BERLIN, 5 September 2016 /PRNewswire/ --
Kenyataan ini disampaikan oleh Matthias Wissmann, Presiden Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA), semasa sidang akhbar web awal IAA pada hari Jumaat, 2 Sept. 2016, jam 14.00
Lebih 320 tayangan perdana di seluruh dunia – 2,000 pempamer dari 52 buah negara – Pasaran Eropah yang kukuh menyokong IAA
Dalam tempoh tiga minggu, Kenderaan Komersial IAA kali ke-66 bakal membuka tirainya di Hannover.
IAA boleh dikatakan telah ditempah sepenuhnya. Kami amat berpuas hati dengan jumlah ruang yang telah diambil. Berkeluasan 270,000 meter persegi, IAA kali ini merupakan salah satu acara terbesar sejak acara Kenderaan Komersial IAA menjadi pameran berasingan.
Sempena acara pasaran paling penting di dunia untuk industri pengangkutan, logistik dan mobiliti, kira-kira 2,000 pempamer dari 52 buah negara akan mempamerkan hasil inovasi mereka. IAA kali ini lebih bersifat antarabangsa berbanding sebelum ini, dengan tambahan 15 peratus negara.
Jumlah tayangan perdana seluruh dunia ini masih belum dapat ditentukan dengan tepat sehinggalah menjelang acara IAA. Buat masa ini, kami memperoleh banyak maklum balas daripada pihak pempamer setiap hari. Namun pada hari ini, apa yang boleh saya katakan kepada anda sempena IAA kali ini ialah dorongan terhadap usaha inovasi adalah lebih mantap berbanding dua tahun lalu. Setakat ini, pihak pempamer memaklumkan mereka bakal melancarkan lebih 320 tayangan perdana di dunia. Selain itu, terdapat lebih 100 tayangan perdana di Eropah yang akan turut dilancarkan.
Ketika IAA kali ini mula berlangsung, ia bakal memberikan yang terbaik mengikut aspirasi antarabangsa: peratusan pempamer luar negara mencecah 61 peratus. Setakat ini, lebih 1,100 wartawan dari hampir 50 buah negara telah diakreditasi untuk menghadiri IAA.
Seluruh rantaian nilai antarabangsa untuk kenderaaan komersial diperlihatkan di IAA: pengeluar trak berat, van dan bas, pembuat treler dan badan treler, berserta sejumlah besar syarikat bekalan dan juga penyedia perkhidmatan.
Slogan IAA tahun ini ialah "Pacuan Idea." Industri ini menunjukkan trend mega yang menyediakan penyelesaian daripada sektor kenderaan komersial:
Untuk lebih menekankan topik-topik ini, buat pertama kali, kami menjadikan topik tersebut sebagai tema istimewa sempena acara Kenderaan Komersial IAA menerusi "Logistik Dunia Mobiliti Baharu."
Inisiatif baharu ini bertujuan untuk lebih menekankan tentang reka bentuk masa depan, konsep logistik baharu, tawaran dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pempamer, agar lebih mudah dikenali oleh para pengunjung, selain untuk menarik minat syarikat-syarikat baharu dan juga kumpulan pengunjung.
Logistik Dunia Mobiliti Baharu juga menjadi pendorong bagi topik-topik logistik dan pengangkutan masa depan.
Dengan cara ini, kami dapat mewujudkan satu kerangka baharu untuk mengadakan dialog antara kesemua pihak berkepentingan.
Kami telah memilih lima bidang tema untuk logistik Dunia Mobiliti Baharu:
Trend inovasi ini tidak hanya terhad kepada penyedia individu sahaja. Sempena IAA kali ini, industri ini bakal memperlihatkan sepenuhnya tahap kemajuan dan komitmen terhadap inovasi di bidang-bidang ini.
Tahun ini juga, kesemua ini dapat dialami sepenuhnya di IAA – di reruai pihak pempamer dan pelbagai kongres. "Dunia Mobiliti Baharu SECARA LANGSUNG" yang bersifat terbuka akan memberi peluang kepada pengunjung IAA untuk melihat demonstrasi pemanduan yang dinamik dan juga interaktif. Selain itu, semasa Lawatan Berpandu yang eksklusif diadakan, pihak pempamer kami akan memperlihatkan hasil inovasi kepada pengunjung pameran perdagangan yang mengambil bahagian – setiap lawatan adalah khusus untuk salah satu daripada lima bidang tema. Selain itu, kenderaan elektrik akan turut disediakan untuk dipandu uji di tapak pameran, dan terdapat juga pandu uji untuk kenderaan komersial ringan serta lasak di jalan raya awam.
Pendigitan didorong untuk terus mencapai kemajuan oleh pihak pengeluar. Namun begitu, tiada apa yang dapat dilakukan tanpa pihak pembekal, yang turut memberikan komitmen bersungguh-sungguh.
Matlamatnya jelas: fungsi ketersambungan menjadikan perkhidmatan pengangkutan lebih cekap dan juga lebih selamat.
Kenderaan komersial kini lebih pintar. Pada masa depan, kamera pelbagai fungsi, radar dan sensor ultrabunyi akan menjadi "mata dan telinga" untuk pemanduan berbantu dan automatik. Data masa sebenar akan digunakan untuk memberi amaran kepada trak tentang kesesakan lalu lintas di hadapan, manakala bantuan brek kecemasan telah pun digunakan masa kini.
