omniture

Kepware® Lancarkan KEPServerEX® V5.21 untuk Luaskan Kesalingkendalian dengan IoT Platform ThingWorx®

Kepware Technologies
2016-08-16 20:03 642

Integrasi terus melalui antara muka asalan pelanggan ThingWorx baharu menyediakan pembangun aplikasi akses kepada data masa nyata pengautomatan industri

PORTLAND, Maine, 16 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Kepware Technologies, perniagaan PTC yang membangunkan perisian ketersambungan industri, hari ini mengumumkan pelancaran KEPServerEX® versi 5.21. Pelancaran itu meluaskan cara penyambungan yang ada dalam KEPServerEX dan meningkatkan kesalingkendalian perisian tersebut dengan Platform IoT ThingWorx® bagi mendorong pembangunan dan pemasangan penyelesaian pintar untuk Internet Semua Benda (IoT).

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160812/397747 
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/NE86794LOGO

KEPServerEX versi 5.21 memperkenalkan antara muka asalan ThingWorx baharu, satu penyelesaian yang diintegrasikan sepenuhnya untuk menyediakan ketersambungan yang pantas kepada peralatan industri – seperti PLC, RTU, PAC, DAQ, pengawal, dan banyak lagi. Antara muka asalan pelanggan ThingWorx meningkatkan keupayaan KEPServerEX dan memanfaatkan 150+ pemacu komunikasi untuk memberikan data kawalan industri dwiarah dan masa nyata kepada Platform IoT ThingWorx.

 "Pelancaran produk terbaharu ini memperbaik lagi penyelesaian terbaik industri dalam ketersambungan IoT dan pembangunan pantas sesuatu aplikasi." kata Tony Paine, Presiden Platform, Kepware. "Integrasi yang dilakukan melalui antara muka asalan pelanggan ThingWorx  memberikan pelanggan dan juga pembangun aplikasi ThingWorx akses yang lebih banyak kepada ketersambungan dan kawalan – mempertingkat kecekapan operasi dan  memberikan hasil yang lebih bagus."

Naik taraf itu juga menampilkan KEPServerEX Extension untuk Platform IoT ThingWorx, yang memudah dan mempercepat sambungan atau pemasangan aplikasi dari ThingWorx ke KEPServerEX. Sambungan itu secara automatik mengkonfigurasi template kawalan jauh KEPServerEX di dalam ThingWorx dan memberikan akses untuk menyemak imbas, membaca, menulis, dan berinteraksi dengan konfigurasi tersebut. Ia disediakan secara percuma bersama-sama pemasangan KEPServerEX atau melalui ThingWorx Marketplace.

"Di PTC, kami sangat komited untuk memastikan penyelesaian di seluruh portfolio IoT kami adalah intuitif dan tinggi tahap kesaling kendaliannya," kata Rob Gremley, Presiden Kumpulan, Technology Platform Group, PTC. "Pelanggan yang memilih untuk menyelaraskan teknologi daripada PTC boleh meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan kami menyediakan pengalaman yang lancar kepada mereka. Pelancaran terbaharu daripada Kepware ini adalah bukti terhadap komitmen tersebut."

Selain daripada antara muka asalan klien ThingWorx yang baharu, KEPServerEX versi 5.21 juga memasukkan 18 naik taraf kepada pelayan, pemacu terpilih, dan pemalam yang lebih maju.

Sumber Tambahan

Latar Belakang Kepware
@Kepware Technologies adalah sebuah cabang pembangun perisian daripada PTC Inc., yang berpangkalan di Portland, Maine. Kepware memiliki portfolio perisian penyelesaian untuk membantu perniagaan berhubung dengan pelbagai peralatan pengautomatan dan aplikasi perisian dalam memperkasa penggunaan Internet Semua Benda dalam Industri. Daripada kilang, telaga minyak, mahupun ladang kincir angin, Kepware berkhidmat untuk pelbagai jenis pelanggan daripada pelbagai jenis sektor seperti Pengeluaran, Minyak & Gas, Pengautomatan Pembinaan, Tenaga & Utiliti, dan banyak lagi. Ditubuhkan pada 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 negara, perisian penyelesaian Kepware telah membantu ribuan perniagaan memperbaiki operasi dan proses membuat keputusan. Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.kepware.com/.

Latar Belakang PTC
PTC (NASDAQ: PTC) adalah penyedia platform teknologi dan penyelesaian yang mentransformasikan cara sesebuah syarikat menghasil, mengendali, dan menyelenggara "produk" di Internet Semua Benda (IoT). Platform teknologi ThingWorx® generasi baharu itu memberikan pembangun peralatan yang mereka perlukan untuk mengumpul, menganalisis, dan memanfaatkan data yang luas hasil janaan sistem dan produk yang pintar dan saling bersambungan. Penyelesaian yang terbukti daripada syarikat itu digunakan di lebih 26,000 perniagaan di seluruh dunia untuk menjana kelebihan dalam produk atau perkhidmatan. Ketua Pegawai Eksekutif PTC yang menerima anugerah, diiktiraf sebagai peneraju pemikir industri merupakan salah seorang penulis panduan lengkap tentang kesan IoT terhadap perniagaan di Harvard Business Review.

PTC, logo PTC, ThingWorx, Kepware, logo Kepware, dan KEPServerEX adalah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar milik PTC Inc. atau subsidiarinya di Amerika Syarikat dan negara lain.

Hubungan Media
Torey Pendod-Cambra
Kepware Technologies
U.S. +1 (207) 775-1660
torey.penrod-cambra@kepware.com

Source: Kepware Technologies
Related Stocks:
NASDAQ:PTC
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology