omniture

Pengimbas Keselamatan Nuctech Beroperasi Dengan Lancar sewaktu Sukan Olimpik Rio 2016 Berlangsung

Nuctech Company Limited
2016-08-18 16:55 775

RIO DE JANEIRO, 18 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Persediaan yang teliti dan penyelesaian sandaran oleh Nuctech telah membantu memudahkan beban kerja yang tinggi berkaitan keselamatan sepanjang Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil. Semasa majlis perasmian, lebih 80 pengimbas keselamatan Nuctech telah digunakan di dalam dan sekitar mercu tanda bandar ini, iaitu stadium Maracana.

Sebagai pembekal produk keselamatan yang berpengalaman, Nuctech telah membuktikan kemampuan dan kefleksibelannya dalam mengendalikan situasi kecemasan. Sebagai contoh, bagi menghadapi situasi bekalan kuasa yang tidak stabil di Rio, Nuctech telah melengkapi setiap mesin dengan sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) bagi memastikan mesin beroperasi dengan lancar ketika sistem bekalan kuasa di bandar tidak berfungsi.

Selain itu, Nuctech telah menghantar 16 pakar ke Brazil sekiranya terdapat sebarang keperluan teknikal seperti penggantian bekalan kuasa dan penyelenggaraan litar, agar dapat menyediakan pengalaman pelanggan yang baik kepada pengunjung dari serata dunia.

Alat-alat ganti turut dihantar ke Rio. Dengan mengambil kira ruang yang terhad dan kekerapan penggunaan, pakar-pakar Nuctech telah menyediakan pengurusan klasifikasi untuk kesemua alat ganti ini serta alat-alat lain.

"Isu keselamatan di Rio adalah lebih daripada suatu bidang kerja untuk Nuctech," kata Chen Yongjian, pengurus Nuctech Brazil. "Ia telah sekian lama menjadi perhatian utama bahkan turut menjadi tumpuan kerajaan tempatan Rio disebabkan oleh persekitaran sosial yang rumit yang menjadikan tugasan tersebut lebih mencabar dan kadang kala penuh tekanan." Nuctech akan terus bekerjasama dengan jawatankuasa penganjur tempatan bagi menjamin keselamatan Sukan Olimpik tersebut pada hari-hari mendatang.

Latar Belakang Nuctech

Nuctech Company Limited (Nuctech) ialah pembekal bertaraf global bagi penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan serta pemeriksaan termaju. Menerusi inovasi yang bebas dan usaha memenuhi kehendak pelanggan, Nuctech menyediakan teknologi paling canggih, produk dan penyelesaian bersepadu untuk industri pemeriksaan keselamatan kepada pelanggan daripada lebih 140 buah negara seluruh dunia, mencakupi penerbangan awam, kastam, landasan kereta api, lebuh raya, logistik, badan kehakiman dan acara awam.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160817/398812

Source: Nuctech Company Limited
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Sporting Events Sports