HANGZHOU, China, 5 Sept. 2016 /PRNewswire – Pada 3 September yang lalu, Sidang Kemuncak Perniagaan Kumpulan 20 (B20) telah berlangsung dengan jayanya di Hangzhou. Sebagai nama besar dalam sektor perusahaan E-dagang B2B, En. Eric Lu, Pengerusi E-dagang Rentas Sempadan JUMORE telah menyertai sidang kemuncak tersebut untuk bersama-sama berkongsi nasihat dan cadangan untuk sidang G20 akan datang yang bakal dihadiri oleh ahli politik dan pemimpin perniagaan dari seluruh dunia.
Sidang Kemuncak B20 ialah satu acara perhubungan penting buat komuniti perniagaan antarabangsa untuk terlibat sama dalam pentadbiran ekonomi global serta peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang menyokong usaha yang dijalankan oleh G20 dengan mengadakan perbincangan berfokuskan dasar selain menyediakan cadangan. Seperti yang diumumkan, agenda tahun ini akan merangkumi pertumbuhan kewangan, perdagangan dan pelaburan, prasarana, dsb. yang selari dengan Tema G20 kali ini iaitu 'Inovatif, Cergas, Saling Berhubung, dan Terangkum'. Dalam masa yang sama, inilah saatnya untuk JUMORE melaksanakan strateginya untuk bertindak sebagai platform e-dagang ekologikal buat ekonomi sebenar. Pertumbuhan didorong oleh inovasi ini merupakan kunci utama buat G20/B20 tahun ini. Oleh sebab itu, menurut pandangan Eric Lu, E-dagang Rentas Sempadan akan bertindak selaku penyatu sumber untuk mencetuskan trend inovasi bagi mengukuhkan aktiviti pengintegrasian dan penaiktarafan sumber, kitaran rantaian bekalan dan juga pembangunan bersifat global.
JUMORE ialah sebuah platform E-dagang Ekologikal yang bersifat global untuk pelbagai komoditi dan seluruh rantaian bekalan. JUMORE berusaha untuk mewujudkan suasana perdagangan ekologikal yang "Patuh, Selamat, dan Terbuka". Sebagai perintis dan pengoptimum sistem Ekologi JUMORE, JUMORE bukan sahaja berperanan mempercepatkan penguatkuasaan kawalan kualiti dan perdagangan baharu, malah turut menggalakkan penaiktarafan sistem kredit perdagangan dan juga membantu aktiviti perdagangan bebas serta usaha pemulihan ekonomi di seluruh dunia. Buat masa ini, JUMORE telah mencapai persetujuan dengan lebih 80 buah negara (kedutaan, konsulat, dewan perdagangan, dsb.) di seluruh dunia. Dengan menghadiri B20 ini, JUMORE berpeluang mengadakan perbincangan yang lebih mendalam bersama pemimpin-pemimpin global selain membicarakan tentang model perdagangan baharu dengan bantuan daripada E-dagang Rentas Sempadan demi mencapai kemajuan inovatif dalam sektor perdagangan dan peningkatan ekonomi sebenar.