omniture

TerraPay Melebarkan Sayapnya ke 32 Negara di Eropah Melalui Pengambilalihan Pay2Global

Pengambilalihan Melebarkan Sayap Global dan Penembusan Pantas Ke Dalam 32 Pasaran di Kawasan Ekonomi Eropah
TerraPay
2016-08-30 20:33 498

AMSTERDAM, 30 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- TerraPay, rangkaian antarabangsa yang memfokuskan mudah alih, sebuah syarikat yang dibangunkan oleh Mahindra Comviva, hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan proses pengambilalihan Pay2Global Limited yang berpangkalan di UK, setelah mendapat kelulusan pengawalseliaan. Menerusi pembelian secara langsung ini, TerraPay telah mengambil alih 100% Pay2Global dalam jumlah yang tidak dinyatakan.

Pay2Global ialah syarikat pemindahan wang antarabangsa bercirikan digital yang dikawal selia dan mempunyai hak menyediakan perkhidmatan di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Satu daripada lima pekerja asing – kira-kira 50 juta orang – yang tinggal dan bekerja di Eropah, menjadikan rantau ini sebagai tumpuan terhadap satu perempat daripada aliran kiriman wang global[1]. Pengambilalihan ini membolehkan TerraPay meluaskan pengaruh perkhidmatannya ke 32 buah negara EEA, mempercepatkan pertumbuhan dengan melebarkan sayap dan mempelbagaikan produk pemindahan wangnya.

TerraPay berusaha membangunkan infrastruktur pembayaran globalnya untuk transaksi rentas sempadan bernilai rendah. Perkhidmatan ini dapat menjalin hubungan dengan penyedia perkhidmatan dompet mudah alih, institusi kewangan dan pengendali pemindahan wang daripada pasaran penghantaran dan penerimaan wang yang utama. Dalam hal ini, pasaran EEA sangat melengkapi rangkaian pemindahan wang antarabangsa TerraPay di Asia, Timur Tengah dan Afrika, serta akan menambah sumber dan lokasi baharu, selain beberapa koridor terbesar dan paling pesat berkembang di dunia.

Mengulas tentang pengambilalihan tersebut, Ambar Sur, Pengasas dan CEO TerraPay, berkata; "Kini, kami membuka peluang perniagaan di UK dan EEA, antara pasaran utama di dunia bagi perkhidmatan kiriman wang. Pengambilalihan ini secara strategik dapat menyediakan laluan yang lancar bagi menembusi pasaran utama Eropah dan dapat mendorong peningkatan penggunaan platform TerraPay di seluruh dunia."

Clive Shelton, Pengarah Pay2Global, mengulas; "Kami berbesar hati kerana dapat turut menyumbang bagi merealisasikan impian TerraPay untuk menyediakan perkhidmatan kiriman wang rentas sempadan bernilai rendah yang mematuhi sepenuhnya peraturan AML/CFT. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak lain dalam skim ini demi menamatkan transaksi dan menyediakan cara yang mudah serta berkos rendah kepada pelanggan kami bagi menghantar dan juga menerima wang."

Berikutan daripada pengambilalihan itu, Pay2Global akan dijenamakan semula sebagai Terra Payment Services (UK) Limited dan akan memulakan perkhidmatan untuk pasaran utama di Asia dan juga Afrika pada tahun kewangan semasa. Daripada sejumlah USD 110B kiriman wang yang dihantar oleh mereka yang berhijrah ke Eropah, kira-kira dua pertiga (USD 73B) wang dihantar ke negara-negara yang sedang membangun di luar Eropah, dan ini mewujudkan pasaran penting yang luas untuk TerraPay[2].

1

Sumber: IFAD

2

Sumber: IFAD

Maklumat Perhubungan PR      
Sundeep Mehta
Pengurus PR Global
Mahindra Comviva
E-mel- pr@mahindracomviva.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160829/402033LOGO

Source: TerraPay
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Acquisitions, mergers, takeovers