omniture

Jemputan untuk Mengikuti Sidang Akhbar Web Secara Langsung Pra-IAA VDA pada 2 September 2016

German Association of the Automotive Industry (VDA)
2016-08-26 01:37 572

BERLIN, 26 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

Kenderaan Komersial Pameran Permotoran Antarabangsa (IAA) di Hannover merupakan pameran perdagangan paling penting di dunia untuk sektor pengangkutan, logistik dan mobiliti. Pada masa ini, sejumlah besar wartawan dari lebih 40 buah negara telah mendapat pengiktirafan. Sebelum IAA membuka tirainya pada 22 September 2016, kami ingin memaklumkan tentang status terkini berkaitan persiapan acara ini dan juga trend pameran yang paling penting. Setakat ini, Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA), selaku penganjur IAA, akan mengadakan sidang akhbar pra-IAA dalam bentuk persidangan web secara langsung dan anda dijemput untuk menyertainya.

Ini merupakan sidang akhbar dalam talian yang akan distrim ke seluruh dunia. Oleh itu, ia bukanlah acara yang anda boleh hadiri secara peribadi.

Sidang akhbar web secara langsung IAA bersama Presiden VDA Matthias Wissmann itu akan berlangsung pada hari Jumaat, 2 September 2016 jam 2.00 petang (CEST/waktu tempatan Jerman).

Semasa sidang akhbar berlangsung, anda berpeluang untuk mengajukan soalan kepada En. Wissmann yang akan dijawab selepas menyampaikan ucapan pendahuluan beliau, dengan cara menaip soalan pada ruangan teks yang disediakan. Jika anda ingin menghantar soalan lebih awal untuk dijawab semasa sidang akhbar web yang disiarkan secara langsung itu, sila kemukakan soalan anda kepada Cik Ute Botterschulte (e-mel: botterschulte@vda.de).

Anda memerlukan sambungan Internet dan pelayar internet terkini bagi menyertai persidangan web secara langsung itu. Anda juga perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu melalui laman sesawang berikut: http://www.iaa.de/en/web-pk/.

Sidang akhbar dalam talian tersebut hanya akan diadakan dalam bahasa Inggeris sahaja. Selepas persidangan itu selesai, rakaman sidang akhbar web itu akan disediakan menerusi laman sesawang IAA.

Hubungi:
Eckehart Rotter
VDA - Jabatan Akhbar
Tel.: +49-30-897842-120
E-mel: rotter@vda.de

Sumber: German Association of the Automotive Industry (VDA)

Source: German Association of the Automotive Industry (VDA)
Keywords: Auto Transportation