omniture

Casio Lancarkan Model Pertama Hasil Jalinan Kerjasama dengan Scuderia Toro Rosso

Casio
2016-09-02 18:00 518

MONZA, Itali, 2 September, 2016 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran model baharu bagi rangkaian jam tangan sukan logam EDIFICE, yang menggabungkan rekaan yang dinamik dengan teknologi termaju. EDIFICE Scuderia Toro Rosso Edisi Terhad yang baharu ini, EFR-554TR, merupakan model hasil jalinan kerjasama Casio yang pertama dengan pasukan Formula One, Scuderia Toro Rosso.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160831/402982 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160831/402983 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160831/402984 )

Menerusi acara yang diadakan besar-besaran di Energy Station, Paddock, Harald Schroeder, Ketua Pemasaran Casio Eropah dan Franz Tost, Ketua Pasukan Scuderia Toro Rosso, memperkenalkan pertandingan menarik antara dua pemandu Scuderia Toro Rosso: Carlos Sainz dan Daniil Kvyat diuji pengetahuan mereka tentang Itali. Mereka ditanyakan beberapa soalan mengenai monumen, makanan, dan fesyen yang sentiasa berkembang, dalam situasi yang tidak begitu selesa buat mereka: mereka menunggang basikal pegun dan pastinya masa mereka diatasi oleh jam tangan Casio EFR-554TR. Keputusannya? Cabaran dengan keputusan seri yang berakhir dengan jabat tangan yang adil.

Pada Januari tahun ini, Casio menjadi rakan rasmi pasukan lumba Scuderia Toro Rosso. Syarikat ini percaya kedinamikan, momentum dan keghairahan dalam mengungguli kepantasan oleh semangat pasukan ini, digandingkan dengan kereta lumba yang dikuasakan oleh teknologi, inovasi berteknologi yang hebat, menjadikan Scuderia Toro Rosso sebagai pilihan terbaik untuk konsep jenama EDIFICE iaitu "Kepantasan dan Kepintaran".

Jam tangan EFR-554TR baharu ini merupakan model eksklusif sempena jalinan kerjasama rasmi dengan Scuderia Toro Rosso. Warna merah pasukan ini digunakan untuk aksen jarum jam saat dan jarum dail inset, manakala warna biru kelasi dan emas digunakan sebagai warna aksen untuk pelbagai bahagian lain seperti muka jam tangan dan juga jarum jam dan minit. Logo pasukan dihiasi pada muka jam dan juga bahagian belakang jam. Tiga dail inset pula memaparkan sukan permotoran, bagi memberikan gaya yang lebih sporti untuk model jam ini. Jam tangan baharu ini turut diletakkan dalam bekas khas dan turut disertakan dengan pendirian paparan serta kad penghargaan.

Shigenori Itoh, Pegawai Pengurus Eksekutif Kanan dan Pengurus Besar Kanan, Ibu Pejabat Pemasaran Global, Casio Computer Co., Ltd., berkata: "Saya berbangga dapat melancarkan jam tangan yang melambangkan jalinan kerjasama rasmi kami dengan Scuderia Toro Rosso yang bersemangat dan cerah masa depan. Kami berharap pasukan ini dapat mencapai kejayaan pada masa depan."

Franz Tost turut mengulas tentang produk baharu tersebut: "Saya sentiasa berharap dapat menjalin kerjasama menerusi model kami ini yang dihasilkan melalui jenama EDIFICE yang dinamik dan inovatif. Saya juga berharap dapat menggalakkan hubungan yang lebih erat bersama kedua-dua syarikat."

Spesifikasi

EFR-554TR 

Kalis Air 

10-bar

Jam Randik    

Jam randik 1-saat; kapasiti pengukuran: 29'59'';


Mod pengukuran: masa berlalu, masa dibahagikan, Pertama-Kedua


Menetapkan masa

Fungsi Lain  

Paparan tarikh

Ketepatan pada Suhu Biasa

lebih atau kurang 20 saat sebulan

Hayat Bateri    

3 tahun bagi SR920SW

Saiz muka jam

51.2 silang 47.1 silang 11.9 mm

Jumlah Besar 

Kira-kira 152g

EDIFICE ialah tanda dagangan berdaftar Casio Computer Co., Ltd.

Mana-mana syarikat atau nama produk lain ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan syarikat berkenaan.

Sumber: Casio

Source: Casio
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services