omniture

SMART CHINA Mengubah Dunia dengan Inovasi Terbaik dan Cendekiawan Paling Pintar

- Siri yang terdiri daripada tiga bahagian dihoskan oleh Josh Klein menumpukan inovasi China paling pintar dan beberapa cendekiawan yang hebat -
Discovery Networks Asia Pacific
2016-09-01 10:00 585

SINGAPURA, 1 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Pada September ini, sertai penggodam Josh Klein apabila beliau meninjau beberapa uji kaji paling inovatif di China, teknologi dan pasukan yang menerobos sempadan kepintaran manusia, dalam siri baharu yang terdiri daripada tiga bahagian dalam saluran Discovery Channel. Ketahui sejauh mana China menerajui gelombang inovasi global dalam SMART CHINA, disiarkan buat pertama kali melalui Discovery Channel pada 3 September ini sebagai sebahagian daripada blok program HOUR CHINA saluran itu yang memaparkan segala yang terbaik dari China.

Josh Klein ialah seorang penggodam. Beliau gemar meneroka sesuatu, bermula daripada sistem, kepada proses serta kelakuan haiwan. Kemudian, beliau akan mengasingkannya dan menyatukan kembali bahagian yang terpisah itu bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan lebih berkesan. Dalam setiap episod SMART CHINA, Josh meninjau sejauh mana China, yang pernah dikenali sebagai kilang terbesar di dunia ini berubah menjadi makmal terbesar dunia dari segi keusahawanan dan penciptaan, bagi membantu kita hidup dengan lebih bersih, lebih mesra alam dan lebih pintar menuju abad seterusnya.

Siri ini akan memperkenalkan produk dan teknologi unik serta baharu seperti trem kapasitor super, sistem pengesanan keselamatan makanan, komunikasi cahaya tampak, aplikasi perbandingan harga, dan teknologi pemanduan tanpa pemandu. Siri ini juga akan meninjau bagaimana hasil inovasi ini dapat membantu menangani beberapa cabaran berkaitan alam sekitar dan gaya hidup yang dihadapi di China, seperti pencemaran udara, kekurangan bekalan air, kesesakan lalu lintas dan juga keselamatan makanan.

Smart Move
Tayangan Perdana pada 3 September
Josh mengembara beribu-ribu kilometer untuk bertemu dengan beberapa cendekiawan paling pintar di China, mempelajari tentang hasil inovasi unik mereka dan berganding bahu dengan barisan pakar bagi mencari inovasi yang dapat menyelesaikan masalah pengangkutan dunia secara drastik. Trem yang berkuasa hebat, lengkap dengan kapasitor yang berkuasa super mampu melakukan perjalanan hampir sepuluh kilometer dengan hanya sepuluh saat pengecasan. Inovasi yang hebat ini mampu mengubah perjalanan udara komersial. Alat perjalanan yang inovatif dapat menjadikan perjalanan pergi balik setiap hari lebih mudah. Masa depan sektor pengangkutan kini tersedia!

Smart Life
Tayangan Perdana pada 10 September
Dalam episod ini, John meneroka hasil inovasi yang dapat mengubah kehidupan kita secara drastik. Teknologi yang hebat menggunakan cahaya untuk menghantar data digital 10,000 kali lebih pantas berbanding Wi-Fi yang digunakan masa kini dan hampir mustahil untuk digodam; sistem pengesanan keselamatan makanan yang canggih memastikan keselamatan produk makanan dari ladang ke meja hidangan; dan apabila robot logam cecair yang mampu bergerak sendiri dan berperanan dalam kehidupan harian kita, ini pastinya menuju abad baharu yang mana fiksyen sains akhirnya menjadi fakta sains.

Smart Planet
Tayangan Perdana pada 17 September
Usaha mewujudkan dunia yang lebih pintar untuk masa depan tidak bererti kita menidakkan masa lampau. Malah, sebaliknya, gabungan ilmu pengetahuan tradisional dan teknologi masa depan dapat mewujudkan masa depan yang pintar. Josh mengkaji teknologi yang dapat mengubah kehidupan kita dan membantu mewujudkan Dunia Pintar yang bersih dan mesra alam. Episod ini memaparkan projek futuristik yang menggemparkan: inovasi yang elegen menggunakan cahaya matahari yang belum pernah dilakukan sebelum ini, memaksimumkan pertumbuhan tumbuhan dan menjana tenaga suria; kenderaan yang terhubung dengan dunia pintar di sekeliling dapat menjadikan kehidupan futuristik kita lebih selamat dan lebih berkesan; arang batu, iaitu sumber tenaga zaman berzaman, direvolusikan dan diubah menjadi sumber kuasa hijau yang bersih; serta mesin yang memberi kehidupan, membantu pernafasan dan membersihkan yang mampu menapis sehingga 2,400 meter padu air yang tercemar setiap hari.

SMART CHINA diterbitkan oleh Discovery Channel dengan kerjasama China Intercontinental Communication Center (CICC).

Source: Discovery Networks Asia Pacific
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Television Broadcast Minute