omniture

Husqvarna Melancarkan Permainan Menggergaji Dengan Gergaji Rantai Secara Realiti Maya (VR) dan Kejuaraan Gergaji Rantai VR

Husqvarna
2016-09-02 18:29 860

HUSKVARNA, Sweden, 2 September, 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, buat para peminat gergaji rantai di seluruh dunia, Husqvarna melancarkan permainan gergaji rantai Realiti Maya (VR) yang pertama, dikenali sebagai Husqvarna Limberjack. Menerusi platform Valve, Steam, permainan VR ini kini boleh dimuat turun di serata dunia oleh sesiapa sahaja yang ingin menguji kemahiran menggergaji mereka dan bersaing bagi merebut gelaran dalam kejuaraan bertaraf dunia yang baharu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7908051-husqvarna-vr-chainsaw-game-limberjack/

Komited untuk meninjau peluang baharu yang dapat memperbaiki kemahiran serta meningkatkan keselamatan berkaitan penjagaan pokok, Husqvarna, peneraju dunia bagi gergaji rantai profesional kini menembusi dunia maya menerusi permainan menggergaji VR secara dalam talian. Menerusi permainan dalam talian itu, Husqvarna berharap dapat beroleh kefahaman tentang sejauh mana teknologi baharu dapat memainkan peranan penting untuk masa depan dalam mendidik dan melatih pengguna tentang penggunaan produk yang betul selain menarik minat terhadap aktiviti pembalakan.

"Kaedah menggergaji VR menggabungkan dua elemen yang ekstrem, salah satu bidang profesion paling lama di dunia dan teknologi terkini yang tersedia," kata Lars Strandell, pemenang yang berkali-kali meraih pingat dalam Kejuaraan Pembalakan Sedunia yang diadakan dua kali setahun. "Husqvarna Limberjack ialah permainan yang menyeronokkan dan berpendidikan. Seperti aktiviti menggergaji dalam dunia sebenar, teknik, ketepatan dan kepantasan adalah amat penting bagi menjamin produktiviti dan hasil yang baik."

Cara bermain

Pengalaman VR Husqvarna membawakan pemain ke kawasan pergunungan yang sungguh indah berserta tasik dan pemain perlu menggunakan gergaji rantai Husqvarna 359 untuk memangkas 24 dahan daripada kayu balak yang berukuran 2.7 meter panjang. Pemain perlu mengambil gergaji rantai itu dan memangkas dahan dengan tepat dan pantas. Seperti seorang pembalak profesional, pemain perlu menggergaji dengan pantas dan tepat. Sekiranya dahan tidak dipangkas dengan betul, pemain perlu kembali pada peringkat permulaan seraya menggergaji semula dan ini menyebabkan pemain kehilangan masa.

Permainan yang menyeronokkan ini turut menyediakan senarai skor yang tinggi di peringkat tempatan dan global, menjadikannya lebih menarik untuk bersaing secara berkumpulan di rumah dan secara dalam talian menentang pembalak VR lain di serata dunia.

Kejuaraan VR Husqvarna Limberjack - Peringkat Akhir Tahunan di Sweden 

Pada penghujung setiap bulan, Husqvarna akan mengumumkan pemain Limberjack terbaik di dunia bagi bulan tersebut, manakala pada Ogos 2017, dua belas Limberjack terbaik akan berpeluang menyertai peringkat akhir kejuaraan peringkat dunia di Sweden.

Perihal kemahiran menggergaji

Kemahiran menggergaji merupakan kaedah pembalakan secara profesional yang sukar dan memakan masa selain memerlukan kemahiran yang baik. Ia merujuk kepada proses memangkas dahan daripada pokok yang tumbang sebelum kayu balak itu dialihkan. Husqvarna Limberjack adalah hasil inspirasi salah satu daripada lima kategori dalam Kejuaraan Pembalakan Sedunia, satu pertandingan yang diadakan dua kali setahun yang menghimpun 150 pembalak terbaik dari serata dunia. Rekod dunia terkini bagi kemahiran menggergaji sebenar adalah kurang daripada 9 saat. Bagi mempelajari tentang kaedah menggergaji dalam dunia sebenar, baca lebih lanjut di sini.

Arahan dan ketersediaan

Permainan ini dioptimumkan untuk HTC Vive dan boleh dimuat turun secara percuma melalui Steam serta turut tersedia melalui http://www.limberjackVR.com .

Pautan untuk melihat imej beresolusi tinggi dan menonton video http://www.husqvarna.com/press 

Latar Belakang Husqvarna     

Husqvarna ialah sebuah jenama dalam Husqvarna Group. Sejak tahun 1689, Husqvarna telah mengeluarkan produk berprestasi tinggi dan menghasilkan inovasi yang mengubah industri seperti ciri-ciri antigetaran dan rantai putus secara automatik pada gergaji rantai, selain mengeluarkan pemotong rumput robotik komersial yang pertama di dunia. Kini, Husqvarna menawarkan pelbagai pilihan produk berkuasa bagi kawasan luar yang berprestasi tinggi untuk kawasan taman, hutan dan laman, serta memperlihatkan kepimpinan berteknologi dalam segmen-segmen utama; gergaji rantai, perapi, pemotong rumput boleh tunggang dan pemotong rumput robotik. Produk-produk Husqvarna dijual di lebih 100 buah negara, khususnya melalui pihak pengedar yang menyediakan perkhidmatan.

Husqvarna Group 

Husqvarna Group ialah pengeluar utama dunia bagi produk kuasa untuk kawasan luar termasuk gergaji rantai, perapi, pemotong rumput robotik dan traktor taman. Syarikat ini juga merupakan peneraju pasaran di Eropah bagi produk menyiram taman serta peneraju dunia bagi peralatan memotong serta alat memotong berlian untuk industri pembinaan dan batu. Produk dan penyelesaian daripada Syarikat ini dijual menerusi jenama-jenama Husqvarna, Gardena, McCulloch, Poulan Pro, Weed Eater, Flymo, Zenoah dan Diamant Boart oleh pengedar serta peniaga kepada pengguna akhir di lebih 100 buah negara. Jualan bersih yang dicatatkan pada tahun 2015 berjumlah SEK 33 bilion dan Syarikat ini juga menggajikan lebih 14,000 kakitangan di 40 buah negara.

http://photos.prnewswire.com/prnh/20160901/403628

Sumber: Husqvarna

Source: Husqvarna
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet