omniture

Flexiroam Jalin Kerjasama Tingkatkan Perkhidmatan Data Mudah Alih Global menerusi Kandungan TripAdvisor

Flexiroam Limited
2016-08-24 22:23 550

SINGAPURA, 24 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Flexiroam Ltd (ASX: FRX) berbesar hati mengumumkan anak syarikat milik penuh mereka, Flexiroam Asia Limited ("Flexiroam") telah menandatangani satu perjanjian dengan TripAdvisor, Inc. (NASDAQ: TRIP). Kerjasama itu akan membolehkan Flexiroam memanfaatkan jenama dan kandungan milik TripAdvisor untuk meningkatkan bilangan pelanggan Flexiroam X.

Dari Kiri ke Kanan: Yee Mun Wong (Eksekutif Pemasaran, Flexiroam), Chek Lim Cheng (Pengurus Kanan Perkongsian Asia Pasifik, TripAdvisor), Jefrey Ong (Pengarah Urusan, Flexiroam), Aaron Hung (Pengarah Perkongsian Asia Pasifik, TripAdvisor), Mimi Chan (Pengurus Perkongsian Asia Pasifik, TripAdvisor), Nicholas Yeap (Naib Presiden Jualan & Pemasaran)
Dari Kiri ke Kanan: Yee Mun Wong (Eksekutif Pemasaran, Flexiroam), Chek Lim Cheng (Pengurus Kanan Perkongsian Asia Pasifik, TripAdvisor), Jefrey Ong (Pengarah Urusan, Flexiroam), Aaron Hung (Pengarah Perkongsian Asia Pasifik, TripAdvisor), Mimi Chan (Pengurus Perkongsian Asia Pasifik, TripAdvisor), Nicholas Yeap (Naib Presiden Jualan & Pemasaran)

 

FLEXIROAM X, filem nipis yang mengandungi mikrocip apabila digunakan untuk kad SIM dapat memberikan Data PERCUMA dan Berkos Rendah kepada pengguna di lebih 100 buah negara
FLEXIROAM X, filem nipis yang mengandungi mikrocip apabila digunakan untuk kad SIM dapat memberikan Data PERCUMA dan Berkos Rendah kepada pengguna di lebih 100 buah negara

 

TripAdvisor ialah laman web berkaitan perlancongan terbesar di dunia yang menyediakan nasihat daripada jutaan pengembara dan juga menghimpunkan pelbagai pilihan pelancongan serta kaedah perancangan dengan pautan kepada instrumen tempahan yang lancar. Laman berjenama TripAdvisor mencapai purata pelawat unik mencecah 350 juta sebulan, selain memperoleh 385 juta ulasan dan pendapat yang meliputi 6.6 juta penginapan, restoran, serta destinasi tarikan.

Perjanjian itu membolehkan Flexiroam memanfaatkan banyak kandungan berjenama daripada laman TripAdvisor dan mengintegrasikan Aplikasi mereka ke dalam platform TripAdvisor bagi tujuan menyalurkan kandungan mengikut lokasi kepada pengguna Flexiroam X. Flexiroam telah membangunkan ciri-ciri dalam Aplikasi yang spesifik, khusus untuk pengguna mengakses kandungan berkaitan pelancongan yang disediakan oleh TripAdvisor. Hak untuk menyiarkan kandungan berlesen tertakluk kepada kelulusan oleh pihak TripAdvisor mengikut dasar-dasar tertentu.

Menerusi perjanjian tersebut, Flexiroam akan tertakluk kepada klausa eksklusif yang akan dikekalkan sepanjang tempoh perjanjian tersebut. TripAdvisor menawarkan kandungan menarik kepada pengunjung dan merupakan cara yang hebat untuk memasarkan jenama Flexiroam dalam industri pelancongan. Kerjasama strategik bersama jenama yang diiktiraf di seluruh dunia seperti TripAdvisor ini merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kepercayaan dan kesedaran jenama Flexiroam dalam pasaran pelancongan global.

Aaron Hung, Pengarah Perkongsian Rantau Asia Pasifik, TripAdvisor menambah, "TripAdvisor bermatlamat untuk menjadi sumber maklumat terbaik buat pengembara yang sentiasa bergerak. Dalam dunia yang membuatkan perayauan data menjadi amat penting buat mereka yang sering mengembara, keupayaan untuk berkongsi kandungan kami dengan pelanggan Flexiroam melalui cara ini sememangnya dapat membantu pengembara memperoleh dan mendapat yang terbaik daripada pengembaraan mereka."

Flexiroam terus bergiat aktif menjalankan kempen pemasarannya untuk terus mengumpul pelanggan dan melebarkan sayap mereka. Jef Ong, Pengarah Urusan menambah, "Hasrat agar jenama kami dapat bekerjasama dengan TripAdvisor adalah sejajar dengan strategi perolehan pelanggan global kami. Kini, kami boleh memanfaatkan jenama TripAdvisor dalam kolateral pemasaran kami bagi meningkatkan jualan serta jalinan kerjasama."

LATAR BELAKANG FLEXIROAM LIMITED

FLEXIROAM (ASX: FRX) ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang unik, membolehkan pengembara mengelak daripada membayar caj perayauan di seluruh dunia. Syarikat itu memperkenalkan produk perayauan data utama mereka, FLEXIROAM X yang membolehkan pengguna memperoleh sehingga 100GB data untuk digunakan di lebih 100 buah negara melalui pelan telekomunikasi yang aktif sehingga 1 tahun. FLEXIROAM ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang memiliki aset minimum, dan tidak memiliki prasarana fizikal tetapi masih boleh berhubung dengan 580 operasi rangkaian di seluruh dunia serta menyediakan liputan rangkaian ke lebih 200 buah negara, dan juga liputan perayauan data dengan Flexiroam X di lebih 100 buah negara.

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Flexiroam Limited

Jef Ong

Pengarah Urusan

T: +61-8-62252364

E: investor@flexiroam.com

 

Hal Ehwal Pelabur

Jason Khoo

Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan Global

T: +61-2-81034843

E: biz@flexiroam.com

W: investor.flexiroam.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160823/8521605302-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160823/8521605302-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160823/8521605302LOGO

Source: Flexiroam Limited
Related Stocks:
Australia:FRX
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel Web Site Contracts Licensing/marketing agreements