omniture

Asia Plantation Capital Berhad dan Johor Motorsports Sdn Bhd Mengumumkan Usaha Sama Pengurusan Ladang

Asia Plantation Capital
2016-08-26 18:11 942

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan ladang mampan yang meraih anugerah, Asia Plantation Capital Berhad (APCB), telah menandatangani perjanjian kerjasama yang strategik bersama Johor Motorsports Sdn Bhd (JMS), pakar pembangun litar perlumbaan bermotor dan perkhidmatan berkaitan gaya hidup yang memenuhi keperluan khususnya peminat sukan bermotor yang berpusat di Malaysia. Jalinan kerjasama antara kedua-dua syarikat akan membolehkan kemudahan perlumbaan bermotor itu mencapai matlamatnya ke arah neutral karbon.

Lynda Eunos, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi JMS, Denis Lian, CEO JMS, YAM Tunku Idris Iskandar, Tunku Temenggong Johor, Steve Watts, CEO APCB serta Syed Aizat, Pengarah Operasi APCB.
Lynda Eunos, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi JMS, Denis Lian, CEO JMS, YAM Tunku Idris Iskandar, Tunku Temenggong Johor, Steve Watts, CEO APCB serta Syed Aizat, Pengarah Operasi APCB.

Susulan daripada pemerolehan Litar Johor pada tahun 2016, JMS telah memulakan sebuah projek bercita-cita tinggi bagi membangunkan semula litar ikonik itu agar menjadi kemudahan sukan bermotor gaya hidup bertaraf dunia menjelang tahun 2018. Kemudahan Litar Johor yang distruktur semula itu akan menyediakan litar Gred B FIA Kategori 2/FIM sepanjang 4km, merangkumi 12 selekoh, berserta perubahan ketinggian dan kamber yang ketara.

Menerusi terma-terma dalam Perjanjian Usaha Sama (JV) itu, APCB akan membangunkan 50 ekar tanah JMS di Litar Johor, dengan menanam serta mengurus ladangnya secara mampan. Ladang tersebut akan melibatkan penanaman pokok Aquilaria, yang daripadanya gaharu yang bernilai tinggi dapat diperoleh, selain pokok buluh dan juga tanaman lain.

Johor Motorsports Sdn Bhd dan APCB menandatangani  Memorandum Persefahaman.
Johor Motorsports Sdn Bhd dan APCB menandatangani Memorandum Persefahaman.

Selain itu, Litar Johor itu akan menyediakan perkhidmatan yang pelbagai dan vertikal yang jarang didapati di mana-mana kemudahan sukan bermotor, seperti makanan & minuman (F&B), gedung membeli belah, kelab ahli peribadi, komuniti berpagar, simpanan kenderaan berlesen, perkhidmatan kereta sewa trek, perkhidmatan pemasangan tayar dan perkhidmatan kereta selepas jualan, plat penahan heretan, akademi perlumbaan, taman tema, litar go-kart, denai luar jalan, stesen minyak di lokasi, ladang solar, pengumpulan air dan pengurusan ladang mapan, bagi memastikan seluruh lokasi dapat meneutralkan pengeluaran karbon.

MOU tersebut ditandatangani pada 7 Ogos 2016, dan turut disaksikan oleh Yang Amat Mulia, Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor yang menubuhkan JMS pada tahun 2015.

Steve Watts, CEO Asia Plantation Capital Berhad, mengulas, "Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Johor Motorsports Sdn Bhd bagi tujuan pengurusan ladang mereka, dan dapat menjadi sebahagian daripada projek yang hebat ini. Sejajar dengan wawasan serta komitmen kami untuk 'menjadi peneraju dalam pengurusan ladang mampan', kami yakin kolaborasi ini akan membuahkan kejayaan dan dapat menambah nilai yang amat tinggi terhadap pengaruh kami di Malaysia."

Denis Lian, CEO Johor Motorsports Sdn Bhd, berkata, "Kami berasa amat sukacita dapat terlibat dalam peluang usaha sama bersama Asia Plantation Capital Berhad memandangkan ia dapat memenuhi mandat dalaman kami untuk mewujudkan ekosistem ladang yang mesra alam dan mampan dalam Litar Johor. Menerusi kepakaran serta pengalaman pengurusan ladang APC, ia bukan sahaja dapat menyediakan kami dengan persekitaran yang menarik, yang lazimnya tidak berkaitan dengan kemudahan sukan bermotor, malah juga akan memainkan peranan penting untuk membantu kami meneutralkan pengeluaran karbon."

Nota untuk editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham  
Eksekutif PR & Pemasaran, Asia Plantation Capital
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com 
No. Telefon: +65-6222-3386

Lynda Eunos
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Johor Motorsports Sdn Bhd
E-mel:
lynda.treecapital@gmail.com
No. Telefon:
+60-7357-1877

Latar Belakang Asia Plantation Capital Berhad

Selaku pelopor dalam industri, Asia Plantation Capital Berhad telah mengusahakan gaharu sejak tahun 2009, selain mempunyai pengetahuan saintifik dan teknik-teknik yang diperlukan untuk merangsang resin yang terdapat pada teras kayu daripada spesies yang terancam, pokok Aquilaria melalui kaedah inokulasi. Syarikat ini turut membuka kilang penyulingan gaharu terbesar di Asia Tenggara dan menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat perladangan bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia yang kekurangan kemahiran serta kepakaran yang diperlukan untuk membuka dan juga mengurus ladang pokok Aquilaria mereka sendiri.

Latar Belakang Johor Motorsports Sdn Bhd

Johor Motorsports Sdn Bhd (JMS), ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Yang Amat Mulia, Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan terletak di daerah pelabuhan Pasir Gudang, di Johor Bahru. Sejak 30 tahun lalu, Litar Johor tersebut telah menjadi tumpuan bagi sukan permotoran kawasan selatan Malaysia dan juga Singapura.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160808/8521605045-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160808/85216050450-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Auto Paper/Forest Products/Containers Transportation Contracts Joint ventures Licensing/marketing agreements