Pada masa depan, setelah trak berat terhubung secara digital dipandu secara automatik di lebuh raya dalam konvoi, yang turut dikenali sebagai platun, ia dapat mengurangkan penggunaan, dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan keselamatan jalan raya.
Pemanduan menggunakan tenaga elektrik dan hibrid digunakan bukan untuk van dan bas sahaja, malah ia dapat memastikan penggunaan dan pelepasan gas karbon dioksida daripada trak berat dikurangkan dengan lebih banyak. Bahan api alternatif seperti gas asli juga berpotensi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida daripada trak.
Fungsi ketersambungan dan mobiliti berkuasa elektrik pula akan memastikan logistik bandar masa depan, iaitu "sambungan terakhir" dapat diliputi lebih pantas dan dengan pelepasan sifar.
IAA kali ini menunjukkan kita akan memperoleh pelbagai pilihan rangkaian pemanduan pada masa depan. Minyak diesel akan terus memainkan peranan penting untuk trafik berjarak jauh (trak berat). Teknologi pascarawatan ekzos (Euro VI, SCR dan AdBlue) menjadikannya bukan sekadar cekap dan menjimatkan, tetapi juga bersih. Trak dan bas Euro VI masa kini hanya mempunyai pelepasan bahan pencemar yang rendah setelah dibaik pulih, ketika diuji mahupun setelah dipandu di jalan raya. Pengurangan pelepasan bahan pencemar ini telah pun disempurnakan untuk kenderaan komersial dengan jayanya.
Namun begitu, trend terhadap logistik bandar pula dilihat amat jelas beralih kepada rangkaian kuasa alternatif. Kenderaan hibrid dan kuasa elektrik dilihat menjadi semakin penting. Ini juga dapat dilihat untuk van serta bas, dan tidak lama lagi, bakal diguna pakai untuk trak berat bagi pengagihan di kawasan setempat.
Selain itu, IAA merupakan sebuah kongres bersaiz besar dengan 27 acara khusus meliputi kesemua topik yang berkaitan.
Ini termasuk topik "klasik" seperti Hari Barangan Berbahaya dan penyimpanan muatan yang selamat, berserta pelbagai acara mengenai pendigitan, ketersambungan, termasuk forum syarikat baharu "Lab16", dan juga logistik bandar. Terdapat juga beberapa acara yang dikhususkan untuk pendidikan dan latihan dalam sektor pengangkutan serta logistik.
Topik seterusnya yang akan saya perkatakan ialah pasaran.
Pasaran kenderaan komersial Eropah Barat adalah kukuh ketika menjelangnya acara IAA. Tahun lalu, pendaftaran baharu bagi trak lasak (lebih 6 tan) meningkat sebanyak 14 peratus menjadi 259,000 buah.
Tujuh bulan pertama tahun ini, Eropah Barat sekali lagi memperlihatkan peningkatan sebanyak 12 peratus. Ini menunjukkan pemulihan ekonomi di kebanyakan negara Eropah Barat. Apabila ekonomi dalam keadaan baik, lebih banyak kenderaan komersial berjaya dijual. Di Eropah Barat, kami mencatatkan jualan tertinggi bagi kenderaan komersial berat sejak tahun 2008. Namun begitu, masih banyak yang perlu kami usahakan untuk mencapai tahap sebelum terjadinya krisis.
Bagi sepanjang tahun, kami menjangkakan pertumbuhan sebanyak 8 peratus di Eropah Barat menerusi 280,000 unit kenderaan.
Tambahan pula, separuh daripada jumlah kenderaan komersial (lebih 6 tan) yang didaftarkan di Eropah Barat adalah daripada jenama syarikat Jerman.
Pasaran van Eropah Barat turut berkembang pesat. Kami telah pun mencapai pertumbuhan dua digit sejak dua tahun lalu. Setakat ini bagi tahun ini, pasaran van telah meningkat sebanyak 12 peratus.
Sebaliknya, pasaran trak AS akan berehat seketika tahun ini. Ini bukanlah suatu yang menghairankan berikutan kejayaan pertumbuhan pasaran ini selama enam tahun.
Setelah dua tahun mengalami penurunan, pasaran kenderaan lasak Cina sekali lagi bakal berkembang kukuh pada tahun 2016.
Rusia dan Brazil terus menjadi punca kebimbangan. Permintaan di negara-negara ini adalah amat rendah, dan masih tiada perubahan yang jelas kelihatan.
Walau bagaimanapun, seluruh pasaran kenderaan komersial (lebih 6 tan) global bakal berkembang tahun ini. Begitu juga pasaran van, yang didorong oleh jumlah pesanan dalam talian yang semakin bertambah daripada isi rumah persendirian.
Kami tidak sabar-sabar untuk terlibat dalam acara IAA kali ke-66 ini. Pameran perdagangan utama dunia ini akan dicirikan khususnya oleh topik-topik berpandangan jauh terhadap pendigitan, fungsi ketersambungan dan pemanduan automatik, selain dorongan alternatif. Inilah "pacuan idea" dalam erti kata yang sebenar.
Industri kenderaan komersial telah lama menjadi penyedia perkhidmatan mobiliti dan juga logistik. Pendigitan serta rangkaian kuasa alternatif mampu menawarkan peluang yang amat besar untuk menentukan jumlah trafik fret yang dilihat terus meningkat di seluruh dunia agar lebih cekap dan juga mesra iklim.
Hubungi:
Eckehart Rotter
Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA)
Jabatan Akhbar
Tel.: +49-30-897842-120
E-mel: rotter@vda.de