KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Ketahanan dan kerjasama sebenar demi mencapai kejayaan, berbanding keyakinan diri dan individualisme adalah antara pelajaran kehidupan penting yang dikongsikan oleh pemenang dan peserta Global Finals sempena Majlis Makan Malam Gala Maybank Go Ahead. Challenge (MGAC) 2016 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. MGAC merupakan satu pertandingan kajian kes yang memenangi anugerah dan unik yang menggabungkan elemen The Amazing Race, The Apprentice serta inisiatif tanggungjawab korporat demi mencari bakat serba boleh untuk menyertai Maybank Group.
Chenyun You yang ceria dari China, dinamakan sebagai Juara Global Maybank Go Ahead Challenge. Chenyun You, siswazah berkelulusan Sarjana dalam bidang Kewangan daripada Cass University memenangi hadiah wang tunai sebanyak USD1,000. Kumpulan Transformers, terdiri daripada Finalis dari China, Singapura dan Malaysia telah diumumkan sebagai pasukan yang berjaya, dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD40,000. Kumpulan Dark Knight dengan peserta dari Hong Kong, Filipina, Indonesia dan Malaysia menjadi Naib Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD20,000. Tempat ketiga pula jatuh kepada Kumpulan Kingsmen yang terdiri daripada Finalis dari Kemboja, Indonesia, Filipina dan Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD10,000. Anugerah utama untuk Peserta Akhir Global Finals ialah tawaran untuk menyertai Maybank menerusi program perancangan kemasukannya, Program Perantis Maybank Global (Global Maybank Apprentice Programme, GMAP).
"Kami semua merupakan pemenang kerana kami menjadi Juara hasil daripada semua pengalaman yang belum pernah kami hadapi dalam kehidupan kami. Cabaran ini adalah lebih sukar berbanding apa yang dilihat. Kami tidak pernah berhadapan dengan jenis aktiviti, emosi dan aspek kelemahan atau kekuatan kami. Setiap peringkat adalah amat sukar kerana ia mendesak kami untuk keluar daripada zon selesa dan membantu kami membina ketahanan. Paling penting, tidak banyak yang boleh kami capai secara sendirian, oleh itu kerja berpasukan adalah amat penting. Kini, kami menyedari bahawa kerjaya dan kehidupan adalah mencabar khususnya jika anda mahu melakukan sesuatu yang luar biasa. Selain itu, Maybank menunjukkan kepada kami apa yang diperlukan untuk berada di hadapan pesaing dan mencapai kejayaan," kata William Teo, selaku ketua Kumpulan Transformers.
Buat pertama kali dalam Cabaran ini, Juara Global diberi peluang untuk memilih lokasi untuk mereka melengkapkan tugasan antarabangsa selama dua minggu, di mana-mana lokasi pejabat Maybank di seluruh dunia. Chenyun memilih Maybank New York kerana beliau mahu mengalami suasana pusat kewangan New York selain daripada London, di lokasi beliau meluangkan masa selama setahun untuk menyempurnakan pengajian Sarjananya. "MGAC telah memberi saya pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mengajar saya tentang makna sebenar ketahanan terutamanya semasa aktiviti fizikal di Tadom Base, yang dikenali sebagai laluan halangan paling sukar di Malaysia. Saya berusaha keras untuk menempuh setiap halangan, namun saya percaya bahawa anda perlu keluar daripada zon selesa dan memaksa diri anda untuk maju ke hadapan. Kini, saya lebih bersifat terbuka untuk menyahut cabaran baharu bagi membolehkan diri saya menjadi lebih baik dari aspek profesional dan peribadi," jelas Chenyun.
Pada tahun ini, pertandingan ini menerima permohonan terbanyak iaitu sebanyak 37,000 permohonan – peningkatan 65% berbanding tahun 2015 dan peningkatan 36 kali ganda sejak julung kali diperkenalkan pada tahun 2012. Maybank menerima permohonan daripada 105 warganegara seluruh dunia dengan 18 warganegara bersaing dalam Global Finals. Peserta Akhir Global Finals terdiri daripada negara United Kingdom, Tanah Besar China, Vietnam, Filipina, Singapura, Thailand, Hong Kong, Kemboja dan juga Malaysia. Kepelbagaian dari segi warganegara jelas menunjukkan capaian dan tarikan global Maybank sebagai majikan.
"Peningkatan bilangan permohonan tahun demi tahun, daripada 1,000 sejak ditubuhkan pada tahun 2012 kepada 37,000 pada tahun 2016 membuktikan betapa tangkasnya kami memberikan respons terhadap trend baharu untuk merekrut bakat cemerlang seperti generasi Gen-Y, khususnya menerusi peningkatan penggunaan platform teknologi baharu. MGAC ialah salah satu platform kami untuk merekrut bakat muda terbaik yang bukan sahaja dari negara di tempat kami beroperasi, malah dari seluruh dunia dan kami juga berasa bangga kerana dapat memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada usaha kemajuan rantau ini. MGAC telah mendesak peserta kita untuk mengatasi halangan dan mengalami cabaran sebenar agar mereka dapat mempelajari tentang kepentingan ketahanan serta ketabahan," tambah Nora Manaf.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Ayesha Rahman
+6017-333-0060
ayesha@madhat.asia