omniture

Huawei: Menggiatkan Usaha Transformasi Awan Syarikat Telekomunikasi Dan Menjayakan Pendigitan Industri Vertikal

Era perkhidmatan awan, dunia serba baharu
Huawei
2016-09-02 19:02 1050

SHANGHAI, 2 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Sempena Sidang Kemuncak Transformasi Awan Syarikat Telekomunikasi yang diadakan sebagai sebahagian daripada Huawei Connect 2016, Huawei dan beberapa buah syarikat telekomunikasi antarabangsa terkemuka, organisasi industri, dan rakan kerjasama berkongsikan kisah kejayaan mereka berkaitan transformasi digital dan mengadakan perbincangan dengan tema "Menggiatkan usaha transformasi awan syarikat telekomunikasi dan menjayakan pendigitan industri vertikal".

Zou Zhilei, Presiden Carrier BG, Huawei
Zou Zhilei, Presiden Carrier BG, Huawei

Zou Zhilei, Presiden, Carrier Business Huawei, berkata industri IT telah melalui gelombang pertama yang berkaitan transformasi berfokuskan rangkaian; gelombang kedua yang melibatkan transformasi berfokuskan aplikasi yang mendatar; dan kini memulakan gelombang ketiganya, yang akan berlangsung selama 20-30 tahun akan datang. Menerusi gelombang ketiga ini, kemajuan industri akan memberi tumpuan terhadap ekosistem industri vertikal: Internet dan pengkomputeran awan telah pun mengubah segmen vertikal, bermula daripada perkhidmatan kerajaan, pendidikan dan kewangan kepada pengangkutan dan juga pembuatan. Teknologi dan pendekatan terkini mampu merealisasikan produktiviti baharu dan menjadikan industri serta sektor penting ini sebagai peneraju dalam inovasi.

Menerusi gelombang ketiga ini juga, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menjadi pemangkin terhadap potensi inovatif yang amat luas. Industri-industri yang telah lama bertapak inginkan perkhidmatan sehenti dan bersifat setempat, sinergi antara awan dan rangkaian, serta tahap keselamatan yang amat sempurna. Syarikat-syarikat telekomunikasi dapat memanfaatkan kelebihan unik ini untuk membantu segmen vertikal mengintegrasikan rangkaian serta prosesnya yang terpecah-pecah (fragmented). Dengan menyusun semula proses perniagaan dan operasi rangkaian, syarikat-syarikat telekomunikasi dapat menjayakan tranformasi digital terhadap industri, serta mendapat pelbagai manfaat hasil daripada produktiviti pelanggan yang terus meningkat.

Peluang meraih kejayaan adalah jelas khususnya dalam segmen perkhidmatan awan, Internet Semua Benda dan juga video. Thomas Aschenbrenner, pengarah bahagian jualan & pemasaran awan, Deutsche Telekom berkata, "Perkhidmatan awan ialah pendorong dan pengubah seluruh industri. Deutsche Telekom dan Huawei terus berinovasi bersama-sama, untuk menyediakan perkhidmatan awan berkualiti tinggi kepada syarikat perusahaan melalui Open Telekom Cloud kami." Wang Jingzhong, CEO China Mobile Anyang, berkata China Mobile dan Huawei menyediakan perkhidmatan awan kerajaan, awan perusahaan, awan perkhidmatan awam serta awan IoT, dan hasilnya, ia dapat mewujudkan bandar yang pintar dan terhubung dengan sistem pentadbiran yang selaras, perkhidmatan kediaman yang cemerlang, dan juga persekitaran perniagaan yang memberangsangkan. John Hoffman, CEO dan pengarah GSMA Ltd., yakin penyepaduan antara perkhidmatan awan, IoT dan data besar menjadi peluang baharu untuk menuju masa depan yang kini telah pun muncul.

Peranti, rangkaian, pengendalian, perkhidmatan "SEMUA AWAN" ("ALL CLOUD") ialah langkah menuju masa depan yang hebat menerusi transformasi digital oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Wu Xiangdong, Presiden China Telecom Cloud Computing, berkata, "China Telecom dan Huawei bersama-sama membangunkan eCloud 3.0 yang serba baharu, yang mengintegrasikan perkhidmatan awan dan rangkaian, selain menawarkan perkhidmatan awan yang selamat dan tersuai. Ia juga turut menyokong kemajuan Internet perindustrian, dan mendorong ke arah industri bermaklumat."

Sementara itu, Huawei berpegang kepada prinsip "Ia Boleh Direalisasikan" ("Make It Possible") dan menjadi peneraju dalam usaha membangunkan awan penyelesaian, awan pengalaman dan awan pengetahuan untuk syarikat-syarikat telekomunikasi. Usaha ini amat memotivasikan potensi organisasi Huawei dan membolehkannya menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Perkhidmatan awan telah pun bersama kita. Huawei bersedia untuk menjalin kerjasama dengan rakan industri bagi membangunkan ekosistem awan yang bersifat terbuka dan cemerlang. Ia juga akan menyokong strategi awan syarikat-syarikat telekomunikasi, menggiatkan usaha transformasi awan dan menjayakan pendigitan untuk seluruh industri telekomunikasi. Shen Ke, naib presiden China Unicom Shanghai, berkata, "China Unicom dan Huawei telah mewujudkan pelan ekosistem perniagaan digital '2+N' yang berkuasa bersama-sama, bagi menyediakan perkhidmatan perusahaan secara dalam talian melalui awan e-dagang, selain memberikan perkhidmatan inkubator secara sehenti kepada rakan kerjasama."

Huawei Connect 2016 diadakan mulai 31 Ogos hingga 2 September di Shanghai, bertempat di Pusat Ekspo Shanghai, Arena Mercedes-Benz, dan Pusat Pameran dan Konvensyen Ekspo Dunia Shanghai (SWEECC). Acara ini dihadiri oleh lebih 15,000 penggiat industri yang membincangkan cara untuk mewujudkan Dunia yang Terhubung Lebih Baik dan juga bagaimana untuk menggalakkan usaha transformasi digital dalam industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.huawei.com/minisite/huaweiconnect2016/en/index.html

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bertaraf global yang terkemuka. Sebagai penggiat industri yang bertanggungjawab dan mantap, pemangkin yang inovatif untuk masyarakat bermaklumat, dan penyumbang industri yang kolaboratif, Huawei sentiasa komited untuk mewujudkan Dunia yang Terhubung Lebih Baik. Menerusi dedikasi kami terhadap inovasi yang mengutamakan pelanggan dan perkongsian yang kukuh, Huawei mewujudkan keupayaan dan kelebihan yang menyeluruh untuk syarikat telekomunikasi, perusahaan, pengguna serta domain pengkomputeran awan. Sejumlah 170,000 kakitangan Huawei di seluruh dunia komited dalam memberi nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan serta pengguna. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif dimanfaatkan di lebih 170 buah negara dan kawasan, menyokong lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160901/0861608981

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news