omniture

Gandingan Sweetspot Digital dan Visa Malaysia Menawarkan Promosi Hidangan Terhebat Berharga RM1 sahaja

Hanya RM1 untuk satu hidangan sesuku ayam 'a la carte' Kenny Rogers ROASTERS
Sweet Spot Digital (Malaysia) Sdn Bhd
2016-08-17 12:04 639

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Gandingan syarikat peneraju teknologi pembayaran global, Visa dan Sweet Spot Digital (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pemasaran setempat dan pemaju aplikasi telefon mudah alih SweetSpot, kini menawarkan peluang kepada para pengguna yang berminat serta pemegang kad Visa untuk membeli satu hidangan sesuku ayam panggang 'a la carte' Kenny Rogers ROASTERS (KRR) dengan harga  RM1 sahaja. Promosi bermula 15 Ogos, sementara stok masih ada.

Hidangan sesuku ayam Kenny Rogers ROASTERS
Hidangan sesuku ayam Kenny Rogers ROASTERS

Proses penebusan tawaran ini tersangat mudah kerana pelanggan hanya perlu membuat transaksi prabayar menggunakan kad kredit atau debit Visa melalui perkhidmatan Visa Checkout, yang terdapat di dalam aplikasi telefon mudah alih SweetSpot. Selepas sekali mendaftar, bayaran boleh dibuat dengan satu cuitan dan kemasukkan kata laluan. Sejurus itu, kupon digital akan diletakkan secara automatik didalam aplikasi SweetSpot. Pelanggan kemudiannya boleh menikmati hidangan yang dibeli dengan menunjukkan kupon tersebut di mana-mana cawangan KRR yang terlibat sebagai bukti pembelian bermula dari jam 6 petang hingga 9 malam setiap hari.

SweetSpot kini merupakan satu-satunya aplikasi telefon mudah alih dirantau ini yang menampilkan pelantar pembayaran secara bersepadu oleh Visa yang begitu mudah, pantas dan selamat supaya pelanggan tidak perlu meninggalkan aplikasi apabila membuat pembayaran.

"Para pengguna masakini merasa lebih selesa serta semakin berminat untuk membeli-belah secara digital jika proses pembayaran didapati lebih lancar," ujar Pengurus Besar Sweet Spot Digital (Malaysia) Sdn Bhd Nicholas Foong. "Kerjasama dengan pihak Visa dimeterai kerana kami yakin dengan tahap keselamatannya yang utuh ketika pengguna membuat sebarang bayaran melaluinya."

Menurut Pengurus Besar Visa di Malaysia, Ng Kong Boon, kerjasama ini diadakan khusus untuk menyalurkan lebih banyak faedah kepada para pengguna Visa Checkout yang melakukan pembayaran serta penebusan belian melalui aplikasi telefon mudah alih SweetSpot. "Kami berbesar hati untuk menerima Sweet Spot Digital sebagai salah satu sekutu utama Visa Checkout. Pengguna di Malaysia kini semakin terdorong kepada kepenggunaan digital, justeru adalah penting bagi kami menyediakan suatu kaedah yang mudah serta lancar untuk melakukan sebarang pembelian dalam talian. Kami juga berharap untuk menggembirakan para pemegang kad kami dengan pelbagai hadiah dan ganjaran seperti promosi Kenny Rogers ROASTERS ini yang menawarkan mereka peluang untuk membeli hidangan ayam melalui aplikasi telefon mudah alih SweetSpot dengan harga RM1 sahaja"

Tawaran hidangan ayam RM1 SweetSpot-Visa-KRR ini kini tersedia di semua restoran Kenny Rogers ROASTERS yang terlibat di seluruh Malaysia. Para pengguna yang berminat perlu memuat turun aplikasi SweetSpot serta membuat pendaftaran kepenggunaan di Visa Checkout terlebih dahulu. Setiap pendaftaran hanya dibenarkan sekali penebusan sahaja. Aplikasi telefon mudah alih SweetSpot kini terdapat dalam versi iOS dan Android dan pendaftaran adalah percuma untuk kedua-dua aplikasi telefon mudahalih SweetSpot serta Visa Checkout.

/TAMAT

NOTA UNTUK PENGARANG

LATAR BELAKANG APP TELEFON SWEETSPOT

Aplikasi telefon mudah alih SweetSpot bermatlamat untuk lebih mendekati pelanggan dengan menjanakan teknologi "beacon" yang unik untuk menyasar, menghantar dan memenuhi keinginan mereka untuk mendapatkan promosi, tawaran dan pelbagai pesanan jenama yang berkaitan. Teknologi "beacon" membolehkan kandungan dihantar secara berkonteks, lazimnya pada masa yang sesuai atau dalam keadaan yang mana pengguna lebih cenderung untuk membeli.  Umpamanya jika diberi tawaran menarik ketika berada di dalam sesuatu kedai atau pusat membeli-belah.

Terdapat dalam versi iOS dan Android, aplikasi ini secara bebas menyokong mana-mana jenama supaya pelbagai kandungan dapat di sampaikan kepada pengguna berdasarkan pilihan mereka. Pengguna hanya perlu menekan "simpan", "tempah", "tebus" atau "beli". Fungsi "Beli" disediakan oleh Visa Checkout yang bukan hanya menyediakan tahap keselamatan dan keutuhan yang tinggi, malah pengalaman membeli yang lebih lancar dan licin. SweetSpot setakat ini adalah satu-satunya aplikasi telefon mudah alih dalam rantau ini yang memiliki fungsi Visa Checkout.

App Telefon SweetSpot dibangun dan dimiliki oleh Sweet Spot Digital (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat baru yang bernaung dibawah Berjaya Corporation. Ia bertujuan untuk membantu dan memperbaiki penyepaduaan saluran penjualan dan pemasaran fizikal dengan saluran digital. Sebagai sebuah penyedia penyelesaian pemasaran setempat, syarikat ini begitu komited untuk membawakan manfaat teknologi "beacon" kepada para pelanggan dan juga untuk meluaskan rangkaian operasi mereka. Lebih 3,000 "beacon" telah dipasang untuk pelbagai jenama terkenal dan dijangkakan akan bertumbuh kepada 10,000 tapak di seluruh negara dan menjadi salah satu rangkaian "beacon" terbesar di Malaysia.

LATAR BELAKANG VISA

Visa adalah syarikat teknologi pembayaran global yang menghubungkan pengguna, perniagaan, institusi kewangan, dan kerajaan di lebih 200 negara dan kawasan untuk menyediakan kaedah pembayaran elektronik yang pantas, selamat, dan utuh. Kami mengendalikan salah satu rangkaian pemprosesan paling maju di dunia – VisaNet – yang mampu menguruskan lebih daripada 47,000 mesej transaksi sesaat, dengan perlindungan daripada penipuan untuk pelanggan dan pembayaran selamat untuk penjual. Visa bukan sebuah bank dan tidak mengeluarkan kad, memberi pinjaman atau menetapkan kadar dan yuran kepada pelanggan. Inovasi-inovasi oleh Visa membolehkan pelanggan daripada institusi kewangan mereka menawarkan lebih banyak pilihan: bayar sekarang menggunakan fungsi debit, bayar lebih awal menggunakan fungsi prabayar atau bayar kemudian menggunakan fungsi kredit. Untuk maklumat lanjut, layari usa.visa.com/about-visa, visacorporate.tumblr.com dan @VisaNews.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160812/8521605145

Source: Sweet Spot Digital (Malaysia) Sdn Bhd
Keywords: Electronic Commerce Food/Beverages Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Joint ventures New products/services