omniture

Huawei dan OVUM Bersama-sama Menyiarkan "Evolusi Video Besar - Menilai Peluang Video Transformasi Syarikat Telekomunikasi"

Tiga elemen utama yang fokus dalam menjayakan transformasi perniagaan Video Besar syarikat telekomunikasi
Huawei
2016-08-30 20:22 644

SHANGHAI, 30 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Huawei dan OVUM, sebuah syarikat penyelidikan dan khidmat nasihat teknologi global yang utama, bersama-sama menyiarkan "Evolusi Video Besar - Menilai peluang video transformasi syarikat telekomunikasi." Kertas putih ini merangkumkan situasi semasa berkaitan syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan video untuk pasaran hiburan dan komunikasi, selain segmen industri vertikal. Memberi tumpuan terhadap penggunaan dan penembusan video dalam kalangan pihak individu, keluarga dan pelanggan perusahaan, kertas putih ini mengetengahkan trend terkini dalam evolusi video besar dan memberi cadangan serta maklumat bagi membantu syarikat-syarikat telekomunikasi melalui proses transformasi ICT dan Video Besar.

Kertas kerja ini menyediakan analisis komprehensif tentang status perniagaan video terkini, selain maklumat berkenaan prospek perniagaan masa depan industri tersebut, model perniagaan yang sesuai, trend penggunaan oleh pelanggan serta usaha yang didorong oleh teknologi terkini. Kertas kerja ini khususnya menekankan bahawa:

  • Menjelang tahun 2020, penggunaan video mudah alih meningkat kira-kira 75% daripada jumlah trafik 4G, berbanding 15% pada tahun 2016, menerusi video UHD 4K, video media sosial, video mudah alih, aplikasi VR/AR, trend penggunaan rangkaian 5G/FTTx dan teknologi IT terkini (pengkomputeran awan, data besar, OS Syarikat Telekomunikasi, dsb.) sebagai pendorong utama bagi meningkatkan penggunaan video.
4G video traffic forecast, 2015-20
4G video traffic forecast, 2015-20
  • Video perusahaan kini menjadi faktor utama dalam trend video yang semakin berkembang ini. Selain penyediaan perkhidmatan video sedia ada yang diperlukan seperti latihan, pertemuan dengan pelanggan dan perkhidmatan perubatan jarak jauh, beberapa instrumen sidang video baharu kini digunakan secara meluas dalam pelbagai industri.
Key uses of videoconferencing
Key uses of videoconferencing
  • Sidang video serta merta membentuk infrastruktur perniagaan syarikat telekomunikasi secara strategik. Penggiat industri utama mencari cara baharu untuk melaksanakan strategi yang membuahkan hasil untuk video perusahaan, berusaha menjadi peneraju dalam bidang berkenaan menerusi peluang transformasi perniagaan video yang tersedia.

Memandangkan video besar telah pun dikenal pasti sebagai satu keperluan yang strategik, kertas kerja ini menyatakan IPTV, SVOD dan penggunaan perkhidmatan video yang luas akan mempengaruhi sejauh mana syarikat-syarikat telekomunikasi merangka strategi perniagaan video besar mereka. Tiga langkah penting bagi menjayakannya ialah:

  • Pertama, syarikat-syarikat telekomunikasi perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan oleh pakej perkhidmatan yang disasarkan: mengenal pasti individu, keluarga dan syarikat perusahaan sebagai tiga pasaran utama agar syarikat-syarikat telekomunikasi dapat menyediakan perkhidmatan berorientasikan sasaran dan pakej perkhidmatan yang inovatif, seperti perkhidmatan video dalam talian dan mudah alih beragregat serta tawaran hiburan TV.
  • Kedua, syarikat-syarikat telekomunikasi perlu berusaha bagi memastikan kesetiaan dan pengekalan pelanggan dengan mengkaji model pengewangan perniagaan video baharu daripada hanya membayar perkhidmatan yang disediakan kepada pembayaran bagi mendapatkan pengalaman pengguna video yang berbeza dan berkualiti tinggi.
  • Ketiga, yang sama pentingnya, ialah syarikat-syarikat telekomunikasi perlu cuba untuk mendorong penyepaduan dalam seluruh ekosistem industri video bagi memaksimumkan peluang pasaran untuk kesemua pihak dalam rantaian nilai pengedaran video.

Hasil daripada pencapaian menggalakkan penggunaan video dan bagi memastikan kejayaannya, syarikat-syarikat telekomunikasi perlu menjadi proaktif dan merancang pelan tindakan pembangunan perniagaan video mereka dengan strategik, dan bukannya bertindak menerusi infrastruktur yang tersedia masa kini. Syarikat-syarikat ini perlu mengubah rangkaian mereka daripada saluran data yang ringkas menjadi rangkaian berfokuskan video, dan mendorong kemajuan industri melalui model perniagaan yang inovatif serta jalinan kerjasama dengan ekosistem industri.

"Evolusi Video Besar - Menilai peluang video transformasi syarikat telekomunikasi" bersama-sama mengetengahkan amalan terbaik oleh pihak OVUM dan Huawei dalam segmen video besar, dan disokong oleh kajian komprehensif oleh syarikat-syarikat telekomunikasi utama di seluruh dunia. Huawei menyatakan ia akan meneruskan komitmennya bagi meninjau pasaran video besar, dengan tujuan untuk menyokong evolusi video besar selain mendorong kejayaan syarikat-syarikat telekomunikasi menerusi peluang perniagaan baharu ini.

"Evolusi Video Besar - Menilai peluang video transformasi syarikat telekomunikasi" boleh dimuat turun di sini.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka. Matlamat kami adalah untuk memperkayakan kehidupan dan meningkatkan kecekapan melalui dunia yang terhubung lebih baik, bertindak sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, pemangkin yang inovatif untuk masyarakat bermaklumat serta penyumbang secara kolaboratif untuk industri ini. Didorong oleh inovasi yang mengutamakan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei mewujudkan portfolio penyelesaian ICT yang menyeluruh bagi memberi kelebihan daya saing kepada pelanggan dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan. Sejumlah 170,000 kakitangan Huawei di seluruh dunia komited dalam memberi nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan serta pengguna. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif dimanfaatkan di lebih 170 buah negara dan kawasan, menyokong lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: 
www.huawei.com

Latar Belakang HUAWEI CONNECT 2016

HUAWEI CONNECT bakal diadakan pada 31 Ogos hingga 2 September di Pusat Ekspo, Arena Mercedes-Benz serta Pusat Pameran dan Konvensyen Ekspo Dunia Shanghai. Ini merupakan persidangan bersepadu untuk ekosistem ICT global bersama lebih 15,000 penggiat industri yang berhimpun untuk merealisasikan wawasan Dunia Terhubung Lebih Baik dan transformasi digital untuk industri. Para tetamu dijemput untuk mengunjungi reruai Data Besar HUAWEI CONNECT bagi memperoleh pemahaman yang terperinci tentang kertas putih Data Besar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://www.huawei.com/minisite/huaweiconnect2016/en/index.html

Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20160829/0861608784-c
Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20160829/0861608784-d

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Survey, Polls & Research Trade show news