omniture

Bordeaux Liquid Gold Dilantik sebagai Pengedar Eksklusif oleh Chateau Cos D Estournel untuk Goulee Blanc Mereka di Negara Malaysia

Bordeaux Liquid Gold dan Chateau Cos D Estournel mengumumkan jalinan kerjasama baharu untuk mengedar rangkaian wain Goulee Blanc.
Bordeaux Liquid Gold
2016-09-02 19:27 445

SINGAPURA, 2 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Bordeaux Liquid Gold dilantik oleh Chateau Cos D Estournel sebagai pengedar eksklusif Goulee Blanc untuk negara Malaysia. Perjanjian tersebut menyatakan Bordeaux Liquid Gold akan menjadi wakil Chateau Cos D Estournel untuk rangkaian wain Goulee Blanc mereka yang berkuat kuasa serta merta.

Bordeaux Liquid Gold Dilantik sebagai Pengedar Eksklusif oleh Chateau Cos D Estournel untuk Goulee Blanc Mereka di Negara Malaysia
Bordeaux Liquid Gold Dilantik sebagai Pengedar Eksklusif oleh Chateau Cos D Estournel untuk Goulee Blanc Mereka di Negara Malaysia

Jalinan kerjasama antara kedua-dua syarikat ini dapat melebarkan sayap Bordeaux Liquid Gold yang sedia luas bagi tujuan pengedaran Bordeaux Grand Cru di serata dunia.

Terdahulu, Chateau Cos D Estournel hanya melantik 2 pengedar Goulee Blanc milik mereka, dengan salah satu pengedar berada di Jepun manakala satu lagi pengedar berada di Brazil. Bordeaux Liquid Gold merupakan syarikat ketiga dilantik sebagai pengedar.

Ladang anggur Chateau Cos D Estournel kini merangkumi kawasan seluas 91 hektar. Pada kawasan puncak gunung yang rata dan di kawasan lereng bahagian selatan, Cabernet Sauvignon (60% daripada ladang anggur tersebut) menemui tanah pilihan mereka. Di kawasan lereng dan pinggir pantai terdapatnya batuan asas batu kapur Saint-Estephe, dan terhasilnya Merlot (40% daripada ladang anggur tersebut) yang hebat.

Peratus Cabernet atau Merlot bagi setiap wain berkualiti tinggi itu pastinya berbeza, bergantung kepada iklim bagi tahun tersebut yang saling bersilih ganti.

Untuk kayu yang lebih lama dan hasil lebih rendah bagi setiap kaki, yang akan memberi 'Rasa Hebat', penanaman adalah begitu padat (8,000 hingga 10,000 pokok anggur setiap hektar mengikut plot) dan purata usia ladang anggur tersebut adalah tinggi (kira-kira 35 tahun).

Ladang anggur milik Chateau Cos d'Estournel dan Chateau Marbuzet yang terletak di Saint-Estephe, turut disertai oleh Goulee pada tahun 2003 yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Medoc manakala ladang anggur putih pula terletak di bahagian utara Medoc, di lokasi terhasilnya Cos d 'Estournel putih dan Goulee putih pada tahun 2005, yang merupakan hartanah milik Michel Reybier sejak tahun 2000.

GOULEE BLANC, wain kedua milik Chateau Cos d'Estournel Blanc, berada di bahagian utara Medoc di Jau Dignac dan Loirac, terletak berhampiran ladang anggur Goulee merah. Lokasi geografi wain putih ini memberikan gaya yang unik buat Cos dan Goulee putih, menyerupai gaya wain hebat yang terdapat di Loire Valley.

En. Julian Poh, CEO Bordeaux Liquid Gold, mengulas: "Kami berasa amat berbesar hati dan berbangga kerana dilantik sebagai pengedar dan akan bekerjasama rapat dengan pasukan tersebut bagi memperkenalkan Goulee Blanc serta wain lain daripada Chateau Cos d Estournel untuk pengguna wain yang sofistikated."

Untuk maklumat lanjut tentang Goulee Blanc, sila hantarkan e-mel kepada info@bordeauxliquidgold.com

Bordeaux Liquid Gold
Singapura . Hong Kong . Tanah Besar China . Malaysia
60 Paya Lebar Road #06-48 Paya Lebar Square Singapura 409051
Tel: +65-6225-3833

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160901/8521605532

Source: Bordeaux Liquid Gold
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Contracts