DONGGUAN, China, 5 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo Keselamatan Pekerjaan & Produk Kesihatan Antarabangsa China (CIOSH), yang bakal diadakan pada 19-21 Oktober 2016 di Pusat Pameran Moden Guangdong, merupakan pameran profesional peringkat negeri yang mendapat sokongan Kementerian Perdagangan China dan dianjurkan oleh Persatuan Perdagangan Tekstil China. CIOSH, yang diadakan dua kali setahun, meneruskan kejayaan terdahulu melalui usaha inovasi dan transformasi yang berterusan. Sebagai acara utama dalam kategorinya, CIOSH yang kini mencecah usia 50 tahun bermatlamat untuk meningkat ke tahap seterusnya.
Ruang acara yang berkeluasan lebih 60,000 meter persegi itu akan menempatkan lebih 2,000 reruai yang mewakili lebih 1,000 pempamer daripada pelbagai kawasan di seluruh China. Pameran yang akan diadakan melibatkan peralatan perlindungan peribadi (alat perlindungan untuk bahagian kepala, mata, muka, tangan dan kaki, gear untuk mengelakkan daripada jatuh, topeng gas, dan alat untuk melindungi peparu, selain bantuan menyelamat dalam air, antara jenis peralatan perlindungan yang lain); pakaian seragam profesional dan pakaian serta bahan pelindung (baju tahan api, antistatik dan telap air serta minyak, dan juga pakaian untuk pekerjaan dalam keadaan sukar); peralatan untuk menjamin keselamatan di tempat kerja (peralatan keselamatan untuk trafik, perlombongan, penggerudian dan pengepaman minyak, pemesinan, pembinaan dan penjanaan kuasa, selain pengesanan keselamatan dan peralatan pengawasan, peralatan menyelamat kecemasan serta peralatan memadam kebakaran, selain peralatan keselamatan lain di tempat kerja); khidmat runding dan latihan berkaitan teknologi pengeluaran keselamatan, ceramah tentang teknik perlindungan pekerja, dan juga produk-produk daripada organisasi media, selain institusi-institusi penilaian dan pensijilan.
Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir pada setiap sesi CIOSH. Kumpulan pengunjung dilihat semakin bertambah, termasuk delegasi dan pihak individu daripada kementerian kerajaan, organisasi pengawalseliaan perlindungan tenaga kerja, kumpulan perolehan, pembeli profesional, pengedar, pengimport dan pengeksport, pemborong serta ejejn. Sokongan daripada kebanyakan organisasi berkaitan kerajaan, selain pelbagai jenis syarikat membantu kami untuk terus membangun dan menginovasi.
CIOSH ialah pilihan terbaik anda untuk usaha perluasan ke dalam pasaran PPE China.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://en.ciosh.com.cn/
Tel: +86-10-68535315
E-mel: ciosh@ciosh.com