omniture

G2A.COM Menganjurkan Hari Media Serantau

Wartawan menghadiri pelancaran G2A Direct
G2A
2016-08-16 12:21 519

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 16 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, G2A.COM mengadakan Hari Media Serantau mereka buat kali ketiga untuk wartawan yang meminta diberikan peluang untuk melawati syarikat dan melihat sendiri amalan dalam salah satu pejabat mereka di Rzeszow, Poland.  Hari Media Serantau G2A bertujuan untuk menerangkan secara terperinci tentang cara G2A berusaha keras untuk memberikan perkhidmatan kepada 2 bilion pemain digital di dunia. Para wartawan diberikan gambar inovasi G2A yang terkini untuk mereka kongsikan dengan pembaca atau penonton mereka di rantau masing-masing. Mereka turut diberikan peluang untuk menemu ramah ketua jabatan utama, seterusnya membolehkan mereka mengukuhkan perhubungan yang sedia terjalin dengan G2A.

Wartawan disediakan dengan lawatan lengkap di premis G2A, memberi mereka pengalaman yang lebih mendalam tentang cara G2A beroperasi. Para wartawan juga dimaklumkan tentang kisah G2A – daripada permulaan yang sederhana pada tahun 2010 menjadi organisasi yang telah memenangi pelbagai anugerah pada hari ini. Mereka turut mengalami perjalanan melalui G2A Land (menggunakan peranti teknologi realiti maya yang terkenal, kaca mata Oculus), selain meninjau bilik permainan untuk berekreasi dan juga gimnasium syarikat.

Mereka menghadiri beberapa siri pembentangan terperinci tentang pelbagai aspek yang ditawarkan oleh produk G2A, antaranya termasuk, G2A Pay: ekosistem pembayaran dinamik yang menawarkan penyelesaian pembayaran kepada perniagaan dalam talian dengan lebih 150 kaedah pembayaran; Pencetakan 3D, pembangunan VR Oculus terbaharu, dan semuanya disediakan pada majlis pelancaran G2A Direct yang menggemparkan untuk pembangun.  

Bahagian yang paling dinanti-nantikan dalam lawatan mereka adalah pertemuan dengan kedua-dua CEO Bartosz Skwarczek dan CMO Dawid Rożek, selaku pengasas bersama G2A, kerana ini memberi mereka peluang eksklusif untuk bertanyakan soalan berkenaan G2A dan peranannya dalam industri permainan digital. Wartawan memperoleh gambaran yang lebih mendalam tentang operasi syarikat, dasar buka pintunya terhadap jalinan kerjasama dengan pembangun dan penerbit selain langkah yang diambil untuk memastikan pasaran permainan digital selamat untuk semua yang berkenaan, dan pada masa yang sama menambah baik pengalaman pengguna.

Wartawan turut melawat Rzeszów, bandar yang terkenal dengan inovasi dan pertumbuhan pesatnya, merasai sajian tradisional Poland di Rzeszowski Rynek, tapak pasar bersejarah yang menarik di Rzeszów, serta menikmati lawatan bersejarah.

Sebagai pasaran digital yang paling pesat berkembang di dunia, G2A mengalu-alukan maklum balas daripada seluruh pelusuk komuniti permainan digital dan komited untuk terus meningkatkan pengalaman pengguna buat 10 juta pengguna mereka. Para wartawan yang berminat untuk mengetahui selanjutnya boleh menghubungi: gpr@g2a.com

Pengarang: Jacqueline Purcell -  jpurcell@G2A.com

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160814/397905
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160814/397906
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160814/397907

Source: G2A
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet