omniture

Asia Plantation Capital Berhad Berbangga dapat Menyokong Kongres Kejuruteraan UIAM 2016

Asia Plantation Capital
2016-08-26 18:08 694

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk melabur dalam komuniti tempatan, sebuah syarikat pengurusan ladang mampan yang pernah merangkul anugerah, Asia Plantation Capital Berhad (APCB), berbangga dapat menyokong Kongres Kejuruteraan UIAM 2016 (IEC'16) yang telah diadakan mulai 25 hingga 27 Julai 2016, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kuala Lumpur, Malaysia.

Ahli Lembaga Kongres Kejuruteraan UIAM menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Nadiah Abdullah, Pengurus Penyelidik Asia Plantation Capital Berhad.
Ahli Lembaga Kongres Kejuruteraan UIAM menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Nadiah Abdullah, Pengurus Penyelidik Asia Plantation Capital Berhad.

Kongres tersebut diadakan bertujuan untuk menyediakan platform antarabangsa dan forum teknikal kepada para jurutera, ahli akademik, saintis dan penyelidik untuk berkongsi/bertukar-tukar idea serta pengetahuan tentang kajian yang sedang dijalankan selain usaha masa depan mereka. Bidang kajian dan pemeriksaan melibatkan Kejuruteraan Bioteknologi, Elektronik, Kejuruteraan Komputer dan Komunikasi serta Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa.

Bertepatan dengan tema, 'memanfaatkan bioteknologi untuk masa depan yang mampan dan mesra alam', Dr Yumi Z Has-Yun Hashim, penasihat Lembaga Saintifik Asia Plantation Capital dan Profesor Madya daripada Fakulti Kejuruteraan UIAM, membentangkan kertas penyelidikan beliau tentang Agarwood – bertajuk 'Kajian Sitokinetik Ekstrak Etanol Dahan Agarwood Tiada Jangkitan terhadap Sel Kanser Payudara' – dalam kategori Kejuruteraan Bioteknologi di Kongres tersebut.

Objektif kertas kajian tersebut adalah untuk mengkaji penggunaan Agarwood sebagai rawatan untuk pelbagai penyakit, termasuk penyakit berkaitan keradangan dan kanser, serta tahap keberkesanannya berhubung dengan ubat-ubatan tertentu. Kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan masa tindak balas, serta kurangnya kesan sampingan yang Agarwood berikan. Kajian turut membuktikan tindak balas kinetik Agarwood terhadap penyakit.

Profesor Dr Mamoun Bader, Profesor Kimia daripada Universiti Alfaisal, Arab Saudi dan Prof Dato' Wira Ir Dr Mohd Noor Salleh, Pengerusi IEC'16, memegang anak pokok Agarwood.
Profesor Dr Mamoun Bader, Profesor Kimia daripada Universiti Alfaisal, Arab Saudi dan Prof Dato' Wira Ir Dr Mohd Noor Salleh, Pengerusi IEC'16, memegang anak pokok Agarwood.

Turut hadir di kongres tersebut bagi memperlihatkan penemuan mereka ialah Profesor Dr Mamoun Bader, Profesor Kimia daripada Universiti Alfaisal, Arab Saudi. Penghasilan Agarwood secara mampan dan semua produk yang berkaitan dengannya merupakan tunjang utama bagi setiap usaha yang dilakukan oleh Asia Plantation Capital, dan syarikat telah diberi penghormatan untuk berkongsi penemuannya bukan sahaja dengan penceramah utama Dr Bader, tetapi juga dengan Pengerusi IEC'16, Prof Emeritus Dato' Wira Ir Dr Mohd Noor Salleh.

Selain membuat pelaburan yang besar bagi tujuan meluaskan operasinya di Malaysia, Asia Plantation Capital Berhad turut fokus terhadap rancangan masa depan untuk membiayai penyelidikan perubatan, terutamanya berhubung dengan potensi kebaikan Agarwood terhadap kesihatan.

Nota untuk editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham   
Eksekutif PR & Pemasaran, Asia Plantation Capital
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com 
No. Tel: +65 6222 3386

Latar Belakang Asia Plantation Capital Berhad

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang dan kilang baharu untuk tujuan pengeluaran agarwood (gaharu) dan produk-produk lain yang berkaitan untuk pasaran eksport antarabangsa. Syarikat ini terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke pusat bandar Kuala Lumpur, setahun selepas membuka kilang pemprosesan dan penyulingan Agarwood terbesar Asia Tenggara iaitu di Johor Bahru, Malaysia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160809/8521604973-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160809/8521604973-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Licensing/marketing agreements