omniture

Pencipta Puzzle Quest yang Memenangi Anugerah Mengumumkan Permainan Seterusnya - Tiny Quest

Selamat datang! Satu masa dahulu di Tiny Quest, wira kecil kita berusaha untuk mengatasi masalah besar, dan mempelajari beberapa pengajaran penting sepanjang perjalanan itu.
Alami Kisah Hebat ini di Little Lands.
InfinityPlusTwo
2016-08-17 17:01 433

SYDNEY, 17 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Tiny Quest dihasilkan oleh Studio InfinityPlusTwo Australia, yang diketuai oleh Steve Fawkner, pereka yang pernah merangkul anugerah serta pencipta Puzzle Quest dan juga Warlords. Studio ini menempatkan ramai veteran industri, termasuk Jurutera Utama, David Theodore, yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman bagi berpuluh-puluh tajuk permainan, selain Rhiannon Bolton, seorang lagi alumni Puzzle Quest.

Tiny Quest merupakan pengembaraan penuh warna warni gabungan elemen fantasi pada Android, iOS dan PC. Hasilkan, ciptakan dan rungkaikan kisah mengikut watak, demi mewujudkan sebuah dunia sepanjang perjalanan anda menuju kejayaan. Menerusi 8 watak yang memerlukan bantuan anda, dan banyak lagi yang bakal muncul, Tiny Quest menggabungkan naratif kisah dongeng dengan mekanik pembentukan baharu dan menghidupkan dunia yang berwarna-warni.

Pelancaran Lunak Oktober ini akan menyaksikan permainan ini dikeluarkan di Australia, Kanada, Itali dan Malaysia. Penerbitan penuh seluruh dunia akan berlangsung pada awal bulan Februari.

Ciri-ciri

  • Permainan mudah alih percuma dibuat dengan betul
  • Gabungan sempurna antara permainan, kerumitan dan kisah yang santai
  • Mekanik pembentukan unik yang mewujudkan sebuah dunia sepanjang anda bermain
  • Watak yang comel dan aktif dalam perjalanan peribadi
  • Rampasan dan jampi untuk memberikan lebih kerumitan
  • Dunia permainan yang berwarna warni dan positif
  • Keunikan kami - mudah untuk dipelajari dan sukar untuk mahir

Pasukan

Reka bentuk : Steven Fawkner
Kod : David Theodore 
Seni : Rhiannon Bolton

Maklumat Lanjut

Sila hubungi psuwara@infinityplustwo.net untuk mendapatkan maklumat lanjut, temu bual dan akses awal kepada permainan tersebut.

Lawati kami di media sosial :
facebook.com/tinyquestgame/
facebook.com/infinityplustwogames/
twitter.com/tinyquestgame
twitter.com/i2games

Hubungi:
Peter Suwara
E:    psuwara@infinityplustwo.net
M:   +614 37 681 637

Source: InfinityPlusTwo
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services