omniture

Penembusan Pasaran Lebih Pintar: Pameran Canton ke-120 Menawarkan Zon Produk Elektronik dan Perkakas Rumah yang Dipertingkat

Canton Fair
2016-09-01 20:59 346

GUANGZHOU, China, 1 September, 2016 /PRNewswire/ -- Fasa pertama Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-120 akan berlangsung di Guangzhou mulai 15-19 Oktober 2016, menerusi zon pameran barangan elektronik dan perkakas rumah yang dipertingkat yang bakal menjadi salah satu tumpuan utama pameran ini.

Pameran Canton tahun ini akan mempamerkan perkakas pintar serta peranti dengan sambungan Wi-Fi, selain terus mendemonstrasikan penggunaan Internet Semua Benda di rumah. Zon ini menyediakan tiga segmen: perkakas rumah, barangan elektronik pengguna dan produk informasi, serta produk elektronik dan elektrik, yang menawarkan penyelesaian menyeluruh serta bersepadu untuk seluruh rantaian industri.

Barangan elektronik pengguna dan produk informasi: tumpuan utama pasaran

Segmen ini akan mempamerkan produk VR (realiti maya) terkini, peranti pintar boleh pakai, produk keselamatan pintar, pencetak 3D serta demonstrasi teknologi terkini dan juga trend masa depan yang revolusioner di dewan 4.1, 5.1 dan 5.2 yang terletak di Kawasan A.

Perkakas rumah: produk isi rumah kepada barangan elektrik bersaiz kecil

Di Dewan 1.2-5.2 yang terletak di Kawasan A, produk-produk yang disediakan termasuk perkakas elektrik dapur, peti sejuk dan peralatan penyejukan, penyaman udara dan peralatan pengudaraan, mesin basuh dan alat pengering, selain perkakas elektrik bersaiz kecil yang lain.

Pameran yang diperluaskan tahun ini akan mempamerkan produk-produk selain perkakas rumah bersaiz besar untuk pihak pembekal agar dapat mengetengahkan perkakas elektrik bersaiz kecil, perkakas dapur dan bilik mandi serta perkakas rumah alam sekitar yang dapat memenuhi keperluan penggunaan domestik dan komersial.

Produk elektronik dan elektrik: perspektif industri

Syarikat-syarikat terkemuka akan membuka reruai di bahagian segmen produk elektronik dan elektrik yang berada di Dewan 10.3 dan 11.3, Kawasan B.

Segmen ini merangkumi produk termasuk peralatan keselamatan elektronik, peralatan automasi perniagaan, peralatan elektrik dan tenaga baharu serta boleh diperbaharui, yang fokus terhadap trend industri dan juga untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh kepada anggota rantaian bekalan.

"Pasaran produk elektronik pengguna semakin berkembang memandangkan teknologi internet dan teknologi komunikasi mudah alih terus meningkat maju," kata Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri, Pameran Canton. "Pameran Canton kali ke-120 ini akan mengikuti trend kemajuan pintar dan intensif, serta pada masa yang sama mengekalkan tahap peningkatan produk yang tinggi demi menyediakan pengalaman pembelian sehenti yang paling komprehensif dan mudah kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara."

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

LATAR BELAKANG Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Dengan sejarah selama 60 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1957, pameran tersebut ialah pameran yang komprehensif dengan sejarah paling lama, bertaraf tertinggi, dengan skala terbesar dan mempunyai jumlah produk terbanyak selain merupakan platform pengedaran paling luas untuk pembeli dari negara asal dan juga mencatat perolehan perniagaan tertinggi di China.

Kredibiliti dan kehebatan Pameran Canton membolehkannya menarik lebih 24,000 buah syarikat di China dan juga 500 buah syarikat dari luar negara. Pameran ini memberi tumpuan terhadap kaedah perdagangan import dan eksport yang pelbagai serta fleksibel, penganjuran pameran perdagangan secara dalam talian, dan pada masa yang sama menjadi sebuah pameran tradisional.

 

Source: Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Electronic Design Automation High Tech Security Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news