omniture

Kenderaan Komersial Menuju Transformasi Digital

German Association of the Automotive Industry (VDA)
2016-08-12 23:00 701

BERLIN, 12 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

Alami trend mega masa depan: pendigitan dan mobiliti elektrik - Kenderaan Komersial IAA menerusi logistik Dunia Mobiliti Baharu 

Kenderaan Komersial IAA kali ke-66 yang bakal diadakan di Hannover (22 hingga 29 September 2016), sebagai pemacu inovasi dan dorongan baharu, akan memberi tumpuan khusus terhadap trend mega masa depan: pendigitan dan mobiliti elektrik. Pameran perdagangan paling penting di dunia bagi sektor pengangkutan, logistik dan mobiliti itu menawarkan tiga kongres penuh berkaliber menerusi topik yang berpandangan jauh di "logistik Dunia Mobiliti Baharu." Semua kongres ini akan mengetengahkan bukan sahaja kenderaan komersial, bahkan pendigitan yang lengkap untuk seluruh rantaian nilai.

Pada hari Isnin, 26 September 2016, menerusi tajuk "Perubahan dalam ekosistem melalui telematik- kesan terhadap penjualan selepas pasaran automotif" soalan-soalan akan diajukan berkenaan pengaruh yang diberikan oleh telematik dan kaitan hubungannya terhadap situasi perniagaan oleh syarikat penghantaran, syarikat pengangkutan dan juga syarikat perkapalan. Apa yang akan berubah dan apa pula yang telah berubah? Apakah cabaran yang terus kekal? Kesan ekologi akan turut dibincangkan. Simposium ini bakal dirasmikan oleh Pengarah Urusan VDA Klaus Bräunig. Para penceramah terdiri daripada Dr. Christian Wiehen, Ketua Pegawai Teknologi WABCO Vehicle Control Systems; Günter Weber, Naib Presiden Pemasaran Robert Bosch GmbH; Luc Billiet, Presiden Alat Ganti dan Perkhidmatan serta Penyelesaian Kepersisan & Telematik di CNH Industrial, serta Frank Tinschert, Naib Presiden Penyelesaian Telematik & Digital di MAN Truck & Bus AG.

Pada 28 September 2016, para pengurus peringkat tertinggi daripada industri automotif, telekomunikasi dan IT akan bertemu dalam kongres kereta-IT yang bertajuk "Perubahan digital dalam industri automotif" sempena IAA. Tahun ini, ia akan memberi tumpuan terhadap kenderaan terhubung dan tahap kerumitannya. Topik-topik melibatkan komunikasi kereta-kepada-kereta, e-Mobiliti dan IT, pemanduan tanpa pemandu dan sistem bantuan pemandu, kepada navigasi pintar. Aspek berkaitan pengurusan trafik dan mobiliti pada masa depan akan turut dibincangkan, selain peningkatan kepentingan sistem maklumat hibur yang moden yang disokong oleh aplikasi untuk kereta terhubung.

Pihak penganjur VDA dan Bitkom telah menghimpunkan para penceramah terkenal termasuk Dieter May, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Digital dan Model Perniagaan di BMW Group; Bernhard Rohleder, CEO Bitkom; Prof. Stefan Bratzel, Pengarah Pusat Pengurusan Automotif; Dr. Daniela Gerd tom Markotten, Ketua Bahagian Penyelesaian dan Perkhidmatan Digital di Mercedes-Benz Trucks, Daimler AG; Dirk Ahlborn, CEO Hyperloop Transportation Technologies; Dr. Jan Wehinger, Pengurus Kanan MHP (anak syarikat Porsche); Oliver Bahns, Naib Presiden Kanan Kereta Terhubung di Deutsche Telekom AG, T-Systems, Digital Division; Dr. Joachim Damasky, Pengarah Urusan VDA; dan Johann Jungwirth ("JJ"), Ketua Pegawai Digital Volkswagen Group. Kongres tersebut akan dihoskan oleh Thomas R. Koehler, penulis dan pengasas CE21 - Gesellschaft für Kommunikationsberatung mbH.

Forum "Pemanduan automatik dan terhubung: kenderaan komersial sebagai peneraju inovasi bagi pengautomatan dan ketersambungan" pada 29 September 2016, akan memberi tumpuan terhadap segala persoalan berkaitan sejauh mana peningkatan jumlah trafik dapat dioptimumkan dan bagaimana mobiliti fungsian dapat dijamin pada masa depan. Salah satu pilihannya adalah menerusi hubungan yang lancar bagi kaedah pengangkutan yang berbeza. Kawalan trafik pintar berasaskan masa sebenar juga bakal menjadi aspek utama bagi mengoptimumkan aliran trafik. Sistem bantuan pemandu, pemanduan secara automatik, dan perangkaian antara kenderaan serta infrastruktur, kesemuanya akan memainkan peranan penting dalam menguasai tugas ini.

Forum ini bakal dirasmikan oleh Presiden VDA Matthias Wissmann dan Setiausaha Negara Rainer Bomba daripada Kementerian Persekutuan Pengangkutan dan Infrastruktur Digital. Penceramah-penceramah lain melibatkan Matthias Kässer, Ketua Bersekutu di McKinsey & Company, Inc.; Erik Wirsing, Ketua Bahagian Inovasi di Schenker AG; dan Prof. Barbara Lenz, Ketua Institut Penyelidikan Pengangkutan di Pusat Aeroangkasa Jerman (DLR).

Dorongan terhadap perkongsian pendapat yang intensif dan menarik pada sesi perbincangan panel yang dirancang akan diperoleh daripada Frank Tinschert, Naib Presiden Penyelesaian Telematik & Digital di MAN Truck & Bus AG; Uwe Sasse, Pengarah Urusan Bahagian Pembinaan/Pembangunan di Bernard Krone GmbH & Co. KG; Michael Bültmann, Pengarah Urusan Here Deutschland GmbH; Torsten Gollewski, Naib Presiden Kejuruteraan Lanjutan di ZF Friedrichshafen AG; Dr. Frank Försterling, Ketua Pembangunan Termaju di Continental Automotive GmbH; Dr. Michael Strugala, Naib Presiden Kanan Projek Telematik di Bosch Car Multimedia GmbH; dan juga Jens Stoewhase, Pengarah Urusan Rabbit Publishing GmbH.

Tiada sebarang caj dikenakan bagi menghadiri acara tersebut "Perubahan dalam ekosistem melalui telematik- kesan terhadap penjualan selepas pasaran automotif" dan "Pemanduan automatik dan terhubung: kenderaan komersial sebagai peneraju inovasi bagi pengautomatan dan ketersambungan." Untuk menyertainya, anda boleh mendaftar secara dalam talian, di: http://www.iaa.de/en/. Terdapat yuran kemasukan dikenakan bagi kongres kereta-IT "Perubahan digital dalam industri automotif" dan anda juga boleh mendaftar secara dalam talian di: http://kongress.car-it.com/registration/. Penyertaan acara-acara pakar adalah percuma untuk para wartawan.

Hubungi:    
Eckehart Rotter
Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA)
Jabatan Akhbar
Tel.: +49-30-897842-120
E-mel: rotter@vda.de

Source: German Association of the Automotive Industry (VDA)
Keywords: Auto