omniture

Dua Duta Hublot Melakar Sejarah Menerusi Rekod Emas dalam Sukan Olimpik di Rio

HUBLOT
2016-08-25 19:40 570

Nyon, Switzerland, 25 Ogos 2016 /PRNewswire/ --

USAIN BOLT & JUSTIN ROSE 

Pemegang rekod paling lama, Usain Bolt beroleh kemasyhuran dalam bidang sukan menerusi prestasi hebatnya di Rio. Tiga pingat emas baharu; meraih trebel sebanyak tiga kali yang pertama kali seumpamanya. Justin Rose merekodkan pukulan terus ke lubang pertama dalam sejarah golf Olimpik, dan turut meraih pingat emas setelah sukan golf dipertandingkan semula dalam Sukan Olimpik sejak tahun 1904. Kedua-dua pencapaian luar biasa ini akan mengukir nama dua orang atlet ini, Hublot dan Rio dalam sejarah. Hublot amat berbangga dengan duta mereka dan ingin mengucapkan tahniah kepada mereka atas prestasi mereka yang setaraf dengan Big Bang sebenar.  

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160824/400851 )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160824/400852 )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160824/400853 )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160824/400854 )

Video: https://youtu.be/B2t4qcVfifc

"Usain dan Justin telah mencatatkan lembaran baharu dalam sejarah sukan. Pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka merupakan pencapaian yang hanya boleh diimpikan oleh seluruh dunia dan mendapat inspirasi daripadanya. Seluruh dunia berasa kagum dengan usaha mereka. Kami amat berbangga menerima mereka dalam keluarga Hublot!".  

Ricardo Guadalupe, CEO Hublot

Usain Bolt
Trebel tiga kali yang pertama dalam sejarah

Lelaki paling pantas di dunia mengesahkan status tiada tandingannya dengan mencapai prestasi yang membuatkan beliau memenangi pingat emas tripel Olimpik ketiganya. Daripada Beijing pada tahun 2008 dan London pada tahun 2012, Bolt memperoleh trebel tiga kalinya yang paling diimpikan dan eksklusif ini – tiga pingat emas bagi acara 100 m, 200 m dan 4x100 m menerusi Sukan Olimpik tiga kali berturut-turut.

Big Bang Unico Usain Bolt disaluti emas. Diperkenalkan dalam dua edisi terhad - 45 mm potongan lapisan daripada 3N emas kuning atau seramik hitam – yang kedua dalam kiraan masa kembali kronograf di bawah denyutan tangan berbentuk seperti kilat. Rekaan ini menampilkan sentuhan berwarna hijau dan emas, selain bebayang bendera Jamaica menghiasi tali jam tangan. Bayangan kilat terpampang pada lapisan belakang daripada nilam yang meliputi pergerakan UNICO di dalamnya. Simbol kemenangan dalam bidang sukan terlihat pada pergelangan tangan.

Justin Rose
Pukulan terus ke lubang Olimpik yang pertama dan juara golf Olimpik

Berusia 36 tahun, bakat dari British iaitu Justin Rose kini akan sentiasa dikaitkan dengan Sukan Olimpik. Semasa pusingan kelayakan, beliau membuat pukulan terus ke lubang yang pertama dalam Sukan Olimpik. Pada lubang 3 par, pukulan sejauh 172 meter berjaya mencatatkan nama beliau dalam buku sejarah. Sebagai duta Hublot sejak tahun 2015, Justin Rose merupakan salah seorang daripada 10 pemain terbaik dunia. Rekod prestasi cemerlang beliau kini diperakui dengan pingat emas Olimpik.

Maklumat Perhubungan Media Antarabangsa: Annabelle Galley, a.galley@hublot.ch , T: +41 (0)22 990 9000

Source: HUBLOT
Keywords: Sports