber Arena
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Sports Trade show news