omniture

Nexen Tire Membekalkan Tayar Peralatan Asli untuk Porsche Cayenne

-- N'FERA RU1 oleh Nexen Tire dipilih sebagai tayar peralatan asli untuk Porsche Cayenne - ia merupakan kali pertama pengilang tayar ini membekalkan tayar kepada Porsche
-- Kemampuan Nexen Tire membekalkan tayar kepada Porsche ini membuktikan kualiti terunggul dan teknologi canggih tayar tersebut
-- Dengan memanfaatkan momentum ini sebagai satu peluang terbaik, syarikat akan mengukuhkan nilai jenama melalui pelbagai aktiviti pemasaran premium
Nexen Tire
2016-09-05 21:44 637

SEOUL, Korea Selatan, 5 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengilang tayar global terkemuka, mengumumkan ia bakal membekalkan N'FERA RU1 255/55R18 109Y XL kepada Porsche Cayenne sebagai tayar peralatan asli (OE). Ini merupakan kali pertama Nexen Tire membekalkan tayar peralatan aslinya untuk mana-mana model kereta Porsche.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160901/403424

Dari segi pengalaman pemanduan kereta sport, N'FERA RU1 memberikan kestabilan pembelokan dan pengendalian kereta sport yang tiada tandingan untuk pemanduan berkelajuan tinggi. Ia telah menerima gred A bagi Pelabelan EU hasil cengkaman permukaan basahnya yang cemerlang. Ia turut memperoleh Tahap 1 Hingar, yang merupakan tahap hingar terendah bagi Pelabelan EU.

Tambahan pula, Teknologi Cengkaman Nano 3D yang memaksimumkan keupayaan brek kenderaan sport pada kelajuan tinggi, dikenakan, berserta Teknologi Berbalik Pantas, yang mengoptimumkan respons dan ketahanan kemudi. Tayar turut mempunyai kord gunaan c hibrid aramid dan sebatian pengisi manik khas yang mampu meningkatkan kestabilan pengendalian.

"Kami berasa teruja kerana dapat membekalkan tayar peralatan asli untuk Porsche buat pertama kalinya," kata Travis Kang, selaku CEO Nexen Tire. "Oleh kerana Porsche merupakan wakil pembuat kereta mewah dengan reka bentuk dan prestasi yang berprestij, kelulusan untuk Porsche Cayenne ini membuktikan kualiti terunggul dan teknologi canggih yang dimiliki oleh produk kami."

Nexen Tire merancang untuk memanfaatkan momentum ini sebagai peluang terbaik bagi meningkatkan nilai jenama dengan membekalkan tayar peralatan asli kepada pengilang kereta premium. Syarikat ini akan turut mempromosikan identiti korporat dan melaksanakan aktiviti pemasaran premium, serta berusaha untuk memperluas aktiviti pembekalan tayar peralatan asli untuk model kereta Porsche yang lain.

Sejak tahun 2012, Nexen Tire terus berusaha memperluas aktiviti pembekalan tayar peralatan aslinya kepada pelbagai jenis kenderaan untuk pengilang kereta yang terkemuka di seluruh dunia.

Sementara itu, Nexen Tire menduduki tempat keempat daripada 12 jenama tayar dalam segmen Kereta Penumpang hasil Kajian Kepuasan Pelanggan Tayar OE J.D. Power pada bulan Mac yang lalu. Buat masa ini, syarikat memiliki empat buah kemudahan penyelidikan canggih di Korea, China, Amerika Syarikat dan Jerman. Ia juga mempunyai tiga buah kemudahan pengeluaran, iaitu dua di Korea dan satu di Qingdao, China. Menjelang tahun 2018, kilang pengeluaran baharu dijadualkan akan dibina di Zatec, Republik Czech demi memenuhi peningkatan permintaan dalam pasaran global.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada di 141 buah negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan menerusi teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat itu turut memberi tumpuan terhadap pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pengilang kereta bertaraf global di pelbagai negara di serata dunia. Pada tahun 2014, syarikat itu meraih gelaran grand slam menerusi 4 anugerah rekaan terbaik di dunia buat kali pertama dalam kalangan pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.nexentire.com.

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation