omniture

CHINA AID - Sebuah Platform untuk Industri Penjagaan Warga Tua Cina

INTEX Shanghai Co., Ltd.
2016-08-19 09:00 673

SHANGHAI, 19 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Penjagaan Warga Tua, Perubatan Rehabilitasi dan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa China (CHINA AID) kali ke-12, yang ditaja oleh Intex Shanghai Co.,Ltd, akan berlangsung mulai 7 hingga 9 Jun 2017 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Menurut statistik terkini daripada Kenyataan Statistik Republik Rakyat China berkaitan Pembangunan Ekonomi dan Sosial Nasional 2015, China mempunyai 220 juta penduduk berumur 60 tahun dan ke atas yang mencakupi 16.1% daripada seluruh penduduk di negara tersebut. Dalam menghadapi situasi melibatkan warga tua yang semakin serius ini, seperti yang ditekankan dalam Pelan Lima Kali Tahun Ketiga Belas bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial Nasional Republik Rakyat China (2016-2020), tempoh bagi "pelan lima tahun kali ketiga belas" itu merupakan tempoh tetingkap masa yang utama bagi pembangunan sistem kerja usia tua. China perlu aktif menampung populasi warga tua ini dengan meningkatkan sokongan terhadap perkhidmatan penjagaan di rumah dan penjagaan komuniti untuk warga tua, mempercepatkan pembangunan institusi berkaitan sistem keselamatan untuk warga tua, perkhidmatan perubatan serta sistem pengambilan pekerja, selain menggalakkan pembangunan penjagaan di rumah secara pintar.

Walaupun terdapatnya pembangunan berterusan dalam sistem penjagaan warga tua di China, beberapa kekurangan yang berikut didapati semakin menular: permintaan terhadap katil di rumah jagaan warga tua awam adalah jauh melebihi bekalan yang ada, kekosongan katil yang banyak di pusat jagaan warga tua swasta, kekurangan pada kemudahan jagaan warga tua, dan kekurangan golongan profesional dalam bidang penjagaan perubatan.

Tahun ini di CHINA AID, para penceramah lebih fokus terhadap kajian kes yang khusus serta perbincangan tentang 'skim rumah-jagaan-mini' Shanghai pertama, 'Kerjasama Kerajaan-Swasta dalam Pembangunan Penjagaan Warga Tua serta 'Institusi Bersepadu Berasaskan Komuniti', selain turut membincangkan topik-topik umum lain yang berkaitan amali mekanisme pencegahan, amalan terbaik bagi penjagaan dementia, dan isu-isu lain yang sangat penting bagi menjamin kejayaan rumah jagaan.

'Industri Penjagaan Warga Tua' Cina mempunyai peluang amat besar yang masih belum diterokai, dan bagi mereka yang licik dalam bidang perniagaan, kini pihak pelabur dan golongan usahawan berhasrat untuk meraih peluang yang semakin bertambah ini, dan usaha untuk mengunjungi, atau menyertai pameran di acara-acara dalam 'Industri Penjagaan Warga Tua' yang berpengaruh seperti CHINA AID adalah satu langkah permulaan yang terbaik. CHINA AID bukan sahaja menawarkan peluang yang seimbang melibatkan peluang mempromosi dan menjalinkan rangkaian perhubungan untuk perniagaan, bahkan ia juga adalah sebuah platform untuk mendemonstrasikan hasil kajian yang terperinci dan penerokaan aktif yang dijalankan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.china-aid.com/en.

CHINA AID
Michelle Ma 
Tel: +86-21-6295-7553
E-mel: mazhiwen@intex-sh.com

Source: INTEX Shanghai Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news