omniture

Air China Akan Melancarkan Perkhidmatan Penerbangan Chengdu-Sydney

Air China
2016-08-26 16:32 753

BEIJING, 26 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Pada 25 Ogos 2016, Air China telah mengadakan satu sidang akhbar di Chengdu, bagi mengumumkan perkhidmatan penerbangan Chengdu-Sydney yang bakal beroperasi pada 11 November 2016. Selepas pelancaran penerbangan Chengdu-Frankfurt dan Chengdu-Paris, laluan ini merupakan penerbangan antara benua yang ketiga oleh Air China yang berpangkalan di hab Chengdu, dan juga merupakan perkhidmatan penerbangan tanpa henti yang pertama antara barat China dengan Oceania. Pelancong bukan sekadar dapat terbang dari Chengdu terus ke bandar pelabuhan Sydney yang cerah, malah pelancong dari bandar-bandar seluruh kawasan barat China termasuk Xi'an, Kunming, Urumchi, Guiyang, Lanzhou, dan Xining boleh terbang dari Chengdu untuk melakukan perjalanan ke bahagian hemisfera selatan

Baru-baru ini, bilangan pelancong Cina yang melancong dan bercuti ke Australia telah meningkat. Statistik daripada Tourism Australia menunjukkan pada April 2016, bilangan pelancong Cina yang mengunjungi Australia mencecah 97,200 orang pengunjung, meningkat sebanyak 32.6% berbanding tahun sebelumnya. Dalam kalangan bandar-bandar di tanah besar China, aliran trafik udara Chengdu-Australia menduduki tangga keempat selepas Beijing, Shanghai dan Guangzhou.

Sehingga kini, Air China telah melancarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Beijing dan Shanghai ke Sydney serta Melbourne, yang berjumlah 30 penerbangan setiap minggu dari China dan Australia. Air China merancang untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan Shenzhen-Melbourne pada penghujung tahun 2016 untuk terus mengukuhkan rangkaian syarikat penerbangan China-Australia mereka selain untuk melengkapkan dan juga berinteraksi dengan penerbangan dari Beijing, Shanghai, dan Chengdu ke Australia, menyediakan lebih banyak pilihan kepada penumpang Cina dari pelbagai rantau untuk terbang ke Australia. Selain itu, dengan memanfaatkan rangkaian syarikat penerbangan Star Alliance yang mantap, penumpang boleh melakukan perjalanan ke lebih banyak destinasi melalui rakan-rakan kerjasama dalam Star Alliance.

Pada tahun 2016, Air China terus meningkatkan susun atur jaringan syarikat penerbangan global dengan menjadikan Beijing sebagai titik utama serta membangunkan hab penerbangan serantau secara berterusan. Selepas pelancaran perkhidmatan penerbangan Chengdu-Sydney, jumlah penerbangan Air China yang berpangkalan di Chengdu mencecah 74 penerbangan, 14 daripadanya merupakan penerbangan antarabangsa dan serantau. Jaringan penerbangan syarikat penerbangan itu mencakupi kawasan di Asia, Eropah, dan juga Oceania.

Maklumat penerbangan

Nombor penerbangan bagi perkhidmatan penerbangan Chengdu-Sydney ialah CA429/30 yang melakukan penerbangan tiga kali seminggu (penerbangan keluar: Selasa, Jumaat, dan Ahad; penerbangan masuk: Isnin, Rabu, dan Sabtu). Penerbangan keluar berlepas dari Chengdu pada jam 22:55 waktu tempatan dan tiba di Sydney pada jam 12:35 waktu tempatan; penerbangan masuk pula berlepas dari Sydney pada jam 14:35 waktu tempatan dan tiba di Chengdu pada jam 22:35 waktu tempatan. Syarikat penerbangan ini menggunakan pesawat A330-200.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services Trade show news