omniture

Persidangan Media Antarabangsa 'Peluang Baharu' Tahunan G2A di Gamescom 2016, Cologne Jerman

G2A.com
2016-08-18 16:56 539

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 18 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

  • Inovasi dan Kemajuan Baharu Sejak Tahun Lalu

Persidangan Media Antarabangsa 'Peluang Baharu' G2A.COM yang diadakan setiap tahun, berlangsung di Gamescom di Cologne, Jerman hari ini.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160817/399118 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160817/399119 )

Para wartawan serta pakar Realiti Maya dengan minat khas dan e-sukan turut hadir daripada beberapa buah negara bagi mendengar segala yang ingin diperkatakan oleh pasaran permainan digital yang paling pesat berkembang di dunia ini tentang inovasi serta kemajuannya yang terkini. Ini merupakan Persidangan Media kedua yang dianjurkan oleh G2A semasa acara Gamescom.

Gamescom ialah pameran perdagangan paling popular dan terbesar di Eropah untuk permainan dan hiburan yang interaktif, selain merupakan acara permainan tahunan terbesar di dunia sejak tahun 2009 (dinilai berdasarkan ruang pameran dan jumlah pengunjung) dengan kehadiran 345,000 pengunjung, lebih 6,000 wartawan serta 700 pempamer dari 88 buah negara.

Sejak tahun 2015, G2A telah berkembang dengan amat pesat. Dalam masa setahun, jumlah pelanggan meningkat daripada 4 juta menjadi 10 juta, manakala jumlah pelanggan setiap bulan meningkat daripada 250 ribu menjadi 400 ribu. Jumlah penjual pula meningkat daripada 50 ribu menjadi 250 ribu, jumlah produk digital dalam Pasaran G2A meningkat daripada 18 ribu mejadi 37 ribu manakala jumlah kakitangan pula meingkat daripada 300 menjadi lebih 650 kakitangan. Lebih banyak data tentang G2A disediakan di Lembaran Fakta G2A.

Tahun ini, CEO G2A Bartosz Skwarczek fokus terhadap segala janji yang dibuat dan yang telah ditunaikan. Beliau menyebut tentang segala kerja keras yang diusahakan sejak Gamescom 2015. Beliau turut menjelaskan sejauh mana segala maklum balas daripada pelanggan telah mencetuskan segala inovasi dan projek daripada G2A: 'kerana G2A mementingkan maklum balas'. Bartosz menyatakan bahawa G2A diwujudkan untuk menggembirakan pemain dan pelanggan: 'Ini termasuk para wartawan dan anda perlu mengunjungi kami di G2A dan melihat sendiri segala yang kami lakukan. Anda amat dialu-alukan untuk mengunjungi G2A.'

Bartosz menjelaskan cara pasaran tersebut memperkenalkan sistem sokongan pembangun, diikuti dengan verifikasi bahagian depan dan kemuncaknya ialah pelancaran G2A Direct.

Persidangan Media Antarabangsa 'Peluang Baharu' G2A.COM @ Gamescom 2016 distrim secara langsung melalui Facebook G2A dan juga Twitch.

Para tetamu diundang menghadiri sebuah majlis sambutan bagi meraikan kejayaan bersama pasukan G2A dan juga untuk memberi lebih banyak maklum balas tentang segala yang perlu diperbaiki.

G2A terus mara ke hadapan bagi membolehkan 2 bilion pemain yang terdapat di seluruh dunia dapat memenuhi keperluan mereka dan memberi peluang kepada pemain yang penuh minat ini mendapat pekerjaan sepenuh masa atau kerjaya dalam industri permainan digital.

Pengarang:  Jacqueline Purcell -  jpurcell@G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology