omniture

DJI Menjadikan Telefon Anda Lebih Pintar menerusi Osmo Mobile Baharu

DJI
2016-09-05 09:18 518

BERLIN, 5 Sept., 2016 /PRNewswire/ --

Sistem yang stabil mengubah telefon pintar menjadi kamera gerakan pintar

DJI, peneraju dunia bagi teknologi kamera kreatif, melancarkan Osmo Mobile pada hari Khamis, yang merupakan lanjutan untuk telefon pintar yang dapat mengubahnya menjadi sistem kamera yang pintar dan tepat.

Menggunakan penstabilan gimbal tiga paksi DJI yang terkenal serta teknologi SmoothTrack™, Osmo Mobile membolehkan pengguna telefon pintar merakam gambar dan video secara bergerak dengan mudah serta berkualiti tinggi.

Digabungkan dengan Aplikasi DJI GO, gambar dan video sinematik dapat distrim secara langsung atau dikongsikan serta merta melalui pelbagai saluran media sosial. Fungsi ActiveTrack DJI membolehkan pengguna hanya mengetik skrin secara automatik bagi menghasilkan rakaman objek yang dirangka dengan sempurna ketika bergerak. Pengguna tidak lagi perlu memilih sama ada untuk mengarahkan rakaman atau mengambil bahagian bersama.

 "DJI terus memperbaharui cara kita merakam dan berkongsi kenangan," kata Frank Wang, CEO dan Pengasas DJI. "Osmo Mobile menggabungkan teknologi penstabilan pintar Osmo DJI yang digemari dengan aplikasi DJI GO yang mantap. Ini merupakan satu pembaharuan, yang memberi kawalan serta kemungkinan kreatif kepada pengguna telefon pintar yang belum pernah tersedia sebelum ini untuk peranti mereka."

Teknologi penstabilan tiga paksi Osmo Mobile dapat meningkatkan kadar ketepatan kepada 0.03 darjah kejituan. Digabungkan dengan teknologi SmoothTrack DJI, yang dapat mengimbangi getaran dan gerakan kecil, Osmo Mobile memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk membuat rakaman yang lancar dan sinematik.

Menggunakan kawalan picu, pengguna dapat mengakses pelbagai mod, selain beralih antara kamera depan dan kamera belakang pada telefon. Tetapan kamera seperti ISO, kelajuan pengatup dan keseimbangan putih boleh dicapai terus pada skrin.

Osmo Mobile juga serasi dengan model telefon pintar paling terkini, termasuk iPhone 5, iPhone 6, iPhone 6s Plus, Samsung Galaxy S7 dan Huawei Mate 8. Ia juga mampu menampung mana-mana telefon pintar Android atau iOS dengan kelebaran antara 2.31 dan 3.34 inci.

Ciri-ciri utama Osmo Mobile termasuk:

  • Penstabilan tiga paksi
  • SmoothTrack Pintar
  • Aplikasi DJI GO yang mesra pengguna dengan fungsi hebat (termasuk ActiveTrack, Gerakan Masa Berlalu, Strim Langsung, Panorama, Pendedahan Panjang, Tetapan Kamera)
  • Kawalan picu (ketik dua kali untuk dipusatkan semula, ketik tiga kali untuk beralih daripada kamera depan kepada kamera belakang, tekan lama untuk mengunci arah gimbal)
  • Mod operasi berbeza (Standard, Portrait, Lampu Suluh dan Mengandar)
  • Sambungan Bluetooth
  • Port pengecasan 3.5 mm
  • Serasi dengan aksesori DJI Osmo

Harga jualan Osmo Mobile ialah US$299. Kesemua unit sedia untuk ditempah dan dihantar mulai 1 September 2016.

Untuk maklumat lanjut tentang Osmo Mobile, sila layari: 
http://www.dji.com/product/osmo-mobile

Lihat dan muat turun gambar serta video beresolusi tinggi Osmo Mobile di sini:
http://bit.ly/2cor9g0

Latar Belakang DJI 
DJI ialah peneraju global dalam membangunkan dan mencipta teknologi dron serta kamera yang inovatif untuk kegunaan komersial dan juga rekreasi. DJI ditubuhkan dan dikendalikan oleh individu yang amat berminat dengan helikopter kawalan jauh serta pakar dalam bidang teknologi kawalan penerbangan dan juga kestabilan kamera. Syarikat ini dikhususkan untuk menjadikan fotografi udara dan peralatan serta platform pembikinan filem lebih mudah diakses, andal dan lebih mudah untuk digunakan oleh pencipta serta penginovasi di seluruh dunia. Operasi global DJI kini mencakupi Amerika Utara, Eropah dan Asia, manakala produk dan penyelesaiannya yang revolusioner menjadi pilihan pelanggan yang berada di lebih 100 buah negara untuk digunakan dalam industri pembikinan filem, pembinaan, tindak balas kecemasan, pertanian, pemuliharaan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang kami: www.dji.com   
Ikuti kami melalui Facebook: www.facebook.com/DJI
Ikuti kami melalui Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal  
Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI 

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160901/403436

 

Source: DJI
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services