omniture

AS Dijangka Meningkatkan Kehadiran di Biospain 2016

Biospain 2016
2016-09-05 10:23 564

MADRID, 5 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Edisi kelapan Mesyuarat Bioteknologi Antarabangsa, Biospain 2016 anjuran Persatuan Bioindustri Sepanyol (ASEBIO) dan SPRI, sebuah Agensi Pembangunan Perniagaan Basque, sebahagian daripada Kerajaan Basque, akan berlangsung di Pusat Pameran Bilbao (BEC), Barakaldo mulai 28 hingga 30 September dengan peningkatan kehadiran daripada syarikat dan organisasi dari AS.

"Pada pameran antarabangsa yang kami kunjungi baru-baru ini, kami mendapati terdapat minat yang semakin tinggi daripada pelabur antarabangsa dan juga kelompok syarikat yang berhasrat untuk mengetahui tentang projek-projek di Sepanyol dan turut membawa masuk syarikat-syarikat dari luar negara, khususnya dari AS, Eropah dan Amerika Latin," ulas Jordi Martí, presiden ASEBIO. Baru-baru ini, pengumuman telah dibuat tentang operasi yang melibatkan syarikat farmaseutikal bersaiz besar dan dana pelaburan antarabangsa khas menunjukkan industri bioteknologi Sepanyol dapat menyaingi pihak pesaing antarabangsa dari segi kemajuan saintifik.

Setakat hari ini, 20 buah negara telah mengesahkan kehadiran masing-masing ke Biospain 2016. Pihak penganjur turut menjangkakan pameran komersial itu adalah 40% lebih besar untuk tahun ini.

Kini, Biospain merupakan jalinan kerjasama ke-5 terbesar dalam bidang bioteknologi di dunia, dengan 3,327 mesyuarat secara bersemuka, lebih 320% tambahan mesyuarat berbanding ketika pertama kali sistem kerjasama ONE® (EBD Group) diperkenalkan pada tahun 2008.

Forum Pelaburan Biospain bertujuan untuk menarik pelabur dari dalam dan luar negara. Kolaborasi ini akan ditumpukan terhadap penganjuran program selari yang tertentu serta acara sosial untuk komuniti pelaburan.

Beberapa topik yang paling menonjol termasuk: forum pesakit tentang penyakit yang jarang berlaku, sklerosis berbilang dan peranan yang semakin penting yang dimainkan oleh organisasi pesakit; kaedah diagnosis baharu; vaksin; penyakit Alzheimer; makanan dan kesihatan, dasar awam untuk inovasi terbuka; nanobioteknologi; data besar; terapi onkologi baharu; dan juga bioekonomi.

BioSpain terdiri daripada pameran komersial, acara kerjasama, forum pelaburan, forum latihan dan guna tenaga, persidangan tentang pelbagai isu (dengan sesi yang dijalankan serentak) yang dihadiri oleh penceramah dari dalam dan luar negara, serta persidangan saintifik yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan saintifik. Acara tersebut kini menjadi pameran dalam negara yang terbesar di Eropah dan acara kelima terbesar di dunia mengikut jumlah mesyuarat pembangunan perniagaan.

Bagi edisi terdahulu, Biospain 2014 mengehoskan 200 pempamer, lebih 850 buah syarikat dan institusi serta lebih 1,850 delegasi daripada 37 buah negara. Mesyuarat perniagaan secara bersemuka meningkat kepada 3,327 (+20%).

Penaja rasmi Biospain ialah Bioibérica, Merck, Pharmamar y Celgene.

Untuk maklumat lanjut:  

Lucía Cecilia

Ketua Bahagian Komunikasi untuk ASEBIO dan BioSpain 2016

e-mel: lcecilia@asebio.com

Telefon: +(00)34-663-117-293

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160902/403790LOGO

Source: Biospain 2016
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news